Ucapan Castelo sempena bulan Ramadhan 2015


Pada 17 Jun 2015 lalu, saya telah menghadiri majlis yang diadakan di Pasar Tani Jasin untuk membuat liputan sempena Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra Ramadhan 2015M/1436H, Peringkat Negeri Melaka.

Ia disempurnakan oleh YB Datuk Hassan Bin Abdul Rahman, selaku Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka. Antara VIP yang turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Hj.Ghazale Bin Muhamad iaitu sebagai ADUN N25 - DUN Rim, Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka iaitu Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad dan beberapa pegawai tertinggi FAMA Negeri Melaka.

Dalam kesempatan yang ada, saya sempat merakamkan video ucapan dari Encik Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai Castelo kepada pengguna Jus Penawar Rimba (minuman berasaskan pati jus akar kayu dan daun herba) serta warga Pasar Tani seluruh Malaysia.

Ucapan Ramadhan untuk pengguna Jus Penawar Rimba (video dari YouTube) :



Ucapan Ramadhan untuk warga Pasar Tani (video dari YouTube) :





Penggunaan ubat yang tidak batalkan puasa

 

Seorang pakar perubatan Arab bernama Al Harith Ibnu Kaladah pernah mengungkapkan, "perut merupakan sarang kepada penyakit, menahan diri itu adalah ubat kepada segala penyakit".  

Justeru itu, puasa mendidik kita mengawal diri daripada mengambil makanan secara berlebihan kerana sikap itu akan mengundang masalah kepada kesihatan. 

Berpuasa mampu memberikan manfaat kesihatan sekiranya kita menjaga dan mengawal apa yang ingin kita makan atau minum. Namun ada waktu dan keadaannya, kita perlu menggunakan jenis-jenis ubatan tertentu bagi merawat bahagian-bahagian tertentu pada diri kita.

Berikut adalah maklumat mengenai penggunaan ubat yang tidak membatakan puasa  :
  • Plaster
  • Semua bentuk suntikan
  • Ubat bawah lidah (dengan syarat hanya diletakkan bawah lidah dan tidak ditelan)
  • Ubat jenis sapuan (krim atau salap)
  • Ubat sembur hidung (dengan syarat tidak disedut)
  • Ubat bius setempat dan bius separuh
  • Ubat kumur
  • Ubat titis mata, hidung dan telinga (dengan syarat tidak sampai batas gegendang telinga)

*info dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Membuat liputan di Majlis Pelancaran Pasar Tani Pra Ramadhan 2015

 

Pada 17 Jun 2015 lalu, saya telah menghadiri majlis yang diadakan di Pasar Tani Jasin untuk membuat liputan sempena Majlis Pelancaran Pasar Tani Khas Pra Ramadhan 2015M/1436H, Peringkat Negeri Melaka.

Ia disempurnakan oleh YB Datuk Hassan Bin Abdul Rahman, selaku Exco Pertanian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka. Antara VIP yang turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Hj.Ghazale Bin Muhamad iaitu sebagai ADUN N25 - DUN Rim, Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Melaka iaitu Jamaluddin Bin Muhamad Arshad dan beberapa pegawai tertinggi FAMA Negeri Melaka.

 
 
 


Empat Konsep rezeki dalam Islam


Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : "Wahai manusia, luangkanlah waktumu untukberibadah kepada-Ku, niscaya Aku akan memenuhi dadamu dengan kekayaan dan menutup (menyingkirkan) kefakiranmu. Jika engkau tidak melakukan, maka niscaya Aku akan memenuhi kedua tanganmu (hari-harimu) dengan kesibukan (pekerjaan pekerjaan) dan aku tidak akan menutupi kefakiranmu.(HR Tirmidzi)


Konsep rezeki menurut ajaran Islam


🍪 Konsep Rezeki Pertama

Kita usaha dan kita dapat. Contohnya, kita bekerja dan kita dibayar gaji. Itulah bentuk rezeki pertama. Kita selalu nampak rezeki yang ni.


🌂 Konsep Rezeki Kedua

Rezeki yang kita usaha, tapi bukan untuk kita. 

Contohnya, kita dah dapat gaji tadi, tiba-tiba kereta rosak atau mungkin handphone hilang. Atau, kita beri pinjamkan duit kepada orang lain.

Contoh yang lain, adalah bersedekah, memberikan bahagian rezeki kita untuk orang lain.

Banyak orang yang tak nampak rezeki bahagian ni. Sedangkan ini adalah rezeki juga. Banyak daripada kita bila tiba rezeki ni, kita complain, kita banyak merungut dan menyalahkan takdir, menyalahkan segala-galanya. Kan?

Sebenarnya, Tujuan Allah aturkan rezeki begini untuk kita adalah kerana nak menyucikan harta kita. Tujuannya nak mengampunkan dosa kita. Tujuannya nak beri kita nikmat yang lebih banyak Tapi kita mesti diuji terlebih dahulu.


🎈 Konsep Rezeki Ketiga

Rezeki yang kita tak usaha pun, tapi kita dapat. Masya Allah, cuba bayangkan, kita tak usaha pun, tapi kita dapat, punyalah sayang betul Allah kat kita ni. Banyak rezeki bahagian ni yang kita selalu lupa dan selalu tak nampak.

Apa contoh bentuk rezeki ketiga ni? Antaranya, tiba-tiba ada orang belanja makan steamboat, kita usaha tak? Tapi Allah datangkan steamboat melalui orang tadi tu untuk kita.

Contoh lain, kemudahan dalam menuntut ilmu, seronok beribadah. Kemudahan dalam berurusan, tiba-tiba sales meningkat, dilapangkan masa, tak tahu tiba-tiba duit datang daripada mana. Tup-tup ada orang sponsor kita pergi Umrah, Haji dan sebagainya. Kita tak usaha pun, tapi Allah bagi hadiah ni untuk kita. Seronok kan?

Punyalah banyak nikmat Allah beri ni, tapi kita tak bersyukur. Kalau check balik Surah Ar Rahman, Allah ada ingatkan,

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”

Allah terangkan dalam surah tu, banyaknya rezeki yang diturunkan, tapi kita yang tak bersyukur. Selang satu ayat Allah ingatkan kita dengan ayat di atas. Malu rasanya dengan Allah. Sebab kita hanya banyak complain dari beryukur. kan?

Untuk datangnya rezeki yang ketiga ni, kita mesti melalui rezeki yang kedua DULU. Sebab tulah, tiba-tiba peti ais rosak, amaun tu cukup-cukup sahaja nak bayar. Kereta pulak rosak, macam tau-tau sahaja cukup-cukup baki bulan tu.

Sebab apa? Sebab salah kita yang tak keluarkan terlebih dahulu. Mungkin kita kurang memberi sedekah! Sebab tu lah Allah tarik sikit nilai dari rezeki tu, nak bagi kita share jugak dengan orang lain. Supaya rezeki kita tu dapat disucikan, supaya dosa kita dapat diringankan.

Masya Allah punya sayang Allah kat kita, dia ampunkan dosa kita, ringankan tanggungan azab kita ni, tapi bila tiba sahaja benda rosak, barang hilang, orang pinjam duit tak bayar, kita nak marah-marah. Kita geram kat Allah dan complain. Betul tak?


🍫 Konsep Rezeki Keempat 

Mudah sahaja nak faham, kita tak usaha, maka tak dapatlah. Orang yang berusaha, maka dia dapat. Man jadda, wa jadda, kata pepatah arab ni.

Cuba fahamkan konsep rezeki. Rezeki bukan duit semata. Kita selalu nampak rezeki ini adalah harta. Sedangkan rezeki, nikmat Allah ni luas sangat.

Ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik adalah rezeki, kesihatan, kemudahan, kelapangan masa, kasih sayang, kefahaman, jodoh, zuriat, keluarga dan macam-macam lagi! Subhanallah, kalau senaraikan, cuba bayangkan, berapa banyak lagi nikmat yang kita tak bersyukur ni?

Insya Allah, bila kita faham konsep rezeki ni, kita akan lebih bersyukur, kita akan lebih mengenali indahnya, baiknya Allah ni. Alhamdulillah.



Bisnes sampingan yang menyeronokkan


Secara rasminya saya adalah usahawan dalam bidang ICT dan pendidikan, namun demi mencari pengalaman dan kelainan, saya menyertai Teras Unggul Success secara "part time".  

Teras Unggul Success adalah perniagaan milik Encik Jamaluddin Bin Muhamad Arshad iaitu Pengerusi Pasar Tani Kebangsaan dan Negeri Melaka yang menawarkan perkhidmatan urutan tradisional serta jualan produk berasaskan akar kayu dan tumbuhan herba dengan resipi turun temurun keluarga beliau.

Teras Unggul Success menjalankan perkhidmatannya di Pasar Tani sekitar Melaka.  Berikut adalah jadual promosinya  :

Isnin : Durian Tunggal (Petang)
Selasa : UTC Melaka (setiap tengah dan hujung bulan - Pagi)
Rabu : Jasin (Pagi) dan Seri Pengkalan (Petang)
Khamis : Selandar (Pagi)
Jumaat : Lubuk Cina (Petang)
Sabtu : Masjid Tanah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)
Ahad : Alor Gajah (Pagi) dan Pantai Puteri (Petang)

Lain-lain kawasan bergantung pada permintaan atau terdapat penganjuran acara tertentu.

Pada fikiran saya dengan membuat "part time" khidmat mengurut dan jualan produk akar kayu serta herba, saya lebih dekat dengan akar umbi rakyat, dapat cuba memahami masalah dan keperluan rakyat. 

Secara tak langsung dapat peluang untuk mempromosikan bisnes Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang saya anjurkan.  Selain itu dapat juga menikmati dingin angin pantai apabila membuat promosi di kawasan berkenaan.


Antara produk dari Araz Success dan Teras Unggul Success iaitu Jus Penawar Rimba, Minyak Lintah Gunung serta Minyak Urut D'Cas



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan