Sebang Sentral : Nadi baru Pulau Sebang


Pulau Sebang akan berubah wajah menjadi sebuah bandar baharu menjelang tahun hadapan dengan pembinaan Sebang Sentral yang menggantikan Perhentian Bas Pulau Sebang Tampin sedia ada kini.
Bandar yang diwujudkan di tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan itu bakal menyaksikan penjenamaan semula Pulau Sebang yang selama ini dibayangi bandar Tampin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembinaan terminal pengangkutan awam berkeluasan 1.5 ekar bernilai kira-kira RM5 juta dijangka siap menjelang Januari 2019, bakal menaikkan nama Pulau Sebang.

“Dengan kelengkapan asas seperti surau, tandas awam dan kios, Sebang Sentral akan dilengkapi jejambat menghubungkan Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin dan Pasaraya Mydin.

“Selain menjadi pusat sehenti moden menghubungkan pelbagai pengangkutan awam di satu tempat, ia dapat meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam,” katanya selepas merasmikan majlis Pecah Tanah Sebang Sentral, Pulau Sebang, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Koh Nai Kwang; Adun Gadek, Datuk M S Mahadevan dan Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Ismail Hasim.

Pada lawatan tersebut, Idris turut melawat Stesen Keretapi Pulau Sebang / Tampin selepas mengalami transfomasi sejak dibina pada 1905 menghubungkan Tampin dan Seremban, sebelum landasan ke Gemas dibuka pada 1906.  Stesen lama yang menjalani pembinaan semula pada 1995 akhirnya dirobohkan sebelum sebuah stesen kereta api dua tingkat dibina pada 2013 semasa projek landasan berkembar dan elektrik dijalankan.

Idris berkata, bilangan penumpang keretapi juga dijangka meningkat lima kali ganda, di mana Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad mencatatkan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan stesen itu setiap hari apabila Sebang Sentral siap kelak.


* Sumber : Sinar Harian | Utusan

Related Posts:

  • Logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan logo baharu kempen Melawat Malaysia 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Logo yang merupakan sebahagian daripada kempen Melawat Malaysia 2020 itu… Read More
  • Kemaskini PUBG Mobile Season 8 Tarikh pelepasan PUBG Mobile Musim ke 8 dijangka termasuk pelbagai kandungan baru dan pembentukan permainan seterusnya, yang akan tersedia untuk dimuat turun melalui kemas kini yang besar. PUBG Mobile 0.13.5 beta dium… Read More
  • Sewa bilik serendah RM100 sebulan di Kuala Lumpur Gambar hiasan Sebuah bangunan lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing dengan 120 buah bilik, bagi menjayakan konsep 'capsule hotel' di bawah i… Read More
  • Video wartawan TV3 dilebok lembu Jarang berlaku tapi ianya terjadi pada seorang wartawan berita TV3 yang disondol lembu ketika siaran langsung disuatu lokasi berkenaan dengan masalah haiwan ternakan yang dibiar bebas di kawasan orang ramai. Di bawah adal… Read More
  • Bayi penghidap penyakit ‘Germ Cell Tumor’ semakin pulih Tahap kesihatan adik Ainul Mardhiah yang menghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ dan kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di London, semakin hari semakin baik. Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berk… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan