Hospital Melaka perlu darah O dan AB

 


STATUS BEKALAN DARAH O dan AB.


Baru-baru ini Tabung Darah Hospital Melaka menerima permintaan darah yang tinggi untuk beberapa pesakit yang dimasukkan ke Wad Kecemasan untuk pendarahan yang sangat banyak.

Salah satu kes ialah pesakit berumur 16 tahun telah dibawa ke hospital kerana pendarahan organ dalaman yang teruk, akibat kemalangan jalan raya dan MTP diaktifkan. Ini kerana pengunaan darah yang banyak akan diperlukan. Pesakit telah dimasukkan ke Dewan Bedah untuk pembedahan kecemasan bagi memberhentikan pendarahan tersebut akibat kecederaan perut (burst abdomen).

Komponen darah yang merangkumi 24 unit darah merah, 62 unit plasma dan 24 unit platelet telah digunakan untuk menyelamatkan nyawanya sepanjang berada di dewan bedah dan Unit Rawatan Rapi. 

"110 beg komponen darah diperlukan untuk menyelamatkan satu nyawa." Darah yang digunakan mungkin datang dari salah seorang daripada anda. 

Justeru bantuan untuk meningkatkan semula stok bekalan darah di Hospital Melaka sangat diperlukan. Jika anda sihat dan ingin menderma darah, anda boleh berbuat demikian dengan hadir ke hospital.

Terima kasih Adiwira darah atas sumbangan anda !!! 

#jomdermadarah
#darahtakpernahcuti


Related Posts:

  • Lirik Lagu dan video Wani Feat Juzzthin - Lepaskan Lagu : DJ Fuzz / Zizi Lirik : Lawa Nie Geng / Juzzthin Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Oh lepaskan lepaskanlah Mungkin kau bukan buat ku Berlalu waktu bersama mu Kau beri rindu na… Read More
  • Ringkasan Sejarah Batu Pahat Bandar ini mendapat nama dari 'batu yang dipahat' yang berkait dengan serangan askar Siam pada abad ke-15. Kesan-kesan sejarah ini masih terdapat di Minyak Beku. Menurut catatan Sejarah Melayu, pada 1456, Laksaman… Read More
  • Kenali Loghat di Negeri Perak Di Perak mempunya 5 loghat ataupun dialek yang berbeza.  Mereka yang menetap di sebelah utara, seperti di Parit Buntar dan Bagan Serai ataupun daerah Kerian, lebih kepada loghat utara menyamai negeri Pulau Pinang… Read More
  • Gadis jiran sebelah rumah ajak main Kisah ini adalah perkongsian pengalaman seorang pemuda di perantauan yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang elektronik di bandar besar Malaysia. Diharap kisah ini menjadi garis pengajaran dan pan… Read More
  • Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 Bagi anda yang berada di Melaka sama ada yang sememangnya menetap di Melaka ataupun pelancong yang masih bercuti di Melaka, untuk datang singgah di Dataran Pahlawan, Banda Hilir bermula pada jam 10.00pagi (31 Disember 20… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan