Karam Singh Walia diziarahi wakil Perdana Menteri


Pada 7 Ogos 2024, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim, saudara Farhan Fauzi telah menziarahi Dato' Karam Singh Walia, tokoh kewartawanan alam sekitar yang terkenal dengan penggunaan peribahasa langka.

Dimaklumkan keadaan kesihatan saudara Karam Singh kini membimbangkan selepas beliau menghidap penyakit hati dan masalah buah pinggang. Selain berbicara panjang terkait pengalamannya membongkar kebobrokan petualang memusnahkan alam sekitar, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan bagi pihak Perdana Menteri kepada saudara Karam Singh. 

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kos perubatan yang ditanggung beliau. Dato' Seri Diraja Anwar Ibrahim mendoakan semoga saudara Karam Singh segera sembuh dan dapat mendidik anak-anak muda terkait kepentingan alam sekitar.


Kredit : Anwar Ibrahim Whatsapp Channel



#MalaysiaMADANI

Related Posts:

  • Pening, pening....Assalamualaikum dan salam sejahtera...Bukan calang-calang orang yang boleh serta mampu menjalankan perniagaan bersyarikat iaitu secara serius & sepenuh masa. Kalau "menjerumuskan" diri dalam bidang perniagaan dan keusaha… Read More
  • TIP PILIHAN: Biar kecil asalkan berhasilTips dari Irfan Khairi.Terlalu banyak perniagaan saya lihat "membesar" dengan cepat dan kemudiannya, habis rebah... kalau tak rebah pun, "surviving". Take note, saya gunakan perkataan "membesar" bukan maksudnya "mengembang". … Read More
  • Seminar Kenali Potensi Diri - Dr. Azizan OsmanDr. Azizan Osman Dewan C, Pusat Persidangan MITC Pada hari Ahad, 12 Julai 2009, saya telah menyertai Seminar Kenali Potensi Diri ( untuk kebahagiaan, kesihatan,kekayaan dan kejayaan, yang disampaikan dan diasaskan oleh Dr.Azi… Read More
  • Ramai yang tidak percayaAssalamualaikum dan salam sejahtera... **Sedikit cerita mengenai perkembangan terkini diri saya...Mulai hari ini, 17/08/2009, saya terlibat dalam perkongsian kepakaran dalam pemasangan rangkaian komputer antara pihak GIATMARA… Read More
  • Penyakit lama dalam bidang perniagaanSepanjang pemerhatian saya, masih lagi terdapat "penyakit lama" yang dihidapi peniaga ataupun usahawan Melayu, iaitu dengki, irihati yang tidak sihat, tamak tak kena tempat dan menggunakan segala macam ilmu sesat untuk memuda… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan