Warga asing fitnah Malaysia telah diberkas


Kaki fitnah telah ditangkap

Seorang warga asing dari Bangladesh yang dikenali Md Rayhan Kabir yang diburu Jabatan Imigresen Malaysia sudah ditahan hari ini.

Md Rayhan yang muncul dalam dokumentari “Locked Up in Malaysia's Lockdown” diburu bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Sumber : Majlis Keselamatan Negara

Berakhirnya legasi lagenda badminton



Mereka berempat dianggap sebagai antara lagenda dunia badminton zaman moden. Kini pertandingan badminton  peringkat dunia mungkin akan dianggap sedikit suram dengan ketiadaan mereka di gelanggang sebagai pemain, seiring dengan dunia yang sedang dilanda wabak Coronavirus.

Berikut adalah maklumat ringkas berkenaan dengan keempat-empat lagenda badminton :

Lin Dan (36 tahun)
Bersara pada tahun 2020 
Memperolehi 666 menang, 128 kalah, 66 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 26 Februari 2004

Lee Chong Wei (37 tahun)
Bersara pada tahun 2019
Memperolehi 713 menang , 135 kalah, 69 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 29 Jun 2006

Taufik Hidayat (38 tahun)
Bersara pada tahun 2014
Memperolehi 413 menang, 138 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 1998 sewaktu baru berusia 17 tahun

Peter Gade Christensen (43 tahun)
Bersara pada tahun 2012
517 menang , 155 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 22 Jun 2006

Rumput yang kucing makan sebagai ubat



Nama rumput ini ialah "rumput pendul". Kalau ada kucing yang sakit Parvo, selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut. Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni. 

Rumput ini tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.

CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN :

1. Cabut rumput ini bersama akarnya.

2. Bersihkan tanah dari akar dan daun.

3. Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.

4. Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.

5. Bila sudah sejuk, bagi 10 mil hingga 20 mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.

✔️ Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat

Kredit Boby Cat Shop

Malaysia kecam berita fitnah dari Al Jazeera


Malaysia mengecam laporan media antarabangsa, Al Jazeera yang membuat tuduhan membuta tuli terhadap usaha negara ini dalam mengawal penularan COVID-19, membabitkan warga asing.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata laporan media berkenaan jelas tidak tepat dan berniat memburuk-burukkan nama baik Malaysia.

Katanya, tuduhan Malaysia tidak memberi layanan yang adil kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan adalah tidak benar, sebaliknya tindakan yang dibuat berdasarkan undang-undang.

"Tuduhan kita kurung secara tidak adil PATI adalah tidak benar. Bukan setakat PATI, tapi PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat) di kawasan lain seperti pusat tahfiz di Hulu Langat dan perkampungan di Hulu Langat juga dikurung. Bukan saja membabitkan warga asing semata-mata.

"Warga tempatan kita pun buat kawalan untuk pastikan tidak ada mereka yang keluar dari dalam dan individu dari luar mudah masuk ke dalam. Ini semua untuk pastikan mereka diselamatkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, setiap individu dalam PKPD akan dilakukan saringan termasuk PATI dengan kos saringan mereka ditanggung kerajaan.

"Menuduh tindakan kita bersikap rasis juga tidak benar. Apa yang dilakukan berdasarkan undang-undang. Kita gunakan akta Imigresen untuk tangkap mereka yang tiada dokumen sah.

"Tanya Al Jazeera. Berikan mana-mana negara yang membenarkan warga asing yang tiada dokumen boleh bebas di negara mereka. Saya cabar Al Jazeera tunjukkan negara mana yang berikan kebebasan mutlak. Setahu saya tidak ada," katanya.

Kredit : Berita Harian

Popularnya nasihat seorang nenek


Nenek Sapiah yang suaranya menjadi perhatian kerana pertuturan pekat loghat Melaka tidak menyangka rakaman suaranya itu menjadi viral dan ajukan orang ramai.

Malah, pemilik nama sebenar, Kamsiah Jantan, 70 itu turut tidak menjangkakan rakaman itu menjadi ikutan dalam kalangan beberapa selebriti media sosial dengan mengajuk semula suaranya sambil melakonkan aksi.

Dia berkata, niatnya hanya untuk mengingatkan cucunya, Mohammad Syafiq Mohd Don, 28 atau lebih dikenali sebagai Dak Syafiq supaya tidak membeli sate di kawasan kampung berkenaan berikutan satu kes direkodkan di kawasan terbabit dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) beberapa bulan lalu.

“Nenek memang tak suka, tiba-tiba dah jadi macam ni (suara menjadi viral), alamak nenek kata, nenek marah lah kan tapi apa nak kata.

“Seorang cucu nenek tukang rakam (yang merakam) dalam handset (telefon bimbit), nenek pun cakap ler tiba-tiba (rakaman suara) melarat, nenek pun faham, Allahu Akbar,” katanya dalam nada loghat Melaka bersahaja itu.

Kamsiah berkata, dia bagaimanapun tidak mengambil hati dengan ajukan orang ramai malah menyifatkan ia satu hiburan supaya lebih mengenali dialek Melaka.

“Ada juga yang ajuk sampai buat lagu dondang saya. Macam-macam dia orang buat, Nenek dengau je la (dengar sahaja), nak buat macam mana,” katanya.

Terdahulu, Kamsiah bersama Mohammad Syafiq serta jirannya, Hasnah Mohamad, 67 serta anak Hasnah, Mohammad Shaari Mohd Salleh, 35 menerima sumbangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Haji Sulaiman Md Ali.

Keempat-empat watak dalam rakaman itu iaitu Kamsiah (Nenek Sapiah), Mohammad Shafiq (Dak Sapik), Hasnah (Dak Senah) dan Mohammad Shaari (Dak Ayu) turut menjadi perhatian apabila disebut dalam ucapan Sulaiman pada Majlis Amanat Ketua Menteri, hari ini.

Sementara itu, Mohammad Shaari atau dikenali sebagai Dak Ayu dalam kalangan keluarga berkata, panggilan Dak Ayu hanya dikenali dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya dengar juga ramai yang dengar rakaman suara itu mengatakan Dak Ayu adalah perempuan, namun orang kampung tahu saya yang dimaksudkan Nenek Sapiah,” katanya.

Sumber teks dan gambar : Melaka Hari Ini online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan