Polis peronda buat hal...


Polis peronda buat hal yang diluar jangka. Peristiwa ini berlaku di Teluk Batik, Perak. Polis peronda kelihatan membuat sesuatu yang diluar dari skop tugasan mereka.

Apabila ditegur dan ditanya pada mereka mengapa perkara itu dibuat, ini jawapan salah seorang dari polis peronda berkenaan :

“Saya kasihan melihat kucing itu berlari ke arah kami dan mengiau seolah-olah mahu beritahu mereka lapar," kata anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, Lans Koperal Isam Bohari, 29.

Isam berkata, naluri menyayangi kucing mendorongnya meluangkan sedikit masa untuk membeli dan memberi makan kepada lebih 20 haiwan terbiar itu di Teluk Batik, Lumut, pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika itu, dia bersama dua lagi rakan setugas, Lans Koperal Wan Adzlan Wan Ramli dan Lans Koperal Zulhelmi Razani menjalankan rondaan di pantai awam berkenaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Kami lihat semua kucing di situ seperti lapar dan tak sampai hati melihatnya dan sanggup ke kedai serta beli makanan untuk diberikan kepada haiwan itu.

"Semua kucing nampak berselera hingga dua kali makanan ditambah dan setiap kucing diberikan makanan sendiri serta dijarakkan kedudukannya kerana tidak mahu mereka berebut makanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, gambar dan kisah anggota berkenaan memberi makan kepada kucing terbiar dikongsi seorang individu di Facebook (FB).

Hantaran itu mendapat reaksi positif netizen yang memuji serta menzahirkan rasa terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan itu atas tindakannya.

Dia mengambil tindakan itu kerana menyedari haiwan berkenaan mungkin sukar mendapatkan makanan berikutan tiada kedai dibuka dan Teluk Batik sudah tidak dikunjungi pelawat susulan PKP.

"Saya pencinta kucing dan sebelum ini juga selalu bawa makanan (untuk diberikan kepada kucing terbiar), tetapi hari ini saya terlupa nak bawa sekali, sebab itu rasa kasihan melihat kucing itu.




"Saya tak tahu cerita itu (bagi makan kepada kucing Teluk Batik) dikongsi di FB, tetapi bagi saya, ini cara berkongsi rezeki," katanya yang turut mempunyai tujuh kucing di rumah.

Kredit :
- Nor Hidayah Tanzizi (Harian Metro)

Related Posts:

  • Raja Bomoh dicela Pendekar Silat Kampung Setelah beberapa kali Raja Bomoh 1Malaysia, iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang berasal dari Teluk Intan, Perak membuat aksi mencari pesawat penumpang Malaysia Airlines MH370 dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kep… Read More
  • Video komen DSAI mengenai mendiang Karpal Singh Seperti yang dirakamkan ketika ceramah Jelajah Reformasi 2.0 di Jalan Kubur, Pantai Dalam pada 19 april 2014, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa, mendiang Karpal Singh yang menjadi peguam bela… Read More
  • Akhlak pewaris negara yang semakin lesu Umum sedia maklum bahawa ramai remaja di Malaysia, terutamanya Melayu masa kini yang telah runtuh akhlaknya malah bangga dengan gaya hidup yang menyimpang dari ajaran agama Islam yang asal. Para remaja di Malaysia pada h… Read More
  • Koleksi Gambar Bomoh 1Malaysia Semenjak beliau melakukan ritual perbomohan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, beliau mendapat liputan meluas sehingga dikatakan menjadi perhatian media massa di negara Arab.  Promosi percuma yang beliau… Read More
  • Nahas MH370 : Simpati pada wartawan & media massa Berikut ada "print screen" yang diambil daripada status pengguna Facebook yang menggunakan nama Mohd Azizi Amal Ismail. Beliau menzahirkan rasa kasihan kepada para wartawan dan pihak media tetapi dalam masa yang sama beli… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan