Sejarah bola sepak Negeri Sembilan :
Sejarah bola sepak Negeri Sembilan dikenal pasti bermula pada tahun 1923, ia berdasarkan satu petikan dalam buku sejarah bola sepak Malaysia  melalui temuramah dengan Austin Senevirathe yang berusia 93 tahun  ketika ditemu ramah. Beliau menyatakan pada perlawanan Piala Malaya (Piala Malaysia) di antara Negeri Sembilan dan Singapura berlangsung pada tahun tersebut.
· Presiden PBNS – Dato’ Wan Salaidin, Setiausaha Kerajaan Negeri  Sembilan menjadi presiden PBNS semasa Dato’ Mansor Othman menjadi  Menteri Besar Negeri Sembilan. Setiausaha Kehormat PBNS semasa itu ialah  En. Ramalingam. Pejabat PBNS pada masa itu adalah di pejabat En.  Ramalingam yang terletak di Paul Street.
Peristiwa :
· Dato Rais Yatim menjadi Menteri Besar menggantikan Dato Mansor  Othman. Seterusnya perlembagaan PBNS di tukar dengan membenarkan hanya  Menteri Besar menjadi presiden PBNS sehinggalah sekarang. Sebelum ini  jawatan Presiden dipilih melalui mesyuarat agung PBNS. Pejabat PBNS pada  masa itu terletak di tingkat atas Bangunan Poliklinik Rakyat, Bandar  Seremban.
· 1982 – Dato Mohd Isa Samad, Menteri Besar ketika itu telah memegang  jawatan presiden PBNS selama 22 tahun. Setiausaha kehormat ialah Dato  Abdullah Sani Abd Hamid yang menggantikan Kapt. Hadi. Bangunan PBNS  telah dibina setinggi tiga tingkat di Medan Rahang, Seremban di atas  tanah PBNS pada tahun 1992.
· 2004 – Dato’ Seri Utama Mohamad Haji Hassan dilantik menjadi  Menteri Besar menggantikan Tan Sri Mohd Samad memegang jawatan presiden  PBNS. Dalam mesyuarat agung PBNS, En. Abd. Halim Abd. Latif dilantik  memegang jawatan sebagai Setiausaha Kehormat menggantikan Dato’ Abdullah  Sani Abd Hamid yang dinaikkan pangkat memegang jawatan Timbalan  Presiden PBNS.
Sejarah bola sepak Kelantan :
Ditubuhkan pada tahun 1946, Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak  tertua di pantai timur Malaysia. Pasukan ini bukanlah sebuah pasukan  yang boleh dikatakan memberi tentangan sengit kepada pasukan lain dalam  kancah bola sepak Malaysia. Dari segi kejuaraan, Kelantan FA tidak  pernah bergelar juara samaada dalam saingan liga domestik atau saingan  Piala Malaysia dan juga Piala FA. Namun pasukan ini pernah layak ke  peringkat akhir saingan Piala Malaysia pada tahun 1955, 1970 dan 2009.  Manakala saingan Piala FA, pasukan Kelantan FA bergelar Naib Juara pada  tahun 2009 setelah kalah kepada pasukan Selangor FA dalam penentuan  sepakan penalti dengan keputusan 4-1.
Negeri Kelantan Darul Naim tersenarai antara negeri yang mempunyai  akademi bola sepaknya sendiri seperti Akademik Bola Sepak Darulnaim yang  ditubuhkan oleh kerajaan negeri Kelantan pada tahun 2006 bertujuan  mencungkil bakat muda yang berusia 8 hingga 12 tahun. Pada 18 Januari  2008, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa pihaknya akan  menubuhkan akademi bola sepak khusus bagi melatih dan menonjolkan bakat  semulajadi pemain bawah 13 tahun negeri ini kesinambungan dari Projek  Kijang Emas yang diusahakan semasa sekolah rendah oleh Jabatan Pelajaran  Negeri . Ia akan ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Chengal itu  yang bakal menempatkan 30 orang pelajar.
Kelantan FA merupakan pasukan bola sepak yang paling ramai menerima  sokongan padu daripada Penyokong mereka dalam kancah Liga Malaysia  sehingga mencecah puluhan ribu dan memenuhi setiap ruang di Stadium  mereka. Penyokong Kelantan FA dikenali dengan jolokan "Pahlawan Merah".  Laungan "Gomo Klate Gomo" sentiasa bergema di Stadium Sultan Muhammad  Ke-IV setiap kali perlawanan diadakan di Stadium keramat mereka, Stadium  Sultan Muhammad Ke-IV. Kehadiran penyokong fanatik Kelantan FA ini  bukanlah sewaktu pasukan ini mencapai kejayaan dalam liga Malaysia pada  musim 2008-2009, tetapi ianya satu tradisi zaman berzaman sejak Pasukan  Kelantan FA ditubuhkan pada tahun 1946. Sehingga kehadiran penyokong  mereka begitu dirasai oleh para Pemain dan Pihak pengurusan Pasukan  Kelantan FA dan sentiasa menyebabkan Pasukan lawan berasa gerun setiap  kali bertemu dengan Pasukan Kelantan FA. Penyokong dikatakan sebagai  pemain ke-12 bagi Pasukan Kelantan FA.
Peristiwa :
Peristiwa rusuhan penyokong fanatik Kelantan semasa kempen Piala FA  separuh akhir pertama yang berlangsung di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV  menjadi detik hitam dalam sejarah bola sepak Kelantan. Rusuhan ini  dipercayai berpunca ketidakpuasan hati penyokong-penyokong Kelantan FA  terhadap mutu pengadilan semasa Kelantan FA menerima kunjungan pasukan  Negeri Sembilan FA. Ketegangan yang berlaku antara penjaga gol Kelantan  FA, Halim Napi dan juga penyerang Negeri Sembilan FA, Zakuan Adha Abdul  Razak di padang telah menyemarakkan lagi api kemarahan  penyokong-penyokong Kelantan. Setelah tamat permainan, keadaan dalam  Stadium begitu tegang apabila penyokong Kelantan ketika itu seramai  26,000 orang tidak mahu berganjak dari tempat masing-masing sehingga di  arah keluar oleh pihak Polis yang mengawal permainan pada malam itu.
Namun di luar Stadium hampir 2000 orang penyokong Kelantan telah merusuh  di perkarangan Stadium dengan membakar kenderaan pasukan Polis dan  merosak kenderaan persendirian dan juga harta awam. seramai 100 orang  pasukan Polis Persekutuan dan anti rusuhan telah di arahkan untuk  mengawal keselamatan pasukan Negeri Sembilan FA dan meredakan keadaan  yang berlaku pada malam kejadian itu. Akibat kejadian yang berlaku,  Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menggangtung pasukan  Kelantan FA beraksi di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV sehingga tamat  musim 2009 dan telah memilih Stadium berkecuali Stadium Putra Bukit  Jalil untuk perlawanan yang membabitkan pasukan Kelantan FA dengan pihak  lawan. Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) turut didenda  RM90,000 akibat kejadian rusuhan yang berlaku.
Kekalahan Pasukan Kelantan FA kepada Pasukan Negeri Sembilan FA dalam  perlawanan akhir Piala Malaysia musim 2009 menyebabkan berlakunya  rusuhan Penyokong Pasukan Kelantan FA dengan membakar kain rentang  gergasi dan juga kerusi-kerusi Penonton. Kejadian ini menggakibatkan  Persatuan Amatur Bola Sepak Kelantan (KAFA) didenda Persekutuan Bola  Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi berjumlah RM34,000.