Kerja yang mendatangkan wang

Assalamualaikum..,

Saya sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menguruskan "projek kecik" membaiki komputer terpakai disamping barangan aksesori yang berkaitan di salah sebuah sekolah rendah di kawasan Tengkera.

Alhamdulilah, rezeki bertambah apabila guru-guru di sekolah itu meminta saya membaiki sistem bagi laptop mereka. Dan rezeki halal itu dikongsi dengan rakan usahawan lain sebagai "duit minyak.."

Untuk pengetahuan semua, dalam masa hampir dua tahun saya menjalankan perniagaan secara lebih serius, sehingga kini masih belum membuat sebarang pinjaman modal dengan mana-mana pihak.  Saya cuba untuk bertahan tanpa mengharapkan pinjaman wang untuk perniagaan saya ini walaupun dalam keadaan ekonomi Malaysia yang "indah khabar dari rupa".

Saya berjimat pada sebarang segi yang mampu dan boleh seperti dari segi penggunaan elektrik, makan minum serta telefon. Saya jarang keluar rumah pada hari cuti, kecuali jika untuk membeli barangan keperluan dapur.  Kadang-kadang saya ambil cuti satu atau dua hari, tak buka kedai, kerana ingin menenangkan fikiran disamping mencari dan mencipta idea serta perlaksanaan bagi memajukan perniagaan. Dalam pada itu, alatan membaiki komputer juga berada di rumah. Manalah tahu, tiba-tiba ada "jobs" masa tengah cuti...

Berniaga berseorangan ni memang penat dan menyusahkan bagi sesetengah pendapat orang, tapi saya mempunyai tekad untuk berjaya dengan mutlak dalam bidang komputer ini kerana ianya sumber pendapatan saya untuk menyara hidup. 

Biarlah apa orang lain nak kata tentang bangsa Melayu dalam perniagaan, yang penting saya akan sentiasa berusaha agar dapat diwariskan syarikat saya ini pada keturunan saya, berterusan sampai bila-bila...

"Mencipta harta sendiri tanpa mengharapkan harta pusaka..."

Bersatu dalam Islam, bangsa akan lebih kukuh

Assalamualaikum...

Zaman bangsa Melayu untuk mengalah atas dasar menjaga hati pihak lain dah berlalu. Telah banyak tanah milik orang Melayu telah "dipindah milik" atas dasar "pembangunan". Orang Melayu terutamanya sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka telah rela berkongsi "tanah air" dengan bangsa asing, yang mana ketika ini telah menjadi rakyat Malaysia, tanpa ada sebarang syarat yang membebankan. Orang bukan Melayu diberi kebebasan untuk bergerak, berniaga dan lain-lain asalkan tidak merosakkan "tanah air"

Tetapi tika ini, masih ada orang bukan Melayu yang tidak mengingati jasa orang Melayu. Jika mereka duduk di negara asal mereka, pasti hidup merempat dan penuh kehinaan. Negara asal mereka sehingga kini masih berlakunya pembunuhan etnik,yang kaya bertambah kaya, yang miskin hidup merana. Tetapi di Malaysia ( asalnya "Tanah Melayu" ), walaupun miskin, masih lagi ada tempat berteduh, dapat makan minum, dapat pendidikan serta lain-lain bantuan dari pemimpin-pemimpin Melayu.

Terlalu banyak perkara orang Melayu sudah berkorban, berkongsi itu ini, masih lagi mahu mengatakan kerajaan ( pemimpin-pemimpin Melayu ) tidak adil? Bak kata pepatah : "beri betis nak paha..." lama-lama naik kepala.

Ini bukan tuduhan liar, ini adalah pengalaman saya. Dan yang paling terkini, orang bukan Melayu berkata kepada saya bahawa orang Melayu tidak boleh berjaya dalam perniagaan, orang Melayu kalau berniaga cepat lingkup. Orang bukan Melayu itu saya tengok tengah sakit, tunggu masa untuk "selamat", tapi masih lagi kutuk Melayu. Saya cuba membela bangsa saya sendiri, tapi faham-faham ajelah macam mana sikap "si lidah bercabang" ni... Kalau lebih-lebih nanti jadi kes lain pula.

Ingat, ingat dan ingat.... agama Islam yang membentuk nasib bangsa kita.  Janganlah adanya dari kalangan kita yang membentuk agama bagi keperluan kertas yang bertanda "X..."


"mohon ampun hanya pada Allah, sembah hanya padaNya... bukan pada manusia"

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan