Anuar Abu Bakar meninggal dunia

1971 - 2019

SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM ANUAR ABU BAKAR

Sama-sama kita mengambil kesempatan di bulan yang penuh mulia ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Anuar Abu Bakar.

Arwah berumur 48 tahun, merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 90-an dan bekas pemain bola sepak Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Mei 2019, di Hospital Shah Alam (HSA), lebih kurang pada jam 9.00 malam.

Jenazah allahyarham akan dimandikan pada pagi 7 Mei 2019 dan solat jenazah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 9.30 pagi. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, sejurus selesai disembahyangkan.

Allahyarham pernah menjadi penolong jurulatih dan jurulatih PKNS FC serta jurulatih T-Team FC. Kerjaya terakhir arwah ialah menjadi ketua jurulatih skuad Piala Presiden UiTM FC, sebelum ini telah disahkan menghidap kanser hati.

Al-Fatihah (dengan bacaan)...

Related Posts:

  • Liga Super Malaysia : 16 Julai 2019 Dua perlawanan Liga Super Malaysa berlangsung pada 16 Julai 2019, melibatkan JDT bertemu PJ City di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos dan Melaka United melayan kunjungan PKNS di Stadium Hang Jebat. KEPUTUSAN PENUH JDT … Read More
  • Liga Super Malaysia : 13 Julai 2019 ( Sabtu ) Sebanyak empat perlawanan Liga Super Malaysia berlangsung pada malam 13 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Kedah - Perak, Kuala Lumpur - JDT, PKNP - Felda United dan Selangor - Petaling Jaya City. Perlawanan bermula… Read More
  • Liga Super Malaysia : 10 Julai 2019 (Rabu) Keputusan dua perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang telah berlangsung pada Rabu, 10 Julai 2019 : KEPUTUSAN PENUH Kuala Lumpur 0 - 2 Felda United 41' Khairul Amri ( Felda United ) 64' Zahril Azri ( Felda Uni… Read More
  • Liga Super Malaysia : 12 Julai 2019 ( Jumaat ) Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini dalam pertandingan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 12 Julai 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Terengganu. Ia melibatkan pa… Read More
  • Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Julai 2019 Tiga perlawanan Liga Super Malaysia yang ke 20 telah berlangsung pada malam 9 Julai 2019, melibatkan pasukan bola sepak Pahang dan PKNS, Melaka United dan PKNP serta Terengganu dan Kedah. Perlawanan bermula pada jam 9.00 m… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan