Amran Aman Ramlie meninggal dunia

 


Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.37 petang di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu, 26 Mac 2022.  

Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin yang sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini. Sebelum ini, beliau mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar dan juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie. Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sejak sekian lama. Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan, Allahyarham Amran merupakan seorang anak seni berbakat besar.

Persatuan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian seniman itu.



Kredit :

- Astro Awani

- myMetro





Keputusan FAS Tri-Nations Series 2022 - Singapura vs Malaysia

 


Hari Perlawanan 2 | Sabtu, 26 Mac 2022
FAS Tri-Nations Series 2022
⚽ SINGAPURA 🇸🇬 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8.00 malam |
🏟 Stadium Nasional, Singapura

Permainan ini sukar diramalkan memandangkan prestasi Harimau Malaya semakin baik. Nampaknya seperti Kim Pan-Gon telah merubah pasukannya dan tindakan mempertaruhkan beberapa pemain seperti Shafiq Rahim, Akhyar Rasid, Safiq Ahmad Dan Safawi Rasid pada kesebelasan utama sebagai isyarat jelas yang Malaysia serius mempertahankan rentak kemenangan.


KEPUTUSAN PENUH


Singapura 2 - 1 Malaysia

30' Ikhsan Fandi Ahmad [ Singapura ]
57' Liridon Krasniqi [ Malaysia ]
76' Ikhsan Fandi Ahmad [ Singapura ]




Kredit :
- FAM
- Satujohor.net

Azizan Baba meninggal dunia !

 

Dengan ini seluruh peminat setia bola sepak negeri Melaka berserta pengurusan Melaka United dan MUSA telah menzahirkan ucapan sedalam-dalam takziah buat keluarga bekas pemain bolasepak Melaka, Allahyarham Mohd Azizan Baba yang telah kembali ke Rahmatullah hari ini.

Sepanjang kariernya arwah pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya Perak, Kuala Lumpur, Johor FC, Sarawak, Pulau Pinang, SAMB FC termasuk bersama Melaka pada 2007, 2008 dan 2015.
Arwah juga turut sempat bergelar jurulatih SAMB FC serta skuad pelapis Melaka pada 2019 dan 2020.

Pemergian Allahyarham Azizan Baba merupakan satu kehilangan besar buat bolasepak negeri dan negara.

Arwah menghidapi "hematoma" di paha kiri yang kemudiannya disahkan melarat sebagai kanser.Arwah Azizan Baba yang telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali di sebuah hospital swasta dan dalam proses pemulihan.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

#azizanbaba #melaka


Nama pemain yang dipilih Kim Pan Gon untuk ke Singapura



Berikut senarai akhir 25 pemain skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon untuk aksi bertemu Filipina pada Rabu, 23 Mac 2022 dan Singapura pada Sabtu, 26 Mac 2022, kedua-duanya di Stadium Nasional, Singapura.

#FAM #HarimauMalaya


Kim Pan Gon buat undang-undang khas untuk pemain skuad bola sepak kebangsaan Malaysia

 


Ketua jurulatih skuad kebangsaan Kim Pan Gon menyenaraikan beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh barisan pemain negara dan akan mengenakan denda jika melanggar arahannya itu.

Pemain sayap lincah negara, Muhammad Faisal Abdul Halim berkata larangan yang dikenakan itu secara tidak langsung menjadikan hubungan antara pemain lebih baik selain lebih teratur dan berdisiplin, namun bukan bermaksud disiplin barisan pemain sebelum ini tidak baik.

“Kita ada senarai yang kena buat sekarang kalau tidak buat kena denda, jadi pemain semua dapat ikut dengan baik.

“Dalam senarai itu contohnya, kalau kita salah pakai kasut pergi latihan pun ada dikenakan denda dalam RM50 hingga RM100 dan pada hari perlawanan kita tidak boleh main telefon," katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir pasukan negara di Stadium Nasional di Bukit Jalil di Kuala Lumpur, pagi ini.

Pemain Terengganu FC itu berkata Pan Gon juga mahu setiap pemain memikirkan nama baik yang dibawa ketika mewakili skuad kebangsaan.

Menurut Muhammad Faisal, Pan Gon turut memaklumkan beliau boleh melatih pasukan dengan lebih tegas mengikut cara orang Korea Selatan, namun enggan berbuat demikian kerana menganggap semua pemain adalah profesional dan mampu berfikir mengenai peranan masing-masing.

Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura esok bagi memulakan saingan Siri Tiga-Negara FAS menentang Filipina pada Rabu dan skuad tuan rumah (26 Mac) pada aksi Persahabatan Antarabangsa Tier 1.

Pasukan bimbingan Pan Gon akan menamatkan siri perlawanan persahabatan di Singapura yang juga persediaan menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun, dengan bertemu kelab tempatan Albirex Niigata FC pada 28 Mac ini.


Kredit :
- Bernama
- FAM


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan