Hongmeng : sistem operasi pertama yang dibangunkan oleh Huawei
By Admin at 7:30:00 am
teknologi
Kembali pada bulan Mac lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Richard Yu memberitahu bahawa syarikat itu telah membangunkan sistem operasi sendiri bagi menghadapi sebarang keadaan yang datang Amerika Syarikat.
Tidak akan ada kemas kini EMUI baru untuk sebarang peranti Huawei selepas Google menamatkan sokongan perisiannya.
Mengikut sumber dari China yang memberitahu HuaweiCentral, Huawei telah membangunkan sistem operasi sendiri di bawah nama "Hongmeng", yang berada dalam pembangunan aktif sejak 2012.
Sumber itu juga memberitahu bahawa syarikat itu menggunakan sistem operasi ini di telefon bimbitnya yang berpotensi tersembunyi di belakang tirai.
Walaupun, sumber tidak mengesahkan bahawa ini akan menjadi nama asal OS atau ia hanya nama kod tetapi mengesahkan adanya sistem operasi yang berkaitan dengan perkataan tersebut.
Pada masa ini, Huawei belum mengulas mengenai laporan ini tetapi syarikat itu telah menjangkakan penggantungan sokongan Google Android baru-baru ini sebelum ini kerana itu mereka telah membangunkan pengganti sistem pengendalian Android.
Pada hari Ahad, sebuah laporan mendedahkan bahawa Google telah menarik sokongan perisian Android OS dari peranti Huawei, meninggalkan pengguna Huawei yang gusar tentang apa yang akan terjadi pada telefon pintar mereka selepas krisis ini, setelah tindakan selanjutnya dari Google menyenarai hitamkan Huawei atas arahab presiden Trump.
* Sumber : Huawei Central
Related Posts:
Tujuh ciptaan canggih yang mungkin anda tidak tahu kewujudannya Semakin hari teknologi dalam kehidupan manusia semakin berkembang dan canggih. Ia selaras dengan keperluan semasa yang terdorong oleh pencarian penyelesaian masalah yang dihadapi oleh manusia. Video di bawah merupakan … Read More
iPhone 8 bakal dilancarkan? Apple dikatakan bakal melancarkan peranti terbaru mereka iaitu iPhone 8 antara September hingga November 2017. Sempena menyambut ulang tahun iPhone ke-10, Apple dijangka menampilkan peranti pintar paling radikal denga… Read More
USM cipta aplikasi jejak lokasi jemaah tersesat di Mekah PULAU PINANG, April 2016 – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan inovasi yang berupaya membantu mengatasi masalah jemaah haji tersesat melalui aplikasi yang dipanggil Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Ter… Read More
Cara untuk Hard Reset LENOVO A850 Seperti memformat komputer, memformat telefon pintar mempunyai tujuan atau sebab yang sama iaitu untuk mengembalikan fungsi perlaatan kepada yang asal sebelum ia dipasang dengan pelbagai aplikasi tambahan. Me… Read More
Nokia 3310 : Lagenda muncul kembali Setelah pelbagai cerita mengenai telefon lagenda jenama Nokia 3310 tersebar, Nokia akhirnya mengumumkan secara rasmi telefon tersebut di Barcelona. Antara ciri menarik telefon berkenaan adalah reka bentuknya yang bahar… Read More