Terima kasih Palestin !


Dalam satu video yang dimuat-naik di Twitter dan beberapa media sosial yang lain menunjukkan sekumpulan wanita warga Palestin beserta guru agama mereka bermurah hati mendoakan kesejahteraan bagi rakyat negara Malaysia yang sedang dilanda daripada wabak coronavirus (covid19).

Mungkin ada yang terfikir mengapa rakyat Palestin secara khas mendoakan untuk Malaysia sedangkan wabak Covid-19 ini menyerang beberapa tempat di Bumi.

Menurut Dr. Muraweh Musa Nassar, Pengerusi Lajnah Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Sedunia, beliau menyatakan hanya tiga negara yang dianggap oleh rakyat Palestin sebagai negara yang betul-betul memperjuangkan isu Palestin iaitu MALAYSIA, INDONESIA dan TURKI.

Oleh itu sebagai "saudara seagama" dan mereka yang menghargai erti kemanusiaan, hendaklah terus menyalurkan bantuan kewangan dan bermacam keperluan rakyat Palestin yang masih dijajahi oleh keganasan spesis yahudi zionis.

Video sekumpulan rakyat Palestine sedang berdoa untuk Malaysia :



* Berita terkini Palestin (22 Mac 2020) :


COVID-19: Kes pertama di Gaza, pihak berkuasa bimbang tak mampu tampung rawatan.

PALESTIN mencatat dua kes pertama COVID-19 pada Ahad, apabila dua rakyatnya yang pulang dari Pakistan ke Tebing Gaza, didapati positif virus tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Palestin Dr Yousef Abu el-Rish mengumumkan bahawa kedua-dua pesakit kini menerima rawatan di sebuah hospital di selatan Tebing Gaza.

“Pada awal Ahad, 22 Mac 2020, kami mengesahkan keputusan dua individu yang pulang dari Pakistan pada Khamis, 19 Mac 2020,” jelas beliau.

“Keputusan itu menunjukkan bahawa kedua-dua individu tersebut adalah positif koronavirus."

Kredit :
- Reza Razali (Twitter)
- Astro Awani online


Agihan topeng muka, sabun anti bakteria dan hand sanitizer di Port Dickson


AGIHAN TOPENG MUKA, SABUN ANTI BAKTERIA DAN HAND SANITIZER

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson mengambil inisiatif untuk mengagihkan beberapa keperluan berikut secara percuma kepada penduduk dan agensi sekitar daerah.

1. 1,000 set topeng muka (setiap set mengandungi 7 keping topeng muka & 10 swab alkohol)

2. 1,000 botol sabun anti bakteria

3. 1,000 botol cecair pembasmi kuman (hand sanitizer)

Inisiatif berkenaan dilakukan dalam usaha bersama melandaikan lengkung (flattening the curve) terkait jangkitan Covid-19.

Ia juga sebagai langkah kesedaran bagi mengingatkan mereka untuk sentiasa berwaspada dengan penularan wabak Covid-19 sekiranya terpaksa menjalankan tugasan luar.

BANTUAN HARAPAN

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson juga akan mengagihkan 500 paket bantuan keperluan asas kepada golongan asnaf, warga emas dan mereka yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan Covid-19.

HANTAR HARAPAN

Dengan usahasama para sukarelawan dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Teluk Kemang, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson turut menyediakan perkhidmatan menghantar barangan keperluan asas dan ubat-ubatan kepada warga yang memerlukan secara percuma.

Warga Port Dickson boleh menghubungi wakil Pusat Khidmat Rakyat, saudara Boy Fadzrie di talian 018-2428536 untuk butiran lanjut.

Kesemua bantuan ini diharap dapat meringankan beban warga Port Dickson.

Semoga Allah SWT terus melindungi rakyat dan negara ini.

ANWAR IBRAHIM

Aktiviti di rumah semasa perintah berkurung (kawal pergerakkan)


Minggu ini kita semua dikenakan perintah kawalan pergerakkan. Rakyat disarankan agar tidak keluar dari rumah jika tiada keperluan penting. Namun membeli barangan keperluan harian masih dibenarkan dengan syarat hanga seorang wakil bagi setiap rumah atau keluarga.

Maka pelbagai aktiviti dibuat oleh rakyat di pelbagai negara yang dikenakan "perintah berkurung" ini seperti mengemas rumah, membuat kerja yang tertangguh secara online atau bermain permainan mudah alih di telefon pintar.

Namun suatu rakaman video yang dipercayai dirakam di luar negara telah tersebar di rangkaian Facebook dan Twitter menunjukkan sepasang suami isteri melakukan hubungan seks di rumah disamping anak-anak mereka ada berdekatan.

Mereka melakukannya dengan cermat iaitu tidak bersuara kuat dan membuat pergerakan yang terhad bagi memastikan anak-anak mereka tidak menyedari aktiviti mereka disebalik selimut.


Meyanaliza Ruslee bertemu ilahi



Penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Matahari, Maya meninggal dunia akibat kanser pada Rabu, 18 Mac 2020.


Maya atau nama sebenarnya, Meyanaliza Ruslee difahamkan menghidap kanser tisu sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, Allahyarham yang berusia 44 tahun difahamkan tidak mahu berita penderitaannya dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.

Beberapa artis popular yang juga rakan baik Allahyarham Maya seperti Haiza dan Ieda Moin ketika dihubungi memberitahu, mereka juga baru mendapat khabar duka mengenai pemergian penyanyi berkenaan.

Namun begitu, Haiza dan Ieda tidak memperoleh maklumat lanjut mengenai pemergian sahabat mereka dan sedang menunggu maklumat daripada keuarga Allahyarham.

"Ya, saya baru mendapat berita mengenai pemergian Maya. Saya seakan tidak percaya menerima berita sedih ini. Saya difahamkan jenazah kini berada di Sungai Buloh," kata Haiza kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Sementara itu, Ieda pula berkata, dia berkesempatan menziarahi sahabatnya itu dua minggu lalu di kediamannya.

Dalam pertemuan itu, Maya, kata Ieda rancak berbual sekalipun sedang menanggung sakit.

"Namun, Allahyarham sangat kuat semangatnya. Dia sentiasa meminta mendoakan yang baik-baik buatnya dan memberitahu tidak mahu orang lain mengetahui kesakitan yang ditanggugnnya," kata Ieda dalam tangisan ketika dihubungi.

Ieda juga memberitahu, Allahyarham Maya ketika hayatnya pernah menjalani rawatan di China beberapa bulan.

Penyanyi kelahiran Johor Bahru itu mula menema populariti selepas album pertamanya dilancarkan pada 1995.

Selain aktif sebagai penyanyi, Allahyarham Maya juga pernah membintangi beberapa buah drama, filem dan teater.

Allahyarham Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009.

Bagaimanapun, perkahwinan hanya bertahan selama enam tahun saja tanpa sebarang cahaya mata.

Allahyarham pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima terbitan Astro pada 2018.

Sumber : astroawani.com

Keputusan CIMB Liga Super Malaysia : 11 Mac 2020


Berikut adalah keputusan perlawanan bola sepak CIMB Liga Super Malaysia yang diadakan pada hari Rabu, 11 Mac 2020.

MALAYSIA SUPER LEAGUE
11.03.2020, WEDNESDAY

KEPUTUSAN PENUH

Felda United 3 - 2 Melaka United
7' Nicolas Velez [ Felda United ]
15' Khairul Amri [ Felda United ]
63' Nicolas Velez [ Felda United ]
81' Romel Morales [ Melaka United ]
88' Uche Agba [ Melaka United ]

Perak 2 - 0 Petaling Jaya City
24' Shahrul Saad [ Perak ]
63' Thierry Bin [ Perak ]

Terengganu 3 - 3 Selangor
39' Ifedayo Olusegun [ Selangor ]
43' Rahmat Makasuf [ Terengganu ]
52' Mohd Khyril Muhymeen [ Selangor ]
64' Sanjar Shaakhmedov [ Terengganu ]
70' Brendan Gan [ Selangor ]
90' + 4' [ Terengganu ]

UiTM 1 - 1 Kedah
29' Kpah Sherman [ Kedah ] 
82' Gustavo Almeida [ UiTM ]


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan