Bapa Animasi Malaysia : Hassan Muthalib

 

Masih ingat tak kartun Hikayat Sang Kancil? Meluncur ke era digital hari ni dengan kejayaan animasi seperti BoBoiBoy dan Ejen Ali.  Bidang animasi Malaysia telah melonjak ke peringkat antarabangsa!  Sungguh membanggakan.

Jika kita mengimbau 41 tahun yang lepas filem animasi pendek ini menjadi ikonik yang telah diterbitkan  oleh  Hassan Abd Muthalib, bapa animasi negara.

Beliau seorang animator, pengkritik dan pengarah filem, serta pelukis Malaysia yang mempelopori filem animasi di Malaysia.

Animasi yang sarat dengan kisah teladan itu sangat popular suatu masa dahulu dan ditayangkan di televisyen antara 1985 hingga 1990-an.

Walaupun menghampiri empat dekad usianya, filem itu sedikit pun tidak membuat penonton jemu bahkan masih lagi segar pada ingatan rakyat Malaysia.

Malahan, ramai juga yang mendambakan cerita-cerita sedemikian menghiasi kaca-kaca televisyen mereka, bukan seperti mana filem animasi yang sedia ada hari ini.

Hikayat Sang Kancil atau Sang Kancil sahaja, ialah sebuah filem animasi pendek Malaysia  terbitan Filem Negara Malaysia. Berdasarkan daripada kisah dongeng Melayu, ia telah diuar-uarkan sebagai filem animasi pendek pertama Malaysia. 

#inspirasinegara 
#AnimasiMalaysia

Kredit : The Patriots 

Kamaruldzaman meninggal dunia



Pada pagi 25 Jun 2024, telah dikhabarkan pemergian Allahyarham Kamaruldzaman bin Bakar atau lebih mesra dengan panggilan Kamal Bakar. 

Kamal Bakar yang berusia 62 tahun menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka pada jam 1.00 pagi.

Pada Sabtu minggu sebelumnya, telah dimaklumkan, pelakon berkenaan dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU, Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka.

Allahyarham pernah berkhidmat di FAMA Negeri Melaka bermula tahun 1981 sehingga 2022, iaitu selama 41 tahun. Beliau juga merupakan seorang pelakon yang disegani ramai. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ

"Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, bebaskanlah dan lepaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah dia dan muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih lagi sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan bagaikan baju putih yang bersih dari kotoran."

Portable solar power station 220v 300w


Aktiviti berkhemah telah menjadi salah satu aktiviti popular sejak zaman "Perintah Kawalan Pergerakan" ( PKP ). Banyak kem perkhemahan dibuka bagi memenuhi permintaan pada aktiviti berkenaan. 


Namun jika anda bercamping mungkin akan timbul sedikit masalah untuk berkhemah dengan lancar jika tiada kemudahan bekalan elektrik melainkan tapak perkhemahan yang dikunjungi ada menyediakan bekalan elektrik atau anda mempunyai portable power station.

Maka di sini saya perkenalkan suatu jenama power station yang mampu milik dan diyakini dapat memenuhi keperluan aktiviti luar bangunan anda. Ia juga sebenarnya boleh dijadikan sebagai sumber elektrik kecemasan jika "blackout" di rumah anda.

BERIKUT ADALAH SPESIFIKASI POWER STATION DAN LINK PEMBELIAN :

Portable power station 220v 300w 

• 80000mah lithium battery 

• Power source for home use or outdoor camping with AC DC Solar panel 

• USB Output 

Original price : RM1,998.00

Promotional price : RM1,798.00











#powerstation #powerbank #solarpowerstation #stesenkuasa #bankkuasa

Program Bantuan Budi Madani : penyasaran subsidi bahan api yang lebih telus


BUDI MADANI ialah usaha Kerajaan MADANI bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan benar-benar layak. 

Kerajaan juga komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api dengan mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat. Subsidi lebih adil untuk mereka yang memerlukan. 







Klik >>> 🔗 https://budimadani.gov.my untuk maklumat lanjut.

#BUDIMADANI #MalaysiaMADANI

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan