Liga Super Malaysia : 19 Jun 2022


Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 19 Jun 2022, 9.00 malam. Hanya satu perlawanan berlangsung pada malam ini.

Perlawanan melibatkan Selangor dan Sarawak United, berlangsung di Stadium MPPJ. Manakala pertembungan antara KDA FC dan JDT ditangguhkan. 


Keputusan penuh perlawanan


Selangor FC 7 - 0 Sarawak United
7' Brendan Seng Ling Gan ( Selangor FC )
23' Hyuri ( Selangor FC )
45' Caion ( Selangor FC )
50' Nor Hakim Hassan ( Selangor FC )
75' Caion ( Selangor FC )
88' Caion ( Selangor FC )
90'+2' Aliff Haiqal ( Selangor FC )




Liga Super Malaysia : 18 Jun 2022

 


Keputusan perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 18 Jun 2022. Empat perlawanan berlangsung pada malam ini.

Perlawanan melibatkan Melaka United dan Negeri Sembilan serta Sabah dan Sri Pahang berlangsung awal pada 8.15 malam. Manakala perlawanan Penang FC dan Petaling Jaya FC serta Terengganu FC dan KL City FC dimulakan pada jam 9.00 malam.


Melaka United 0 - 0 Negeri Sembilan


Sabah FC
2 - 1 Sri Pahang FC
10' Altemir Cordeiro Pessoa Neto ( Sabah FC )
18' Taiki Kagayama ( Sabah FC )
60' Federico Hildalgo Gasparini ( Sri Pahang FC )

Penang FC 1 - 1 PJ City FC
36' Kumaahran Sathasivam ( PJ City FC )
63' Casagrande ( Penang FC )

Terengganu FC
2 - 0 KL City FC
75' Habeeb Haroun ( Terengganu FC )
81' Manuel Gelito Ott ( Terengganu FC )

#ligasupermalaysia








Adibah Noor dalam kenangan

"Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali "

Penyanyi & penghibur serba boleh,  Adibah Noor binti Mohamed Omar disahkan telah meninggal dunia pada 18 Jun 2022 kurang lebih 6.30 petang, kerana penyakit kanser ovari tahap empat.

Jenazah diuruskan di Hospital Gleaneagles dan khabarnya di bawa ke rumah ayahnya di Keramat Permai. 








KELAYAKAN AFC PIALA ASIAN 2023 : Malaysia - Bangladesh

 

Kumpulan E | Kelayakan Piala Asian 2023 | Selasa, 14 Jun 2022 - 9.00 malam | Stadium Nasional Bukit Jalil


KEPUTUSAN PERLAWANAN

MALAYSIA 4 - 1 BANGLADESH
16' Safawi Rasid - penalti ( Malaysia )
31' Mohammad Ibrahim ( Bangladesh )
38' Dion Cools ( Malaysia )
47' Syafiq Ahmad ( Malaysia )
73' Darren Lok ( Malaysia )


#asiancup2023 #malaysia #harimaumalaya









Abdul Hamid Abdul Rahman meninggal dunia


Pelakon komedi Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain, pada jam 2.19 petang, 14 Jun 2022.

Arwah dimasukkan ke hospital enam hari lalu, namun keluarganya menafikan arwah dalam keadaan tenat sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini, Hamid atau nama sebenarnya Abdul Hamid Abdul Rahman dilaporkan hanya mampu terlantar atas katil selepas dijangkiti COVID-19 pada Februari lalu.

Bintang yang dikenali menerusi komedi, Panglima Badol yang diterbitkan pada 1978, dilaporkan tidak pernah menghidap penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan keadaannya yang semakin uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Beliau juga pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.

Hamid mendirikan rumah tangga pdengan Timah Abdul Hamid, 80 pada April 1957 dan dikurniakan lapan cahaya mata.

Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Menurut sumber, setakat ini belum memperoleh sebarang maklumat berhubung pengebumian arwah.



Kredit : Astro Awani




Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan