Karnival Udara Antarabangsa Melaka 2023




Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 yang bakal berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu menawarkan pelbagai acara menarik antaranya pertunjukan udara daripada pesawat pelbagai negara.

Penganjuran membabitkan beberapa buah negara termasuk Malaysia itu mampu memperkasa subsektor pelancongan udara di Melaka dan berupaya menarik kehadiran kira-kira 20,000 pengunjung. Ia membuka peluang kepada pelancong dan penduduk negeri Melaka untuk mengenali jenis-jenis pesawat dari seluruh agensi penguatkuasa di negara ini, selain negara luar seperti Australia, Singapura, Thailand, Eropah dan Rusia.

Pelbagai persembahan dan pameran membabitkan 22 pempamer akan terlibat sepanjang karnival yang diadakan selama tiga hari bermula 29 September hingga 1 Oktober.

Malah, karnival ini juga mendapat penyertaan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pelbagai lagi. 

Harga tiket bagi karnival berkenaan adalah serendah RM5.00 bagi dewasa dan RM2.00 bagi kanak-kanak.


#KUAM2023 
#VisitMelaka2024 
#tourismmelaka

Related Posts:

  • Nazmi perkuatkan midfielder Red Giant Selangor berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah kebangsaan dari PKNS, Nazmi Faiz Mansor bagi memperkuatkan cabaran menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim ini. Nazmi menandatangani kontrak selama tiga tahun bersam… Read More
  • Solat Hajat & Bacaan Yasin di Kediaman Dato' Seri Anwar Ibrahim‏ Assalamualaikum WBT, Dengan segala hormatnya, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim Menjemput Saudara / Saudari ke Majlis Solat Hajat & Bacaan Yasin seperti ketetapan berikut: Tarikh: 24.4.2014 (Khamis) Masa: 7:15 pm&… Read More
  • Video Raja Bomoh tawar diri pulihkan lebuhraya Sekali lagi seseorang yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mengambil peluang untuk memperagakan kebolehannya dalam dunia perubatan mistik dengan menawarkan dirinya untuk memulihkan… Read More
  • Mana satu terlebih seksa? Mana satu lebih seksi-seksa? Dalam tahun 2014 ini, pelbagai cerita dan peristiwa hangat berlaku di Malaysia. Hangat di arena blogging, website hiburan dan Facebooker dengan pelbagai teori serta teguran. Perkara hangat … Read More
  • Lebih pening dari Keluarga 69 ? Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin den… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan