McDonald bakal bina surau di semua cawangan seluruh Malaysia


Rangkaian makanan segera terkemuka, McDonald’s merancang untuk menyediakan kemudahan surau di semua restoran baharu dibuka dan bakal diubah suai di seluruh Malaysia. Pengarah Operasi McDonald’s Malaysia, Mohd. Fairul Maan berkata, reka bentuk restoran akan disesuaikan dengan kemudahan itu bagi memenuhi keperluan pelanggan beragama Islam dapat menunaikan solat fardu.

Ia antara transformasi di premis sajian yang jadi tumpuan keluarga itu setelah ‘Lesen Pembangunan’ baharu untuk pasaran Malaysia kini dimiliki syarikat Arab Saudi, Reza Food Services menerusi Lionhorn Pte. Ltd. tahun lalu.

Setakat ini hanya terdapat kira-kira 15 restoran di seluruh negara yang sudah pun dilengkapi dengan kemudahan surau lebih selesa menerusi proses pengubahsuaian termasuk di McDonald’s Pandu Lalu Kuala Terengganu.

“Bagi tahun ini, kita merancang untuk ubah suai 20 lagi restoran serta ambil kira model surau sedia ada selain pelbagai kemudahan lain dengan teknologi canggih termasuk kios pesanan layan diri dan lain-lain lagi,” katanya.

Mohd. Fairul menyatakan demikian kepada para pemberita selepas hadir menyaksikan majlis pembukaan rasmi dengan wajah baharu McDonald’s Kuala Terengganu Pandu Lalu di ibu negeri Terengganu itu pada Sabtu.

Turut hadir sama pada acara tersebut ialah Pengurus Operasi McDonald’s Malaysia Wilayah Pantai Timur, Safna Sepian dan Pengurus Besar Restoran McDonald’s Cawangan Kuala Terengganu, Wan Muhairyzal Wan Muda.

McDonald’s Malaysia setakat ini memiliki 265 cawangan di seluruh negara dengan kira-kira 15,000 pekerja. Ia mula dibuka di Malaysia sejak 1982 dan pada 1996 lalu mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Lionhorn diterajui Sheik Fadh dan Abdulrahman Alireza pernah dilaporkan berhasrat buka 200 restoran baharu McDonald’s Malaysia dengan pelaburan RM1.4 bilion, dalam masa 10 tahun dan mewujudkan 6,000 peluang kerja.

Sementara itu, Mohd. Fairul menyasarkan pertumbuhan jualan antara 15 peratus hingga 20 peratus bagi restoran McDonald’s Kuala Terengganu Pandu Lalu susulan imej wajah baharu dan kemudahan canggih yang disediakan.

* Sumber : mybktv.net

Related Posts:

  • Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 … Read More
  • Kereta terbakar di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka Semalam (27 Mei 2017), ketika baru sahaja kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, orang ramai di Bazar Ramadan Jalan Hang Tuah Melaka yang berhampiran dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTC Melaka dan Wisma… Read More
  • Komposer Johan Nawawi meninggal dunia Komposer terkenal Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya (SJMC), awal pagi Jumaat (24 Mac 2017). Memetik laporan … Read More
  • Setinggan musnah di Putatan Tujuh buah rumah setinggan musnah selepas terbabit dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Dumpil, Putatan, Sabah, pagi 28 Mac 2017. Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam … Read More
  • Lahad Datu di landa gempa bumi Satu gempa bumi lemah telah berlaku pada jam 06:26 pagi pada tarikh 29/03/1 di kedudukan 4.8 Utara 118.5 Timur dengan magnitud 3.4 dan kedalaman 10km di Lahad Datu, Sabah. 25km Timur Laut Kunak, Sabah. Gegaran mungkin dir… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan