Tuan rumah nak jual rumah : MATAF kena beli atau keluar dari rumah



Maahad Tahfiz Al Fadilah telah beroperasi di "rumah dua tingkat, coner lot" Bandar Puncak Alam sejak 15 tahun dahulu. Ia rumah yang disewa bagi dijadikan pusat pengajian Al Quran dan pembangunan insaniah khusus untuk pelajar perempuan dari umur 7 hingga 20 tahun. Mereka adalah pusat tahfiz yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor.


Namun pada tahun 2025 ini, tuan rumah ingin menjual rumah berkenaan dan memberi masa kepada Ustazah Fadilah ( pengasas dan pengetua Maahad Tahfiz Al Fadilah ) selama 6 bulan ( bermula dari April 2025 ) untuk membeli premis berkenaan atau ianya bakal dijual kepada pihak lain.

Dengan rasa rendah diri, saya mewakili Ustazah Fadilah merayu sumbangan dari rakyat Malaysia yang berkemampuan dan cintakan ilmu bagi membantu pengurusan MATAF membeli rumah "coner lot" berkenaan sebelum tiba tarikh tamat yang diberikan oleh pemilik premis berkenaan.

🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇🙇

Saya pernah berkunjung ke MATAF beberapa kali sebelum ini bagi membantu mereka serba sedikit dalam beberapa hal dan melihat sendiri prasarana yang disediakan di sana.

Walaupun ianya kecil berbanding beberapa pusat tahfiz yang lain , namun MATAF tidak kurang bagusnya dalam pengisian untuk masa depan para penghafal Al Quran kerana selain dari hafalan Al Quran, aktiviti serta kemahiran sampingan turut disediakan kepada para pelajar seperti kelas buat roti dan kek serta aktiviti riadah luaran ( mendaki bukit dan seni beladiri ).


Related Posts:

  • Lahirnya usahawan komputer di Tanjung Rimau Dalam, Alor Gajah, Melaka Assalamualaikum... Sesudah saya menyertai Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) di Ancasa Hotel MITC pada 13 - 22 Mei 2007, saya mendaftarkan bisnes saya atas nama ICT Niaga Enterprise. Program berkenaan di bawa… Read More
  • Maulidur Rasul : budaya bida'ah Assalamualaikum..... Sesetengah pihak di Malaysia ini lebih mengagungkan budaya atau perayaan "luar" dari Islam. Antaranya seperti pengisian menyambut tahun baru dengan mengadakan acara hiburan dan menjemput artis-ar… Read More
  • Resepi kuih lapis Bahan-bahan : 2 cawan tepung beras 1 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar tepung ubi kayu 1 cawan gula pasir 600ml santan pekat 800ml air sedikit garam 1 sudu teh esen ros 1 atau lebih pewarna (mengikut citarasa masing-… Read More
  • Ciri-ciri orang yang mendapat rahmat Allah SWT Rahmat yang Allah sebut di dalam al-Quran itu sebenarnya ialah untuk kita nikmati sebagai tanda kasih-sayangNya kepada kita. Berikut ini beberapa panduan bagaimana kita boleh memperolehi rahmat yang Allah sediakan itu… Read More
  • Akuaponik - usaha penyelesaian kurang tanah tani Contoh sistem mini akuaponik Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan diantara satu sama … Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan