𝙋𝙚𝙣𝙜𝙖𝙡𝙖𝙢𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙫𝙖𝙠𝙨𝙞𝙣 𝙙𝙤𝙨 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡𝙖𝙠 𝘼𝙨𝙩𝙧𝙖 𝙕𝙚𝙣𝙚𝙘𝙖


Saya dos pertama dan kedua ialah vaksin Pfizer. Masa ni ada sikit tanda kesan sampingan yang normal tapi tak ketara sangat rasa, cuma pada 18 Januari 2022 ( petang pukul 3 lebih ) saya ambil booster AZ ( ikut temujanji yang dikeluarkan pada My Sejahtera ),  masa mula-mula suntik, masa vaksin tu mula masuk dalam lengan, tak terasa apa kecuali rasa jarum halus masuk je ( masa vaksin Pfizer, terasa cecair vaksin tu macam terus bergerak masuk dalam saluran darah ).

Beberapa jam selepas suntikan booster AZ, bahagian suntikan rasa tak selesa, macam rasa bengkak dan sedikit sakit. Lepas tu suhu badan rasa naik macam nak demam. Perut rasa tak selesa. 

Saya lepas solat, saya sapu 𝗠𝗶𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗕𝗶𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 pada perut, sendi-sendi dan leher sambil menghidu bau minyak tu dan tidur. Alhamdulillah asbab penggunaannya, saya rasa suhu badan menurun dan rasa sengal dan ketidakselesaan berkurangan.

Dapatkan Minyak Bidara Pandan di gerai URUTAN KAKI - Tanjung Rimau Dalam di Vintage Night Market Melaka, UTC Melaka, Jalan Hang Tuah atau di PJS 4/10, Taman Indah Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Saya rasa cukup sampai ke suntikan ke 3 sahaja ( booster ). Setidak-tidaknya saya dah berusaha untuk melindungi diri sambil cuba patuh SOP ketika di tempat awam dan ketika balik ke rumah. Selebihnya bertawaqal kepada Allah SWT.

Nasihat saya :

- Jika sebelum ambil vaksin pertama dan kedua, badan memang dah ada sakit yang berat atau petanda ringan sakit kronik, tangguhkan dahulu pengambilan dos penggalak vaksin.

- "Tangguhkan" dahulu pengambilan dos penggalak vaksin jika anda bekerja dengan orang lain. Jika bekerja sendiri tiada masalah kerana 10 ke 15 minit pertama tiada sebarang masalah berlaku. 

Anda akan mula rasa sedikit sakit dan suhu badan meningkat macam nak demam  selepas 20 minit ke atas selepas pengambilan dos penggalak berkenaan.

- Jika anda mula hadapi kesan yang saya nyatakan di atas, makanlah ubat tidur, panadol dan sapu minyak yang untuk meredakan sakit-sakit sendi.

Setelah itu, tidurlah dengan keselesaan yang maksimum sambil buka audio bacaan doa yang berkaitan atau zikir tertentu 


Pautan yang perlu diketik untuk membuat laporan berkenaan dengan kesan sampingan yang dialami selepas selesai disuntik dos penggalak vaksin Covid19


#vaksinasibooster #BoosterAZ

Related Posts:

  • Iktibar : Terlanjur semasa berada di rumah jiran   Semestinya hari raya Aidilfitri menjadi peluang kepada kita untuk lebih mengeratkan lagi persefahaman dan hubungan mesra antara keluarga dan jirang tetangga. Juga sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan kerana … Read More
  • Kek Belacan : resipi dari Sarawak Namanya sahaja sudah mampu membuatkan sesiapa yang mendengar atau membacanya buat pertama kali, berkerut dahi dan tersenyum sinis.  Namun ia tidaklah melambangkan belacan sebenar digunakan di dalam resipi kek istime… Read More
  • Muara Hati ( versi Fairuz Selamat ) Lagu Muara Hati yang asalnya dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza dan Hafiz telah mendapat perhatian yang positif di kalangan peminat seni muzik di Malaysia. Pelbagai individu telah cuba menyanyikannya dalam versi ters… Read More
  • Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 6 Ini adalah artikel bersiri, sambungan dari artikel yang diterbitkan oleh saya, bertajuk "Lagu jiwang yang terpinggir : Siri 5".  Pada artikel kali ini saya memaparkan lirik dan lagu yang bertajuk "Mimpi Kita - Dedd… Read More
  • Keadilan kecam surat palsu   Berikut adalah kenyataan balas dari Fahmi Fadzil iaitu Pengarah Komunikasi Parti KEADILAN Rakyat mengenai edaran surat palsu yang menggunakan nama serta tandatangan Dato' Saifuddin Nasution Ismail, selaku Setiausah… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan