Water Taxi Putrajaya percuma pada 31 Ogos 2024


Teksi air disediakan bagi memudahkan orang ramai hadir untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya nanti. 

Perkhidmatan bermula seawal 5.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang "Water taxi" ( https://www.cruisetasikputrajaya.com/water_taxi.html ) atau laman sesawang 𝙢𝙚𝙧𝙙𝙚𝙠𝙖360  ( https://www.merdeka360.my/web/ ).






Senarai 26 pemain ke Kem Latihan Pusat Harimau Malaya menjelang Pestabola Merdeka 2024


Berikut senarai nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan yang baharu, Pau Marti untuk ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Khamis, 29 Ogos 2024 bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2024 Edisi Ke-43 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 4 hingga 8 September 2024.



#FAM #HarimauMalaya #PestabolaMerdeka2024

Karam Singh Walia diziarahi wakil Perdana Menteri


Pada 7 Ogos 2024, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim, saudara Farhan Fauzi telah menziarahi Dato' Karam Singh Walia, tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka.

Dimaklumkan keadaan kesihatan saudara Karam Singh kini membimbangkan selepas beliau menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang. Selain berbicara panjang terkait pengalamannya membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada saudara Karam Singh. 

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau. Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar.


Kredit : Anwar Ibrahim Whatsapp Channel



#MalaysiaMADANI

Cara melupuskan Bendera Malaysia ( Jalur Gemilang ) yang telah rosak



𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐏𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀 MALAYSIA 🇲🇾

Untuk pengetahuan semua, Jalur Gemilang yang telah pudar warna, koyak dan seumpamanya tidak boleh dikibarkan kerana dianggap sebagai bendera yang uzur dan pengibarannya menunjukkan 𝐑𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 kepada bendera tersebut. 

❌ Jalur Gemilang juga 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 dibuang di dalam tong sampah.

✅ Cara yang betul ialah dibakar secara tertutup dan bukannya di tempat awam.

Jadi, gantikanlah bendera yang uzur dengan yang baru sempena bulan Kebangsaan ni tapi jangan lupa untuk melupuskannya dengan cara yang betul jika ianya rosak.



#merdeka
#merdeka360
#jalurgemilang 
#benderamalaysia

Keputusan Liga Super : 31 Julai 2024

 


Tiga perlawanan Liga Super telah berlangsung pada 31 Julai 2024. Ia melibatkan perlawanan antara KL City FC vs Sabah FC ( Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur ), Sri Pahang vs Selangor FC ( Stadium Darul Makmur ) dan PDRM FC vs JDT ( Stadium MBPJ ).


KEPUTUSAN PERLAWANAN


8.15 malam

KL City FC 3 - 0 Sabah FC
🔴 44' - Rawilson Batuil ( Sabah FC )
⚽ 45' + 5' ~ Kwang-Min Ko - gol sendiri  [ KL City FC ]
⚽ 61' ~ Paulo Josue [ KL City FC ]
⚽ 88' ~ Zhafri Yahya [ KL City FC ]


8.15 malam

Sri Pahang 1 - 1 Selangor FC
⚽ 3' ~  Alvin Fortes [ Selangor FC ]
⚽ 43' ~  Stefano Brundo [ Sri Pahang ]
🔴 63' - Myloka Agapov [ Sri Pahang ]


9.00 malam

PDRM FC 1 - 1 JDT
⚽ 22' ~ Shahrel Fikri [ PDRM FC ]
⚽ 33' ~ Oscar Arribas [ JDT ]




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan