Abdul Hamid Abdul Rahman meninggal dunia


Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang, 14 Jun 2022.

Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.

Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.

Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Menurut sumber, setakat ini belum memperoleh sebarang maklumat berhubung pengebumian arwah.



Kredit : Astro Awani




Related Posts:

  • Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 - PESAKA Melaka Pada 20 Ogos 2014, Pesaka Negeri Melaka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan kejayaan atlit silat Sukma serta Putrajaya. Beberapa guru silat dan wakil perguruan serta p… Read More
  • Keputusan Bola Sepak Piala Malaysia 19 Ogos 2014 Jadual perlawanan dan keputusan perlawanan bola sepak Piala Malaysia. KEPUTUSANAKHIR 7:30 malam  | 19/08/2014 LIONS XII    1   -    2   Pahang (Stadium Jalan Besar, Singp… Read More
  • Apakah itu Kasturi dan khasiatnya? Kasturi adalah sejenis wangian yang berasal dari dua jenis sumber, iaitu tumbuhan dan haiwan. Akan tetapi dalam artikel ini adalah menceritakan kasturi yang bersumberkan dari haiwan, kerana kasturi yang bersumber dari hai… Read More
  • Memasang WeChat dan WhatsApp pada PC Muat turun WeChat atau WhatsApp untuk PC tidak mustahil dengan adanya emulator terkenal untuk Android. Pada artikel ini pembaca akan diberitahu bagaimana untuk memuat turun WeChat dan WhatsApp untuk digunakan pada komput… Read More
  • Pertandingan Instagram Merdeka Sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-57, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Komunikasi dan Multmedia Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Instagram Merdeka ‪#‎im57‬.Pertandingan ini terbuka kepada… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan