Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023




Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai negara.

Penganjuran membabitkan beberapa buah negara termasuk Malaysia itu mampu memperkasa subsektor pelancongan udara di Melaka dan berupaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Ia membuka peluang kepada pelancong dan penduduk negeri Melaka untuk mengenali jenis-jenis pesawat dari seluruh agensi penguatkuasa di negara ini, selain negara luar seperti Australia, Singapura, Thailand, Eropah dan Rusia.

Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober.

Malah, karnival ini juga mendapat penyertaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai lagi. 

Harga tiket bagi karnival berkenaan adalah serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.


#KUAM2023 
#VisitMelaka2024 
#tourismmelaka

Festival Permainan Malaysia : 15 September 2023


Festival Permainan Malaysia di Kuala Lumpur bakal diadakan pada tarikh 15 hingga 17 September 2023 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Festival Permainan Malaysia merupakan sebuah program yang bertujuan untuk memartabatkan kembali permainan tradisional yang semakin terpinggir untuk terus dimainkan oleh seluruh rakyat Malaysia dan  seterusnya menjadi produk untuk ditonjolkan kepada para pelancong asing. 

Ia secara langsung akan menjaga nilai seni warisan negara untuk generasi muda dengan menampilkan pelbagai jenis permainan tradisional dan moden pelbagai kaum di Malaysia.

Pengisian program :

• Pertandingan Permainan Tradisional
• Pertandingan Permainan Moden
• Liga Permainan Tradisional (Gasing, Kabaddi, Galah Panjang, Yo Yo Cina)
• Liga Permainan Moden (Tarik Tali, Gusti Lengan)
• Persembahan Pentas
• Pertandingan Pencungkilan Bakat
• Bengkel dan Demonstrasi Permainan Tradisional
• Pameran, Demonstrasi dan Jualan Produk Kraf / Seni
• Jualan Makanan (Food Truck)

Klon P.Ramlee meninggal dunia

 


Penyanyi, Fairuz Misran ( 38 tahun ) yang memiliki wajah dan suara seiras Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee meninggal dunia pada 8 September 2023.

Allahyarham Fairuz dilaporkan rebah di kediamannya pada pukul 1.10 tengah hari tadi dan dikejarkan ke Hospital Labuan sebelum disahkan meninggal dunia pukul 1.50 petang.

Pemergian Fairuz turut disahkan oleh ahli keluarganya, Ruzaidi Misran menerusi perkongsian di Facebook. Fairuz dilahirkan di Sandakan, Sabah dan dibesarkan di Papar sebelum menetap di Kampung Pantai, Labuan.

Juara Bintang P. Ramlee peringkat kebangasaan 2012 itu dikenali dengan gelaran 'klon' P. Ramlee kerana memiliki rupa paras dan suara mirip seniman berkenaan.

Titah Sultan Ibrahim : "Beri Anwar lebih masa bangunkan ekonomi"


Dato' Seri Anwar Ibrahim mengambilalih jawatan Perdana Menteri Malaysia dan mentadbir kerajaan pada November 2022 tatkala negara sedang berada dalam masalah :

🚨 Hutang RM1.5 trilion
🚨 Krisis ekonomi
🚨 Inflasi tinggi (4%)
🚨 Krisis keyakinan pelabur terhadap kerajaan 33 bulan yang tidak stabil dan tidak pernah diabsahkan.

Tidak sampai 10 bulan memimpin, negara berjaya keluar daripada krisis ekonomi di mana ekonomi negara berkembang 5.6% pada suku pertama 2023. Lebih baik daripada negara-negara ekonomi besar dunia yang lain. 

Inflasi juga terus mereda setiap bulan dan terkini berada pada tahap terbaik 2%. Para pelabur juga sudah mula menunjukkan keyakinan untuk melabur pada Kerajaan Perpaduan yang stabil. 

China, Brunei, Tesla, AWS, Infineon sudah beri komitmen dgn pelaburan berbilion ringgit. Insya Allah, jika diberi masa sehingga tamat penggal, tidak mustahil negara akan bangkit semula menjadi Harimau Asia dari segi pembangunan ekonomi.

Sultan Johor,  Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.

"Anwar hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya beliau memerlukan lebih banyak masa," titah baginda pada Sabtu, 26 Ogos 2023.

Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.


Kredit :

• MUKHRIZ MAT HUSIN ( Sinar Harian )

• AMER7211 ( X / Twitter )


Keputusan Liga Super : 27 Ogos 2023

 
Keputusan tiga perlawanan bola sepak Liga Super, pusingan ke 21 yang melibatkan pasukan PDRM FC vs Penang FC, Perak FC vs KL City FC dan Kelantan United vs Sri Pahang FC.


Keputusan perlawanan



PDRM FC 3 - 0 Penang FC
( Stadium MBPJ, Petaling Jaya | 5.15 petang )

36'  Ousmane Fane - gol sendiri ( PDRM FC )
74'  James Okwuosa ( PDRM FC )
90'+4'  Bruno Suzuki ( PDRM FC )


Perak FC 0 - 4 KL City FC
( Stadium Perak, Ipoh | 8.15 petang )

30'  Kipre Tchetche ( KL City FC )
47'  Sebastian Avanzini ( KL City FC )
56'  Paulo Josue Sturmer dos Reis ( KL City FC )
88'  Sean Gainnelli ( KL City FC )



Kelantan United 1 - 5 Sri Pahang FC
( Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu | 9.00 malam )

10'  Azrif Nasrulhaq ( Sri Pahang )
23'  Sergio Aguero  ( Sri Pahang )
27'  Sergio Aguero  ( Sri Pahang )
66'  Kpah Sherman ( Sri Pahang )
77'  Royizzat Daud ( Kelantan United )
90'+3'  David Rowley ( Sri Pahang )




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan