Misteri Dilaila tiruan dari filem Vanishing Act ?


Filem Misteri Dilaila baru sahaja menghangatkan pawagam di Malaysia namun kini terpalit dengan isu cetak rompak idea dari filem lain. Ramai juga yang kecewa pada Skop Production kerana menerbitkan filem plagiat lantaran sebelum ini merekalah yang paling beria-ia mahu membenteras plagiarism dan cetak rompak di Malaysia.

Menurut sumber dari sebuah blog hiburan mendakwa pengarah Misteri Dilaila iaitu Syafiq bukan sekadar mengambil idea dan konsep dari filem Vanishing Act, malah meniru bulat-bulat beberapa babak daripada karya diterbitkan pada 1986, arahan David Greene itu. Cuma beberapa karakter dalam Vanishing Act diubah iaitu paderi menjadi Imam, anjing menjadi kucing, arak menjadi kopi dan kitab ilmu agama Islam menjadi kitab Injil.

Vanishing Act mengisahkan seorang lelaki watak dilakonkan Mike Farrel yang melaporkan kehilangan isterinya ketika berbulan madu kepada polis (Fred Gwynne).

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian, seorang wanita (Margot Kidder) ditemani oleh paderi di kawasan tersebut muncul selain mendakwa sebagai isteri lelaki terbabit yang hilang. Namun, lelaki itu menafikan wanita tersebut adalah isterinya.

Manakala dalam filem Misteri Dilaila mengisahkan watak Jefri yang juga seorang suami (lakonan Zul Ariffin) yang mengadu kehilangan isterinya, Dilaila (lakonan Elizabeth Tan) ketika mereka bercuti di Bukit Fraser.

Tetapi seorang wanita lain (Sasqia Dahuri) hadir bersama Imam Aziz (Namron) dan mengaku dirinya sebagai isteri Jefri.

Berikut adalah video ringkasan yang membuktikan pengarah  filem yang muda dan berbakat (mungkin bakat mencetakrompak idea filem lain) meniru filem arahan dari David Greene :


Related Posts:

  • Kangkung Remix - lagu single baru hits Januari 2014 Kangkung atau Kangkong (nama saintifik Ipomoea spp.) adalah jenis sayuran berdaun tropika dari keluarga Convolvulaceae. Ia mempunyai taburan tanaman di Asia, Afrika, Amerika Selatan, Amerika Tengah dan Oceania. Di Asia… Read More
  • Pemilik alih suara Ultraman, Naruto, Doraemon & Boboiboy Rancangan kartun yang disiarkan di Malaysia sama ada dari luar negara mahupun dari dalam Malaysia sendiri mempunyai pengikut dan peminat yang ramai juga terutamanya dari kalangan kanak-kanak dan tidaklah menjadi pelik seki… Read More
  • Lagu Gigit Cuping Telinga - Nabil MLM 2013 Nabil yang memulakan kerjayanya dengan lebih cemerlang dalam pertandingan Raja Lawak dan kini sedang berjuang pula dalam Maharaja Lawak Mega 2013.  Beliau adalah peserta tunggal MLM 2013 yang berseorangan kerana peser… Read More
  • Pengaruh Ultras dalam MLM 2013 Pengaruh gerakan Ultras di Malaysia ini bermula dengan penubuhan Ultras Malaya pada 2007 oleh beberapa penyokong tempatan dan penyokong fanatik. Pada waktu awal kemunculan mereka, gerakkan ini hanya mempunyai 20 penyoko… Read More
  • Auta dalam filem arwah P.Ramlee (Tiga Abdul) Tiga Abdul adalah filem komedi yang diterbitkan dalam tahun 1964 di Malaysia yang diarahkan dan dibintangi oleh ikon "layar perak" Malaysia, arwah P. Ramlee. Antara tunjang utama dalam filem ini ialah arwah Haji Mahadi se… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan