Cukai mungkin dikenakan untuk pembelian dalam talian


Kerajaan bercadang mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembeli yang melakukan pembelian dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, caj mungkin dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menetapkan minimum pembelian yang membolehkan caj perkhidmatan itu dikenakan.

"Perkara ini masih dalam perancangan peringkat kementerian sebelum dibentangkan dan pendekatan ini adalah satu langkah untuk mencari sumber lain yang tidak membebankan rakyat.

"Pada masa sama, caj perkhidmatan yang dikutip itu akan digunakan untuk penambahbaikan sistem keselamatan komunikasi untuk mengelak scammer dan pencerobohan siber.

"Ini bukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana sekarang ini, banyak pembelian dalam talian tidak membayar cukai sekali gus menyebabkan kerugian dan ketirisan hasil kerajaan berlaku.

"Untuk mengenakan cukai ia rumit dan perlu diluluskan oleh Parlimen menyebabkan kita perlu memperkenalkan caj perkhidmatan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Komuniti @ Merdeka di Pengkalan Petah, di sini, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Zahidi Zainul berkata, sejak kebelakangan ini, banyak berlaku serangan siber di seluruh dunia akibat ketirisan data seperti yang berlaku pada Western Union, baru-baru ini yang menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

"Oleh sebab itu, sistem keselamatan siber di negara ini perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan bagi mengelak ia berlaku.

"Justeru, kita perlu sama-sama membantu untuk menampung kos penambahbaikan komunikasi kerana ia membabitkan perbelanjaan besar," katanya.


Kredit :

© New Straits Times Press (M) Bhd

Harian Metro online

CIMB Liga Super Malaysia : 5 September 2020

 


Berikut adalah keputusan baki perlawanan ke enam, CIMB Liga Super Malaysia yang  berlangsung pada Sabtu,  5 September 2020.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Kedah 2 - 1 PJ City

16' Brandao ( PJ City ) 

24' Kpah Sherman ( Kedah ) 

61' Tcheche Kipre ( Kedah ) 


PDRM 1 - 1 Felda United

49' Muhamad Eskandar Ismail ( PDRM ) 

71' Khairul Amri - penalti ( Felda United ) 


UiTM 1 - 0 Pahang

63' Yaacob Rafie ( PJ City ) 




CIMB Liga Super Malaysia : 4 September 2020


Keputusan tiga perlawanan CIMB Liga Super Malaysia yang berlangsung pada 4 September 2020, melibatkan pasukan Sabah dan Selangor, JDT dan Perak serta Melaka United dan Terengganu :

KEPUTUSAN PENUH 

Sabah 1 - 2 Selangor

65' Rodoljub Paunovic ( Sabah )

72' Ifedayo Olusegun ( Selangor )

81' Ifedayo Olusegun ( Selangor )

JDT 7 - 0 Perak

22' Afiq Fazail ( JDT) 

36' Gonzalo Cabrera ( JDT)

45' Gonzalo Cabrera - penalti ( JDT)

45' + 2' Ramadhan Saifullah ( JDT) 

63' Gonzalo Cabrera ( JDT )

79' Muhammad Safawi ( JDT )

84' Muhammad Akhyar Abdul Rashid ( JDT )

Melaka United 1 - 0 Terengganu 

60' Uche Agba ( Melaka United )


CIMB Liga Super Malaysia : 29 Ogos 2020



Keputusan perlawanan ke lima bola sepak CIMB Liga Super Malaysia pada Jumaat, 29 Ogos 2020 untuk enam pasukan iaitu PDRM bertemu Kedah, Selangor bertemu PJ City serta Terengganu bertemu Sabah. Semua perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

PDRM 0 - 2 Kedah

29' Tchetche Kipre (Kedah)

36' Tchetche Kipre (Kedah)


Selangor 0 - 0 PJ City


Terengganu 4 - 0 Sabah

12' Dominique Da Sylva (Terengganu)

43' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu)

71' Sanjar Shaakhmedov (Terengganu)

85' Faris Ramli (Terengganu)


CIMB Liga Super Malaysia 2020 : 28 Ogos 2020

Keputusan perlawanan ke lima bola sepak CIMB Liga Super Malaysia pada Jumaat, 28 Ogos 2020 untuk enam pasukan iaitu Felda United bertemu UiTM, Pahang bertemu JDT serta Perak bertemu Melaka United. Semua perlawanan bermula pada jam 9.00 malam.

KEPUTUSAN PERLAWANAN

Felda United 0 - 1 UiTM

39' Mark Hartmann (UiTM) 


Pahang 2 - 3 JDT

5' Leandro Velazquez (JDT) 

15' Ramadhan Saifullah (JDT) 

35' Gonzalo Cabrera (JDT) 

40' Mohamad Faisal (Pahang) 

45' Herold Goulon (Pahang) 


Perak 0 - 1 Melaka United 

52' Ferris Danial (Melaka United)



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan