Liga Super Malaysia : 28 Jun 2022

 

Dua perlawanan berlangsung pada Selasa, 28 Jun 2022 iaitu melibatkan JDT dan PJ City serta Selangor menentang Sabah.

Keputusan perlawanan

JDT 4 - 0 PJ City
23' Bergson ( JDT )
26' Fernando Forestieri ( JDT )
65' Bergson ( JDT )
86' Fernando Forestieri ( JDT )

Selangor 1 - 1 Sabah
2' Caion ( Selangor )
53' Saddil Ramdani ( Sabah )


#ligasupermalaysia2022




Liga Super Malaysia | Jumaat - 24 Jun 2022

 


Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari Jumaat, 24 Jun 2022, melibatkan pasukan bola sepak JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim.

KEPUTUSAN PERLAWANAN


JDT
 5 - 1 Selangor FC
3' Bergson ( JDT )
24' Fernando Forestieri ( JDT )
35' Leandro Velazquez ( JDT )
54' Bergson ( JDT )
82' Mohd Norhakim ( Selangor FC )
90' + 2' Mohamadou Sumareh ( JDT )


#ligasupermalaysia2022







Sebilangan kawasan Klang banjir

Peralatan Bomba yang dikerahkan ke lokasi banjir. 

 

Beberapa buah rumah di dua kawasan dalam daerah ini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat selama beberapa jam, pada awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera, pacuan empat roda bersama bot aluminium dan anggota dikerahkan ke lokasi di Jalan Pengkalan, Kampung Nelayan selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.12 pagi.

"Berlaku banjir kilat melibatkan sebuah rumah. Terdapat lima mangsa terdiri daripada dua dewasa dan tiga kanak-kanak.

"Kesemua mangsa berpindah untuk menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan di lokasi ini," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, dalam kejadian berasingan, sebuah jentera dan anggota dari Balai Bomba Telok Panglima Garang dikerahkan ke Jalan Perepat setelah menerima laporan banjir pada jam 7.19 pagi.

"Pasukan penyelamat tiba pada jam 7. 24 pagi dan mendapati berlaku banjir kilat melibatkan lima buah rumah," katanya.

Sementara itu, menurut Hafisham, pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.24 pagi melaporkan sebatang pokok tumbang dan menghempap empat buah kenderaan di Jalan Samudera 10/2 di sini.

"Sebatang pokok tumbang dan menghalang laluan serta menghempap empat buah kenderaan jenis Perodua Myvi, Axia, Bezza dan Haval bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.




Kredit : 

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil ( Karangkraf )

Liga Super Malaysia | 22 Jun 2022

Hanya satu perlawanan berlangsung pada hari ini (Rabu, 22 Jun 2022), melibatkan pasukna bola sepak Penang FC dan Terengganu FC.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Penang FC
2 - 1 Terengganu FC
22' Hilal El-Helwe ( Penang FC )
48' Faisal Halim ( Terengganu FC )
50' Saravanan Tirumurugan  ( Penang FC )


#ligasupermalaysia2022

Variasi baharu durian tahun 2022



Jabatan Pertanian Negeri Kedah telah memperkenalkan varieti durian baharu dikenali D216 (J. Sparrow) dan D217 (Jerai) yang ditanam di ladang durian di Kampung Ketapang, Sungai Tok Pawang, Bedong dekat Sungai Petani Kedah.

Warna isi durian J. Sparrow adalah perang kuning muda & mempunyai aroma sederhana. Purata kemanisannya pula ialah 35.3% Brix & skala  kepahitannya sederhana.

Durian Jerai pula warna isinya adalah kuning muda dan ia mempunyai aroma yang kuat. Purata kemanisannya pula adalah 35% Brix & skala  kepahitannya sederhana. Teksturnya sederhana kasar dan rasa berkrim adalah kuat.

Durian J. Sparrow dijual pada harga antara RM35 hingga RM45 bagi sekilogram manakala RM20 hingga RM35 sekilogram bagi durian Jerai.





Kredit : 📸 Noraini Ahmad | BERNAMA



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan