Bagaimana Malaysia boleh dapat pemain berpengkalan di Amerika Latin dan Eropah ?

 


Pada Disember 2024, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail telah bertemu Presiden FIFA, Gianni Infantino untuk menyatakan hasrat mahu merevolusikan bolasepak Malaysia dan memohon pihak FIFA memberikan database pemain-pemain berdarah Malaysia terutama di Amerika Latin  dan Eropah.  Infantino menyambut baik permohonan TMJ dan seterusnya FIFA sendiri membantu dalam menyediakan pengkalan data pemain-pemain warisan Malaysia di seluruh dunia.

Dan sejak itu bermula lah kerja keras team TMJ  menghubungi ,  memilih dan memujuk pemain-pemain warisan yang telah dikenalpasti  untuk menyertai Harimau Malaya.
Pemain-pemain yang dipilih ini di terangkan dengan rapi dan jelas  mengenai visi , hala tuju pasukan kebangsaan Malaysia dan kesemua kemudahan dan fasiliti yang akan disediakan untuk mereka.

Jadi tidak timbul isu pemalsuan dokumen atau sebagainya kerana pihak  FIFA sendiri yang memberikan pengkalan data pemain-pemain warisan Harimau Malaya.

Keropok Losong Terengganu

 

Keropok Losong Vacuum Sejukbeku Terengganu berharga RM7.99.


Dapatkan maklumat lanjut serta pembelian melalui Shopee
👇🏽👇🏼👇🏻 https://s.shopee.com.my/9f8qwCDXYg?share_channel_code=1.


#keropoklosongterengganu #keropoklosong #keropok #makanantradisional #vacuumfrozen #terengganu


Malaysia lwn Cape Verde : 29/02/2025

 

Perlawanan ini adalah sebahagian daripada persiapan Malaysia menghadapi Kelayakan Piala Asia 2027. Jurulatih Cape Verde menekankan untuk mendapatkan pengalaman dan bukannya memberi tumpuan kepada kedudukan, menonjolkan kepentingan perlawanan sedemikian untuk perkembangan pasukan mereka. Ini adalah lawatan pertama Cape Verde ke Malaysia, dan mereka melihatnya sebagai peluang untuk meningkatkan pengiktirafan global.


Keputusan penuh :


Malaysia 1 - 1 Cape Verde
8'    Sidny Lopes Cabral ( Cape Verde )
79'  Paulo Josue Sturmer dos Reis ( Malaysia )




Cara untuk berniaga di PJ Night Car Boot Sale


Soalan yang kerap ditanya berkenaan PJ Night Car Boot Sale :

1. Macam mana nak join berniaga ?

• Setiap hari Sabtu boleh datang terus walk in ke tapak PJ Night Car Boot Sale , Tingkat 1, Kompleks C MBPJ, PJ New Town, Petaling Jaya Selangor, seawal jam 6.00 petang

• Buat tempahan awal melalui link borang tempahan yang diberi di dalam Whatsapp group pada setiap hari Ahad. ( Link Whatsapp group ---> https://bit.ly/pjncbs-whatsapp )

Jadual Carboot Sale
🛍️ Mula penyusunan barang : 6.00 PM
🚗 Masa rasmi jualan bermula : 8.00 PM - 12:00 AM
⏳  Peniaga wajib ada sebelum 8.30 PM
🏁Peniaga hanya dibenarkan mengemas barang niaga pada 11.45 PM


2. Berapa harga sewaan tapak niaga ?

- RM15 : jika tempahan awal dibuat pada hari Ahad untuk sesi hari Sabtu berikutnya

- RM20 : jika tempahan dibuat antara Isnin hingga Jumaat

- RM25 : jika masuk walk - in pada hari Sabtu ( tiada tempahan online dibuka pada hari Sabtu )

3.Boleh jual apa di sini ?

- konsep jualan adalah untuk semua jenis barang terpakai dan baru yang selagi tidak melanggar undang-undang negara. Makan dan minuman turut boleh dijual tetapi yang "ready pack" dari rumah sahaja.

- Makanan dan minuman untuk jualan wajib yang ready packdibungkus / dimasuk dalam bekas / plastik & sebagainya ) dari rumah sahaja. Pastikan kebersihan dijaga dari peringkat awal pembuatan hingga akhir pembungkusan.

Tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti membancuh, menuang, mencedok, atau memasak di tapak niaga ( ini termasuklah kepada ketulan ais ) - tertakluk pada perubahan semasa dari pihak MBPJ

4.Ramai orang ke ?

- Peniaga silih berganti dan bebas berniaga di pelbagai lokasi CBS , namun buat masa sekarang alhamdulillah keadaan semakin membaik dengan kehadiran peniaga lama yang sedia ada serta kemasukan peniaga baru . 

- Pihak pengurusan dan individu peniaga ada mengambil inisiatif dengan membuat hantaran iklan percuma dan berbayar di Facebook setiap minggu.

- Sifir mudahnya ialah peniaga wajib ramai datang berniaga terlebih dahulu sebelum mengharapkan pengunjung berbondong-bondong datang.

Nak janji bulan bintang tak ada, tapi turun berniaga, insha Allah ada rezeki masing-masing 🤲🏼

Whatsapp pengurusan PJNCBS


( sekiranya anda dimasukan ke dalam kumpulan Whatsapp PJNCBS, hanya yang datang berniaga pada hari Sabtu sahaja yang digalakkan buat hantaran iklan pada Jumaat dan Sabtu ).

Jangan jadikan kumpulan Whatsapp PJNCBS sebagai tempat lambakan iklan tetapi langsung tidak datang berniaga )

Analisis perbandingan Rafizi vs Nurul Izzah : siapa yang bakal menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat?

 

Berikut ialah analisis perbandingan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon berpotensi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, berdasarkan kekuatan, cabaran, serta peluang dan risiko masing-masing :

Berikut ialah analisis perbandingan antara Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar sebagai calon berpotensi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, berdasarkan kekuatan, cabaran, serta peluang dan risiko masing-masing :




1. Rafizi Ramli

Kekuatan:

  • Strategis utama PKR: Mempunyai rekod membawa strategi berimpak tinggi (contoh: Invoke, kempen PRU14).

  • Pemidato lantang & analitik: Gaya hujah berdasarkan data, mudah menarik golongan muda dan profesional.

  • Imej tegas & ‘no-nonsense’: Ramai menganggap beliau sebagai reformis tulen.

  • Popular di media sosial: Pandai menjelaskan isu rumit dengan gaya mudah difahami.

⚠️ Cabaran:

  • Pernah berundur dari politik dan kembali semula — boleh menimbulkan persoalan konsistensi.

  • Pendekatan konfrontasi kadangkala dilihat tidak diplomatik, boleh mencetuskan ketegangan dalaman.

  • Mungkin kurang popular di kalangan pemimpin lama atau konservatif dalam parti.



2. Nurul Izzah Anwar

Kekuatan:

  • Imej bersih & progresif: Disenangi oleh banyak pihak, termasuk luar parti.

  • Legasi & warisan keluarga Anwar: Mempunyai pengaruh sejarah dalam perjuangan reformasi.

  • Simbol moderasi wanita Melayu moden: Punya kelebihan menarik undi wanita dan golongan pertengahan.

  • Lembut tapi tegas: Gaya kepimpinan yang harmoni, jarang mencetus konflik terbuka.


⚠️ Cabaran :

  • Pernah melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan secara mengejut (2018), menimbulkan keraguan terhadap komitmen jangka panjang.

  • Kurang kelihatan dalam pentas utama sejak kebelakangan ini — boleh dianggap kurang aktif oleh akar umbi.

  • Dikenali sebagai ‘anak kepada Anwar’ — berpotensi dilabel sebagai ‘dinasti politik’ oleh pihak lawan.



Perbandingan Ringkas :

Aspek Rafizi Ramli Nurul Izzah Anwar
Gaya Kepimpinan Strategik, agresif Moderat, berdiplomasi
Sokongan Akar Umbi Kukuh dalam kalangan muda & profesional Tradisional & penyokong setia keluarga Anwar
Imej Awam Reformis teknokratik Pemimpin wanita idealistik
Risiko Utama Persepsi suka konfrontasi Isu konsistensi & kelibat


Kesimpulan:

  • Jika ahli mahukan kebangkitan agresif dan arah baru, Rafizi mungkin lebih digemari.

  • Jika ahli mahukan kesinambungan warisan Anwar dengan pendekatan harmoni, Nurul Izzah lebih sesuai.


Akhirnya, keputusan sebenar bergantung kepada kempen, mood semasa akar umbi, kekuatan jaringan organisasi sera ketelusan dalam proses undian.

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan