Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis


Aliran trafik di semua lebuh raya utama masih lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari tadi (21 Jun 2017) namun dijangka meningkat petang nanti apabila warga kota beransur-ansur pulang ke kampung halaman masing-masing sempena sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Ketika dihubungi Bernama, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dan juga Lebuhraya Pantai Timur masih lancar di kedua-dua arah.

"Aliran trafik dijangka sesak teruk bermula malam Khamis nanti memandangkan sekolah mula bercuti pada Jumaat dan orang ramai mula pulang ke kampung," katanya. Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Ahad ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik

- Bernama

Related Posts:

  • Yussry Bin Edoo meninggal dunia, disahkan oleh Zamatul Amri Zakaria Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo, 39, telah meninggal dunia lebih kurang pada jam 12.15 tengah malam, 30 November 2015 di Hospital Selayang akibat serangan jantung dan sesak nafas. Perkara terseb… Read More
  • Gambia kini negara Islam BANJUL: Presiden Gambia, Yahya Jammeh telah mengisytiharkan negara bekas sekular itu sebagai republik Islam dalam usaha mewujudkan jurang negara Afrika Barat itu dengan era kolonialnya. Negara kecil yang dinamakan sempen… Read More
  • Komposer Johan Nawawi meninggal dunia Komposer terkenal Johan Nawawi yang juga suami kepada penyanyi Nora Ariffin telah meninggal dunia selepas dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Subang Jaya (SJMC), awal pagi Jumaat (24 Mac 2017). Memetik laporan … Read More
  • 18 ekor buaya lari dari zoo   Lapan belas ekor buaya terlepas dari kandang apabila sebuah zoo di Permatang Siantar, Sumatera Utara dilanda banjir akibat hujan lebat yang turun seharian. Dalam kejadian malam kelmarin, kesemua … Read More
  • Mengamuk pecah kedai kerana kredit cepat habis Berang apabila kredit telefon prabayar susut RM4 setiap hari, seorang lelaki mengamuk dengan memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi di bandar Sibu, tengah hari 13 … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan