Bapa Animasi Malaysia : Hassan Muthalib

 

Masih ingat tak kartun Hikayat Sang Kancil? Meluncur ke era digital hari ni dengan kejayaan animasi seperti BoBoiBoy dan Ejen Ali.  Bidang animasi Malaysia telah melonjak ke peringkat antarabangsa!  Sungguh membanggakan.

Jika kita mengimbau 41 tahun yang lepas filem animasi pendek ini menjadi ikonik yang telah diterbitkan  oleh  Hassan Abd Muthalib, bapa animasi negara.

Beliau seorang animator, pengkritik dan pengarah filem, serta pelukis Malaysia yang mempelopori filem animasi di Malaysia.

Animasi yang sarat dengan kisah teladan itu sangat popular suatu masa dahulu dan ditayangkan di televisyen antara 1985 hingga 1990-an.

Walaupun menghampiri empat dekad usianya, filem itu sedikit pun tidak membuat penonton jemu bahkan masih lagi segar pada ingatan rakyat Malaysia.

Malahan, ramai juga yang mendambakan cerita-cerita sedemikian menghiasi kaca-kaca televisyen mereka, bukan seperti mana filem animasi yang sedia ada hari ini.

Hikayat Sang Kancil atau Sang Kancil sahaja, ialah sebuah filem animasi pendek Malaysia  terbitan Filem Negara Malaysia. Berdasarkan daripada kisah dongeng Melayu, ia telah diuar-uarkan sebagai filem animasi pendek pertama Malaysia. 

#inspirasinegara 
#AnimasiMalaysia

Kredit : The Patriots 

Related Posts:

  • Pembunuhan di Sungai Udang, Melaka   Seorang peniaga kafeteria maut ditetak manakala isterinya parah dikelar penyamun yang memecah masuk di rumahnya di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka. Suspek yang dikenali oleh mangsa, dikatakan telah datan… Read More
  • Senarai 24 pemain ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya Berikut senarai 24 pemain dipilih ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, Harimau Malaya di Melaka bermula 14 Ogos ini sebagai persediaan menghadapi tiga perlawanan persahabatan an… Read More
  • Liga Super Malaysia 26 Julai 2017 Keputusan penuh enam perlawanan Liga Super Malaysia pada 26 Julai 2017 : Felda United 3 - 1 Selangor Johor DT 2 - 1 Perak Kedah 5 - 0 Kelantan Melaka United 4 - 2 Sarawak FA Penang 2 - 0 Pahang PKNS FC 2 - 1 T-Team … Read More
  • Piala Malaysia 1 Ogos 2017 Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia yang berlangsung pada 1 Ogos 2017. Felda United 3 - 2 PKNS FC  Johor DT 5 - 0 Terengganu  Kedah 1 - 0 UiTM  Pahang 6 - … Read More
  • Keputusan Liga Super 15 Julai 2017 Keputusan Penuh enam perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia, yang berlangsung pada 15 Julai 2017 : Felda United 5 - 1 T-Team Johor DT 3 - 1 Sarawak FA Kedah 1 - 1 Selangor Kelantan 0… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan