Minuman dan makanan yang menyebabkan perut berangin
Enam kriteria perlu dipenuhi untuk PKP tamat!
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 6 kriteria ini perlu diambil kira untuk menentukan sama ada PKP akan disambung atau ditamatkan kelak.
Namun, beliau menjelaskan bahawa pihaknya hanya memberi pandangan, sumber diperlukan dan data kepada Perdana Menteri sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.
Berikut adalah enam kriteria tersebut :
#1. Kemampuan mengawal sempadan daripada kes import.
#2. Kemampuan mengawal dan merawat pesakit positif daripada menjangkiti orang lain.
#3. Kemampuan sistem dan fasiliti kesihatan negara (makmal dan wad).
#4. Kemampuan negara dalam usaha melindungi golongan berisiko tinggi.
#5. Norma baharu (new normal) menjadi amalan hidup iaitu tiada lagi perhimpunan awam, penjarakan sosial dan kerap basuh tangan.
#6. Kemampuan negara dalam usaha melaksanakan langkah pencegahan dalam komuniti.
Sekiranya, rakyat Malaysia atau rakyat asing yang berada di dalam Malaysia, berjaya memenuhi keenam-enam kriteria di atas dalam usaha melawan COVID-19, kerajaan mungkin akan menamatkan PKP dalam masa yang dijangkakan.
Kredit teks asal : helloDOKTOR
Kredit gambar : BioSpectrum Asia
Situasi Covid 19 kembali teruk di bandar
Situasi COVID-19 di Beijing adalah sangat teruk, amaran seorang pegawai bandar itu susulan terdapat 27 kes jangkitan baharu dilaporkan di ibu kota China berpunca daripada kluster yang mencetuskan program jejak dan ujian yang besar.
Kemunculan semula kes COVID-19 dipercayai bermula di pasar borong makanan besar di bandar itu sekali gus mencetuskan penggera selepas China berjaya mengawal wabak itu melalui ujian besar-besar dan perintah berkurung 'drakonian' pada awal tahun ini.
Kes baharu itu menjadikan angka positif jangkitan COVID-19 di Beijing selepas lima hari kepada 106 kes, memaksa pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung di hampir 30 komuniti di bandar dan menjalankan ujian ke atas berpuluh ribu orang.
China melonggarkan sebahagian besar langkah 'anti-COVID-19' pada beberapa bulan lalu dengan kerajaan mengisytiharkan kemenangan terhadap penyakit itu yang muncul di Wuhan pada hujung tahun lalu.
"Situasi epidemik di ibu kota ini sangat teruk," kata jurucakap bandar Beijing, Xu Hejian yang memberi amaran pada sidang media.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga menyuarakan kebimbangan terhadap kluster berkenaan dan menunding jari kepada saiz dan penyambungan Beijing.
Jurucakap di bandar itu berkata, mereka akan menjalankan ujian terhadap pemilik gerai dan pengurus di semua pasar makanan, restoran serta kantin kerajaan.
Berdasarkan laporan agensi berita Xinhua, kapasiti ujian diperluaskan kepada 90,000 sehari.
Pengurus rantaian kedai runcit Shuguoyan, Zhao Honglei, berkata sebanyak 13 kakitangannya telah diuji negatif COVID-19.
Katanya, pelanggan kelihatan yakin dengan ujian yang dijalankan tetapi pesanan dalam talian mengalami peningkatan sepuluh kali ganda sejak kebelakangan ini.
"Orang awam bimbang dengan keadaan sesak di premis atau mereka takut dijangkiti," katanya.
Seorang pesara, Wu Yaling, 57, yang sedang beratur panjang di kedai yang dipenuhi orang berpelitup muka berkata, beliau cuba untuk tidak keluar terlalu kerap.
Hari ini dijalankan proses nyah cemar di 276 pasar pertanian dan 33,000 premis makanan dan minuman selain menutup 11 pasar, demikian menurut pegawai Beijing.
Selain itu, pihak berkuasa mengumumkan perintah berkurung di tujuh lagi kawasan perumahan pada hari ini.
Sejak 30 Mei lalu, terdapat 200,000 orang mengunjungi pasar Xinfadi yang membekalkan lebih 70 peratus buah dan sayur di Beijing.
Sementara itu, lebih 8,000 pekerja di pasar itu diuji dan dikuarantin. - AFP
Kredit : BH Online