Soalan yang kerap ditanya berkenaan PJ Night Car Boot Sale :
1. Macam mana nak join berniaga ?
• Setiap hari Sabtu boleh datang terus walk in ke tapak PJ Night Car Boot Sale , Tingkat 1, Kompleks C MBPJ, PJ New Town, Petaling Jaya Selangor, seawal jam 6.00 petang
• Buat tempahan awal melalui link borang tempahan yang diberi di dalam Whatsapp group pada setiap hari Ahad. ( Link Whatsapp group ---> https://bit.ly/pjncbs-whatsapp )
⏰ Jadual Carboot Sale
๐️ Mula penyusunan barang : 6.00 PM
๐ Masa rasmi jualan bermula : 8.00 PM - 12:00 AM
⏳ Peniaga wajib ada sebelum 8.30 PM
๐Peniaga hanya dibenarkan mengemas barang niaga pada 11.45 PM
๐️ Mula penyusunan barang : 6.00 PM
๐ Masa rasmi jualan bermula : 8.00 PM - 12:00 AM
⏳ Peniaga wajib ada sebelum 8.30 PM
๐Peniaga hanya dibenarkan mengemas barang niaga pada 11.45 PM
2. Berapa harga sewaan tapak niaga ?
- RM15 : jika tempahan awal dibuat pada hari Ahad untuk sesi hari Sabtu berikutnya
- RM20 : jika tempahan dibuat antara Isnin hingga Jumaat
- RM25 : jika masuk walk - in pada hari Sabtu ( tiada tempahan online dibuka pada hari Sabtu )
3.Boleh jual apa di sini ?
- konsep jualan adalah untuk semua jenis barang terpakai dan baru yang selagi tidak melanggar undang-undang negara. Makan dan minuman turut boleh dijual tetapi yang "ready pack" dari rumah sahaja.
- Makanan dan minuman untuk jualan wajib yang ready pack ( dibungkus / dimasuk dalam bekas / plastik & sebagainya ) dari rumah sahaja. Pastikan kebersihan dijaga dari peringkat awal pembuatan hingga akhir pembungkusan.
Tidak dibenarkan sebarang bentuk aktiviti membancuh, menuang, mencedok, atau memasak di tapak niaga ( ini termasuklah kepada ketulan ais ) - tertakluk pada perubahan semasa dari pihak MBPJ
4.Ramai orang ke ?
- Peniaga silih berganti dan bebas berniaga di pelbagai lokasi CBS , namun buat masa sekarang alhamdulillah keadaan semakin membaik dengan kehadiran peniaga lama yang sedia ada serta kemasukan peniaga baru .
- Pihak pengurusan dan individu peniaga ada mengambil inisiatif dengan membuat hantaran iklan percuma dan berbayar di Facebook setiap minggu.
- Sifir mudahnya ialah peniaga wajib ramai datang berniaga terlebih dahulu sebelum mengharapkan pengunjung berbondong-bondong datang.
Nak janji bulan bintang tak ada, tapi turun berniaga, insha Allah ada rezeki masing-masing ๐คฒ๐ผ
Whatsapp pengurusan PJNCBS :
( sekiranya anda dimasukan ke dalam kumpulan Whatsapp PJNCBS, hanya yang datang berniaga pada hari Sabtu sahaja yang digalakkan buat hantaran iklan pada Jumaat dan Sabtu ).
Jangan jadikan kumpulan Whatsapp PJNCBS sebagai tempat lambakan iklan tetapi langsung tidak datang berniaga )