SMS ucapan sempena Ramadhan..


Assalamualaikum....

Sudah lebih seminggu kita berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh "baraqah", bulan keampunan yang menjadi milik Nabi Muhammad S.A.W, namun saya terlupa untuk terbitkan artikel ini.

Semenjak sms boleh dihantar antara penyedia perkhidmatan yang berlainan, ianya mula menjadi fenomena dalam masyarakat Malaysia.  Pelbagai cara, corak dan ayat yang direka serta disusun memperlihatkan kekretifan si pengirimnya.  Namun ada juga yang sekadar "foward" saja sms yang sudah diperolehinya sebelum ini pada rakan-rakan yang lain.  Kebiasaannya budaya berpantun akan mendominasikan sms ucapan yang dihantar.

Menjelang sesuatu peristiwa seperti ramadhan ini, maka acapkalilah telefon mudah alih kita akan "bersuara" menandakan ada mesej "masuk...".  Jika anda seorang yang sememangnya gemar bersosial (tak semestinya berkaitan dengan hal yang negatif) ataupun popular, maka bertalu-talulah sms masuk memenuhi "inbox".

Pada artikel ini saya ingin berkongsikan sms yang saya dapat pada sebelum dan awal ramadhan.  Tiap satu daripadanya mempunyai beberapa versi berbeza.  Antara sms yang saya perolehi ialah :

Ramadhan akan tiba tidak lama lagi.  Oleh itu marilah kita :

1. Seting jiwa
2. Upgrade Iman
3. Download Sabar
4. Delete Dosa
5. Approve maaf
6. Hunting Pahala

dan...

Sujud dahi mencecah bumi,
Tanda syukur kebesaran Ilahi,
Ramadhan Al-Mubarak datang lagi,
Bersamalah kita menambah iman di hati...

Anda pula bagaimana..?  Sudi-sudikanlah berkongsi sms ucapan ramdhan yang anda perolehi di ruangan komen di bawah...  (itupun kalau sms tu ada simpan lagi...)

IDA : BLACK AND WHITE CONTEST

 
** Opss... ini bukan gambau gf saya tau, 
ini banner peraduan yang disediakan oleh penganjur.


 
 ** Suatu masa dahulu..., dipertandingkan waktu kini...
PESERTA KE 171


Assalamualaikum...

Pada hari ini saya telah "menghantar" penyertaan bagi peraduan yang dianjurkan di blog idafirdausi79.blogspot.com.  Peraduan ini berkisarkan tentang memperagakan  "gambau" yang hanya mempunyai warna hitam dan putih sahaja, yang menjadi tema peraduan.

Tarikh tutup peraduan ini ialah pada 12 Ogos  2011, hari Jumaat 11.59pm.  Hadiah yang disediakan adalah :


1. Coklat Ferrero Rocher



2. Patung  animasi / maskot Domo



3. Coklat buatan tangan

Penyelesaian masalah popup menu "authentication required" gengblogger



Assalamualaikum...

Pastinya salah satu perkara yang menjadi isu hangat dalam arena "pemblogan" ketika ini ialah masalah yang berlaku pada laman web "Gengblogger".  Bagi yang masih belum kenal atau tidak pasti apakah "Gengblogger" itu, ianya merupakan satu laman web komuniti yang menghimpunkan pemilik laman web atau blog dari segala kategori dan mereka boleh melakukan "ping" artikel terbaru masing-masing ke dalam laman web berkenaan untuk dimaklumkan kepada pengguna dan pelawat laman web gengblogger yang lain dengan menggunakan facebook connect (cara untuk log masuk) untuk membolehkan para pemilik laman web dan blog menggunakan laman web tersebut.

Beberapa ketika sebelum ini, laman web gengblogger telah mengalami masalah apabila ada laman web yang berada di dalam pengkalan data mereka mengandungi skrip aturcara virus / malware.  Ada juga kes yang dilapurkan bahawa laman web gengblogger dijadikan platfom untuk menyebarkan virus. Ini menyebabkan laman web berkenaan disekat oleh kebanyakkan "web browser" dari membenarkan pengguna internet meneruskan lawatan mereka.  Ada juga anti virus/malware yang bertindakbalas  pada laman web tersebut.

Saya sendiri telah cuba menyelesaikan masalah ini dan berusaha mencari cara untuk menghilangkan "popup menu authentication required " dari gengblogger yang muncul apabila laman blog saya diakses.  Pelbagai cara yang dicadangkan oleh beberapa individu telah dicuba dan antaranya ialah seperti berikut :


A) betulkan jam di laptop/pc kepada waktu Malaysia (UTC +8.00 Malaysia, Singapore) dan restart browser (dah buat tapi tak berkesan)

B) Cara ini tidak pernah digunakan kerana kelihatan leceh bagi saya dan secara asasnya adalah sama dengan cara di atas :
(1) Cipta semula akaun komputer anda dengan status administrator
(2) Set time zone komputer anda seperti yang telah diterangkan di atas.
(3) Install semula internet browse di komputer/laptop
(4) Buangkan cache pada internet browser dan temporary files pada internet options/properties
(5) Login semula ke laman gengblogger

Dan alhamdulilah, setelah melakukan penelitian dan beberapa percubaan, makanya saya telah menggarapkan cara berikut dan ternyata ianya berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Caranya adalah :

1-Buang pautan link gengblogger application yang ada di facebook anda.
2-Buang segala kod dari gengblogger yang diletakkan sebagai wadget / gadget di blog atau laman web anda.
3-Periksa kod HTML laman web / blog anda untuk memastikan tidak ada satu barispun kod yang berkaitan dengan gengblogger tertinggal.
4-Untuk lebih menyedapkan perasaan anda, setelah membuat langkah-langkah di atas, tukarlah templet blog anda kepada yang baru.

Ada orang yang mengatakan langkah membuang aplikasi gengblogger dari facebook tidak mendatangkan kesan.  Pada keadaan tertentu, ada kemungkinan kecil ya, namun pada pendapat saya, untuk mencapai penyelesaian secara total, kita perlu membuang segala kod atau pautan yang berkaitan dengan laman web gengblogger dari facebook, laman web dan blog.

Paling penting saya sendiri telah mencubainya dan ternyata berjaya menyelesaikan masalah yang terjadi pada kebanyakkan blogger di Malaysia.  Namun dalam keadaan tertentu, ada juga kemungkinan anda tidak mendapat hasil yang sama dengan apa yang saya perolehi. Nasihat saya perhatikan betul-betul kandungan kod HTML laman web atau blog anda...

Pengertian di bulan Ramadhan : Umat Islam masih lagi buta

 
~gambar hiasan~
Bila tukang masak lambat siap, mereka marah, 
tetapi apabila sudah siap dan mereka mulai makan, akhirnya tak habis...


Assalamualaikum...


Artikel kali ini adalah ilham dari pemerhatian saya semasa berbuka puasa semalam (06/08/2011) di Restoran El Izzat's 24jam, Jalan Hang Tuah Melaka.  Dalam waktu yang hampir berbuka puasa, tukang masak dan pelayan begitu sibuk memasak secepat yang mungkin bagi menyudahkan pesanan pelanggan.  Dengan ruang yang terhad, pihak restoran tidak dapat menyediakan dapur tambahan serta tertakluk pada undang-undang majlis bandaraya yang tidak membenarkan dapur tambahan dibina di luar struktur binaan restoran berkenaan.

Ada dua orang perempuan, yang saya cam salah seorangnya itu bekerja sebagai "cleaner"  membuat pesanan.  Sebelum waktu berbuka tiba, pesanan air sudah siap dihantar ke mejanya.  Disebabkan masalah yang saya nyatakan di atas, makanan yang dipesan oleh beberapa pelanggan yang berkunjung ke restoran berkenaan lambat tiba.  Perempuan berdua itu mulalah merungut dan bising.  Dari apa yang saya dengar, ayat dan cara mereka "bertanya" tentang makanan yang dipesan itu mengandungi nada suara yang sombong dan agak kurang budi bahasa.  Macam-macam pula yang dikomplen mengenai air minumannya itu.  Setelah beberapa ketika dua orang itu beredar, saya melihat ke arah meja yang mereka dan di dapati makanan serta minuman tidak habis. 

Inilah tabiat orang kita (mungkin berdarah campuran dengan orang asing) yang masih lagi ada.  Makan dan minum tak dihabiskan, padahal tadi dia juga yang beria-ia nak cepat makanan itu siap, akhirnya tak habis juga. Tak ada rasa bersyukur langsung dengan rezeki pemberian Allah S.W.T dan setelah saban tahun, orang seperti mereka ini tidak menghayati serta mengamalkan pengajaran dan pengertian amal ibadah di bulan yang mulia ini.  Di bulan-bulan lain pun tiada perubahan.  Pembaziran tetap berlaku.  Berpuasa nampaknya tidak memberi mereka peringatan dan pengajaran tentang erti bersyukur.

Bila dah susah, baru nak menghargai makanan?
Wahai orang-orang kita, sedarlah kalian dengan segera...
Lihatlah kesensaraan orang-orang di negara lain,
apa sahaja mereka makan demi mengisi perut yang lapar...

Iklan kontroversi : Dulu TV3 Sekarang 8TV?


Iklan Aidilfitri 2010 TV3

Iklan Ramadhan 2011 8TV

Kali ini apakah perbezaan iklan mereka?
Bezanya pengisian, isu dan "objek" yang digarapkan...


Assalamualaikum....

Baru-baru ini telah menjadi kontroversi berkenaan iklan ucapan selamat menyambut Ramadhan dari 8TV.  Iklan berkenaan menunjukkan adab dan tingkahlaku antara yang salah dan yang betul ketika seorang amoi datang ke bazaar ramadhan.  Iklan tersebut terdapat beberapa versi dan setiap penghujung iklan berkenaan pengacara-pengacara 8TV memberikan nasihat agar kita menjaga tingkahlaku dan menghormati bulan ramadhan.

Jadi, dimanakah bahagian yang menjadi kontroversi?.  Yang menjadi kontroversinya ialah si amoi yang menjadi "pelakon utama" iklan tersebut.  Saya tidak berkesempatan menonton iklan berkenaan di 8TV, tetapi menontonnya di "youtube", namun kini video iklan ramadhan berkenaan yang di muatnaik ke youtube seawal 2 Ogos 2011 telah dipadamkan oleh pengurusan youtube atas permintaan anak syarikat Media Prima.

Saya telah menonton keseluruhan keseluruhan video iklan berkenaan dan saya dapati sebenarnya tiada apa yang boleh dijadikan terlalu kontroversi.  Jika nak dikira dari segi perangai dan pakaian yang agak seksi, bukan sahaja perempuan Cina yang berperangai dan berpakaian begitu, perempuan Melayu pun ada yang begitu juga.  Malah saya merasakan iklan puasa dari 8TV 2011 ini lebih "suci" jika dibandingkan dengan iklan raya TV3 yang mendapat bantahan hebat pada tahun 2010. (sila rujuk artikel saya yang bertajuk "Iklan raya Aidulfitri 2010 di stesyen tv ada unsur syirik - jejas akidah").

Iklan 8TV ini mempunyai maksud yang lebih jelas.  Kesimpulannya dan maksud tersirat, mereka ingin memberitahu penonton agar lebih bersopan dan menghormati bulan Ramadhan walaupun anda seorang kafir..!.  Saya sendiri merasakan pemilihan perempuan Cina sebagai pelakon utama iklan adalah tepat, lagipun aksinya itu tidaklah melampau jika nak dibandingkan lagi dengan video Chua Soi Lek (kini masih lagi diangkat dan diangungkan oleh parti pemerintah).  Jika pihak 8TV memilih perempuan Melayu untuk iklan mereka itu, lagilah meletup isu iklan ini.

Berikut adalah gambaran komen ringkas video iklan puasa 8TV  :

 
 
1.  Jangan terjerit-jerit atau berkelakuan yang menjengkelkan,
 berkelakuan biarlah sopan dan bijaksana.
 
 
2.   Jangan jadi tamak dan makan di khalayak ramai,
bertimbang rasa pada yang lain.

 
 
3.  Tidak memakai pakaian ketat dan mendedahkan,
memakailah pakaian yang sesuai.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan