Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi



Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020.


Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keuarga Allahyarham.

"Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh," kata Haiza kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.

Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.

"Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnnya," kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.

Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menema populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.

Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.

Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.

Sumber : astroawani.com

Related Posts:

  • Video lagu Derita Cinta - Osama Yamani Jamal Abdillah berasa terharu dengan sikap anak sulungnya, Osama Yamani (13 tahun) yang terlalu meminatinya sehingga menjadi peminat nombor satu penyanyi itu. Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 53, itu berkata… Read More
  • Sidek Hussain (pelakon) meninggal dunia Pelakon Sidek Hussain, 63, meninggal dunia di sisi isterinya, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) 11.55 malam (27 April 2014), akibat kanser tahap empat. Allahyarham dimasukkan ke HKL sejak Selasa lalu selepas keadaan kanser d… Read More
  • Kau Pergi Jua Adam Ahmad   Penyanyi era 80an kelahiran Johor Bahru iaitu Adam Ahmad meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.15 pagi Khamis akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.Jenazah … Read More
  • Jamal Muhamad meninggal dunia Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, berusia 75 tahun telah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11.00 pagi, 7 Mei 2014 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya. Jamal yang juga personaliti televisyen vetera… Read More
  • Aziz Sattar (Bujang Lapok) meninggal dunia Al-Fatihah... "Berakhirlah sudah kisah perjalanan trio Bujang Lapok. Dimulai dengan pemergian P. Ramlee pada 1973, kemudian S. Shamsuddin pada 2013, dan kini Aziz Sattar pada 2014....." Dalam usia 89 tahun, pela… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan