Bukan calang-calang orang yang boleh serta mampu menjalankan perniagaan bersyarikat iaitu secara serius & sepenuh masa. Kalau "menjerumuskan" diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini secara separuh hati ataupun kurang keteguhan hati, pasti mereka itu telah "gulung tikar" lebih awal.
Saya juga terkena tempias gelora dunia keusahawanan ini. Baru-baru ini saya telah menjalani satu pemeriksaan kesihatan. Hasil keputusan dari pemeriksaan kesihatan itu menunjukkan saya telah menghidapi "tekanan darah tinggi". Pegawai yang menjalankan pemeriksaan tersebut menyatakan saya ini mungkin mengalami tekanan perasaan, tension sebab tak cukup duit atau lain-lain hal yang berkaitan.
Memang benar kata pegawai itu. Saya mengalami tekanan perasaan dan kegelisahan yang teramat sangat. Duit tak cukup, pelanggan lambat buat bayaran, nak kumpul duit untuk bertunang dan berkahwin... macam-macamlah.. Umumnya mengetahui, sekiranya ingin menenangkan hati, disarankan supaya banyakkan solat dan berzikir. Tetapi pada saya " Tuhan " tidak terus memberi ketenangan pada setiap jiwa manusia, walaupun telah bersolat dan berzikir. Bukan bermakna " Tuhan " tidak memperdulikan hambaNya, tetapi Dia ingin menguji sejauh mana tekad dan usaha seseorang itu dalam mengejar cita-citanya. Dalam situasi begini, saya tidak pasti selama dan sejauh mana saya dapat bertahan.
Saya sekarang masih berusaha sekuat mungkin bagi melepasi halangan ini. Bukankah kejayaan serta kekayaan itu lebih nikmat dirasakan setelah bersusah payah dahulu...?