Ranking terkini bola sepak Malaysia 2025


Setakat 3 April 2025, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya, berada di kedudukan ke-131 dalam ranking FIFA dengan 1,123.57 mata . Ini merupakan peningkatan satu anak tangga berbanding kedudukan sebelumnya .

📊 Kedudukan Malaysia dalam Ranking FIFA (April 2025)
Kedudukan Dunia : 131


Mata Terkumpul : 1,123.57

Kedudukan di Asia (AFC) : 24

Kedudukan di ASEAN : 5


📈 Perbandingan dengan Negara ASEAN Lain


Negara Bagi Kedudukan Di Dunia

  • Vietnam 109
  • Indonesia 123
  • India 127
  • Malaysia 131
  • Filipina 146
  • Singapura 161


Malaysia kini berada di belakang Vietnam dan Indonesia dalam kalangan negara ASEAN.


Untuk maklumat terkini mengenai ranking FIFA Malaysia, anda boleh melayari laman rasmi FIFA di FIFA.com.


Keputusan perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024 / 2025


Peringkat Akhir Unifi Piala Malaysia yang menemukan jaguh bola sepak negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada Sabtu ini, 26 April 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT 2 - 1 Sri Pahang

⚽ 14' - Thirumurugan Saravanan [ Sri Pahang ]
⚽ 54' ( Penalti ) - Bergson da Silva [ JDT ]
⚽ 74' - Arif Aiman [ JDT ]


#unifipialamalaysia20242025 #pialamalaysia

LARANGAN SEMASA PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025



🚫 INFO LARANGAN – PERLAWANAN AKHIR UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025

Peringatan kepada semua penyokong yang bakal hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil sempena perlawanan bola sepak Peringkat Akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 :

❌ TIADA penjualan tiket di stadium

✅ Pastikan butiran diri pada tiket adalah tepat dan sah.

⚠️ Elakkan daripada membawa sebarang barang larangan seperti yang telah disenaraikan ke perkarangan stadium untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.




#UnifiPialaMalaysia2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia

Video pembongkaran operasi sindiket Geng Kartel jual air dan belon


Dalam beberapa bulan kebelakangan ini terutamanya menjelang bulan Ramadan lalu, satu persatu geng kartel dibenteras pihak berkuasa. Dikhabarkan ada sekelompok individu yang bekerja dengan geng kartel ini ( semasa bulan Ramadan ), mempunyai tugas untuk melakukan provokasi kepada pihak berkuasa tempatan selain dari melakukan aktiviti jualan secara "rambo" di kawasan Bazar Ramadan yang berlesen.

Berikut adalah perkongsian video penerangan berkenaan dengan isu-isu yang sempat menular di Malaysia, terutamanya geng kartel jualan belon dan air :





Hasil peninggalan dari Geng Peniaga Rambo ( geng kartel ) sekiranya dibiarkan :



Tuan rumah nak jual rumah : MATAF kena beli atau keluar dari rumah



Maahad Tahfiz Al Fadilah telah beroperasi di "rumah dua tingkat, coner lot" Bandar Puncak Alam sejak 15 tahun dahulu. Ia rumah yang disewa bagi dijadikan pusat pengajian Al Quran dan pembangunan insaniah khusus untuk pelajar perempuan dari umur 7 hingga 20 tahun. Mereka adalah pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.


Namun pada tahun 2025 ini, tuan rumah ingin menjual rumah berkenaan dan memberi masa kepada Ustazah Fadilah ( pengasas dan pengetua Maahad Tahfiz Al Fadilah ) selama 6 bulan ( bermula dari April 2025 ) untuk membeli premis berkenaan atau ianya bakal dijual kepada pihak lain.

Dengan rasa rendah diri, saya mewakili Ustazah Fadilah merayu sumbangan dari rakyat Malaysia yang berkemampuan dan cintakan ilmu bagi membantu pengurusan MATAF membeli rumah "coner lot" berkenaan sebelum tiba tarikh tamat yang diberikan oleh pemilik premis berkenaan.

🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇

Saya pernah berkunjung ke MATAF beberapa kali sebelum ini bagi membantu mereka serba sedikit dalam beberapa hal dan melihat sendiri prasarana yang disediakan di sana.

Walaupun ianya kecil berbanding beberapa pusat tahfiz yang lain , namun MATAF tidak kurang bagusnya dalam pengisian untuk masa depan para penghafal Al Quran kerana selain dari hafalan Al Quran, aktiviti serta kemahiran sampingan turut disediakan kepada para pelajar seperti kelas buat roti dan kek serta aktiviti riadah luaran ( mendaki bukit dan seni beladiri ).


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan