Sebilangan kawasan Klang banjir

Peralatan Bomba yang dikerahkan ke lokasi banjir. 

 

Beberapa buah rumah di dua kawasan dalam daerah ini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama beberapa jam, pada awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera, pacuan empat roda bersama bot aluminium dan anggota dikerahkan ke lokasi di Jalan Pengkalan, Kampung Nelayan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.12 pagi.

"Berlaku banjir kilat melibatkan sebuah rumah. Terdapat lima mangsa terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.

"Kesemua mangsa berpindah untuk menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi ini," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, dalam kejadian berasingan, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Telok Panglima Garang dikerahkan ke Jalan Perepat setelah menerima laporan banjir pada jam 7.19 pagi.

"Pasukan penyelamat tiba pada jam 7. 24 pagi dan mendapati berlaku banjir kilat melibatkan lima buah rumah," katanya.

Sementara itu, menurut Hafisham, pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.24 pagi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap empat buah kenderaan di Jalan Samudera 10/2 di sini.

"Sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan serta menghempap empat buah kenderaan jenis Perodua Myvi, Axia, Bezza dan Haval bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.




Kredit : 

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil ( Karangkraf )

Related Posts:

  • Memang Melayu Mudah Lupa (bahagian 2)Penulis ingin menyambung artikel ini setelah sekian lama tidak menulis di blog...Terdapat banyak kisah yang seumpama dengan tajuk artikel di atas dalam kehidupan kita. Mudah lupa pada jasa serta kebaikkan yang dibuat oleh se… Read More
  • Satu lagi pengalaman GAGAL yang amat menggembirakanAssalamualaikum..., salam sejahtera....,Sebelum ini penulis telah banyak mengalami peristiwa kegagalan, sama ada berskala besar atau kecil. Namun peristiwa yang terbaru ini, mempunyai ironinya yang tersendiri.Melalui syarikat… Read More
  • Produk dari Irwan Dahnil Assalamualaikum...Di atas adalah antara buku-buku yang telah dihasilkan oleh Irwan Dahnil ( abang Wan ),sudahpun berada dipasaran. Terdapat di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.Untuk maklumat lanjut mengenai buku-b… Read More
  • Memang Melayu Mudah Lupa (bahagian 1)Assalamualaikum dan salam usahawan...Melihatkan tajuk di atas (Memang betul, Melayu mudah lupa ), saya terpaksa menerima dengan berat hati hakikat sebenar sikap orang Melayu.... Penulis sendiri telah acap kali mengalaminya da… Read More
  • Perkembangan ICT Niaga EnterpriseAssalamualaikum...Di sini penulis ingin memaklumkan bahawa syarikat milik penulis iaitu ICT Niaga Enterprise, telah mendapat tawaran penyewaan premis di 1.3B Tingkat 1, Kompleks Hang Tuah, Jalan Hang Tuah, Melaka.Pada hari in… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan