Ear Worms bermain di minda ?

 


Info dari Public Health Malaysia

Adakah lirik lagu… “Dengarkan lah…” masih berputar di minda tanpa henti?

Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms
"Earworms" ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda. Majoriti individu, mereka tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi sepertiga rasa TERGANGGU atau  apabila lagu-lagu ini berulang ulang di otak sehingga mengganggu ketenteraman. 

Ciri-ciri Lagu Earworm

Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat . Muzik bagi ear worm  juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol.

Tips Untuk Menghentikan Ear Worms :

1. Dengarkan keseluruhan lagu

Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu "terperangkap pada gelung" di kepala anda.

2. Tambah variasi lagu dalam fikiran

Fikirkan atau dengar lagu lain yanb lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu.

 3. Abaikan.  

Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lengap secara semula jadi dengan sendirinya.
 
4. Gula Gula Getah

Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus selepas mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh Ear Worm

5. Sibukkan Diri 

Adakah ia bahaya? 
Kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.  

Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah NEUTRAL , tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.  
Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius. Dapatkan pemeriksaan dan rawatan jika ka berterusan.


Hotel di Melaka yang ada sijil perakuan halal JAKIM



Hanya 14 buah hotel di Melaka diiktiraf halal dan dibenarkan menggunakan perkataan ‘Bufet Ramadan’ atau ‘Iftar Ramadan’ bagi mempromosikan pakej berbuka sepanjang bulan ini. Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal sama sekali dilarang mempromosikan bufet dengan perkataan yang boleh memperdayakan umat Islam. 

Setakat ini hanya 14 buah hotel di negeri ini yang mempunyai sijil halal dan dibenarkan membuat pengiklanan sama ada risalah bercetak, poster, kain rentang, papan iklan dan di media massa. 

Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil halal tidak boleh mempromosikan bufet sempena Ramadan dengan menggunakan frasa ‘Bufet Ramadan’, ‘Iftar Ramadan’, ‘Jom Iftar’, ‘Citarasa Ramadan’, ‘Selera Ramadan’, ‘Set Ramadan’ dan ‘Jom Berbuka’. 

“Ini kerana frasa-frasa tersebut membawa maksud makanan yang disediakan oleh premis adalah halal dan boleh dimakan oleh umat Islam untuk berbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas menjalankan Operasi Plastik Hitam Bersendawa.

Larangan itu adalah berpandukan kepada Akta Perihal Dagangan (APD 2011) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal). 

14 buah hotel di Melaka yang mempunyai sijil halal adalah :

- Ames Hotel
- Amverton Heritage Resort
- Bayou Lagoon Park Resort
- Bayview Hotel Melaka
- Hatten Hotel,
- Hotel Pantai Puteri
- Hotel Sentral Melaka
- Hotel Sentral Riverview
- IBIS Hotel
- Kings Green Hotel
- LaCrista Hotel Melaka
- Mudzaffar Hotel
- Rosa Hotel
- The Straits Hotel & Suits.


#BuffetRamadan

#SijilHalal

#JAIM

#KPDNHEP

#OpsPlastikHitam

#PontengPuasa

#MelakaHariIni











Bacaan niat solat sunat Tarawih

 


Mari kita ulangkaji semula niat solat sunat tarawih. Semoga solat terawih kita diterima Allah SWT.




Video bacaan niat solat sunat tarawih :







Kredit :

- JAKIM
- Red Plus TV ( Youtube )



Amran Aman Ramlie meninggal dunia

 


Pelakon dan pelawak terkenal, Amran Tompel menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.37 petang di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan, Sabtu, 26 Mac 2022.  

Allahyarham Amran atau nama sebenarnya, Amran Aman Ramlie meninggal dunia pada usia 72 tahun akibat kanser usus dan baru-baru ini Amran positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin yang sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini. Sebelum ini, beliau mengalami gejala pelupa selepas terlantar akibat serangan angin ahmar dan juga kurang selera makan hingga berat badannya semakin menurun.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jelebu, Negeri Sembilan pada awal Mac 2020 selepas mengadu tangan kirinya tidak boleh bergerak. Bagaimanapun, selepas empat hari dia dibenarkan pulang.

Allahyarham Amran merupakan saudara kandung kepada dua lagi pelakon tersohor AR Badul dan Adlin Aman Ramlie. Mereka tiga beradik adalah anak kepada seniman tersohor, Allahyarham AR Tompel.

Dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura, Allahyarham dilaporkan menghidap kanser usus sejak sekian lama. Allahyarham Amran meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam kenyataan yang dikeluarkan menyifatkan, Allahyarham Amran merupakan seorang anak seni berbakat besar.

Persatuan itu turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian seniman itu.



Kredit :

- Astro Awani

- myMetro





Keputusan FAS Tri-Nations Series 2022 - Singapura vs Malaysia

 


Hari Perlawanan 2 | Sabtu, 26 Mac 2022
FAS Tri-Nations Series 2022
⚽ SINGAPURA 🇸🇬 🆚️ 🇲🇾 MALAYSIA
🕗 8.00 malam |
🏟 Stadium Nasional, Singapura

Permainan ini sukar diramalkan memandangkan prestasi Harimau Malaya semakin baik. Nampaknya seperti Kim Pan-Gon telah merubah pasukannya dan tindakan mempertaruhkan beberapa pemain seperti Shafiq Rahim, Akhyar Rasid, Safiq Ahmad Dan Safawi Rasid pada kesebelasan utama sebagai isyarat jelas yang Malaysia serius mempertahankan rentak kemenangan.


KEPUTUSAN PENUH


Singapura 2 - 1 Malaysia

30' Ikhsan Fandi Ahmad [ Singapura ]
57' Liridon Krasniqi [ Malaysia ]
76' Ikhsan Fandi Ahmad [ Singapura ]




Kredit :
- FAM
- Satujohor.net

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan