Apa itu Tathaiyur?


Dari kalangan kita mungkin tidak menyedari bahawa telah melakukan "Tathaiyur". Kemungkinan ia telah diwarisi dari zaman ke zaman tanpa kita ketahui ianya melanggar akhlak dalam Islam.

Contoh-contoh Tathaiyur ialah :

* Ambil gambar tiga orang kononnya salah satu darinya akan pendek umur.

* Jumpa ular melintas di jalan, kononnya ada sesuatu yang buruk berlaku hari itu.

* Kupu-kupu masuk rumah kononnya ada orang yang nak datang.

* Keluar rumah terlupa sesuatu kononnya jangan patah balik kerumah atau sesuatu musibah akan berlaku.


* Tergigit lidah kononnya ada orang mengumpat hal kita.

* Rebus anak lesong, kononnya tolak hujan.

* TIdak dapat merasa sesuatu makanan kononnya jilat telapak jari supaya tidak kempunan.

* Diberak burung kononnya ada rezeki.

* Air minuman tumpah kononnya tiada rezeki.

* Sedang berbicara cicak berbunyi kononnya tanda perbualan itu benar.

* Menjamah makanan sebelum keluar rumah kononnya supaya tidak kempunan.

* Mimpi berak, kononnya akan ditimpa sakit.

Kenapa dikatakan syirik? Jom baca.

عن ابن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول اللّه، صلى الله صلى الله عليه وسلم : الطيره شرك، الطيره شرك، وما منا الا ولكن يذهبه بالتوكل

“Dari Ibnu Mas’ud R.A berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Bertathaiyur itu syirik, bertathaiyur itu syirik, dan tiada diantara kita yang tidak terlibat dengannya kecuali akan dijauhkan oleh Allah dengan bertawakkal”.
(H/R Ahmad [3411] at-Tibb. Turmizi [1539] as-Sair)

Bahaya At-Tathayyur…

“At-Tathaiyyur” dapat meniadakan “At-Tauhid” dari dua sisi:

1. Pelaku “At-Tathaiyyur” telah menghilangkan tawakkalnya kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala, serta bersandar kepada selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Padahal Allah Subhanahu Wa Ta’ala adalah satu-satunya tempat bergantung. Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Ikhlas ayat ke-2 (yang ertinya):
اَللّٰهُ الصَّمَدُ‌ ۚ
Allah tempat meminta segala sesuatu.
[QS. Al-Ikhlas: Ayat 2]

Dan perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala:

فَاعْبُدْهُ وَتَوَكَّلْ عَلَيــــهِ

“Maka sembahlah Dia, dan bertawakkallah (hanya) kepada-Nya.” (Hud: 123)

2. Pelaku “At-Tathaiyyur” sesungguhnya bergantung kepada sesuatu yang tidak ada hakikatnya, bahkan hal itu hanya sebuah dugaan dan khayalannya sahaja (yang tidak layak untuk dijadikan tempat bergantung)

Wallahualam.

Kanta lekap untuk penglihatan gelap malam


Menurut sebuah firma syarikat dari Michigan, Amerika Syarikat telah dalam proses membina contact lens untuk mata manusia yang berupaya melihat dalam gelap tanpa cahaya. Ianya mampu melihat dalam full spektrum nightvision dan diperbuat daripada graphene.



Graphene adalah eletropi karbon yang dibentuk melalui atom. Menurut mereka pada mulanya ianya akan dibekalkan pada askar sahaja, namun jika ianya berguna kepada orang awam maka tidak mustahil mereka akan pasarkan.

Syarikat Pengeluar Cat Orang Melayu Islam di Malaysia


Bina Paint adalah jenama pengeluar cat bagi cat kalis air, cat gelanggang sukan, cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah.

Bina Paint adalah pengeluar cat milik orang Melayu yang diasaskan oleh Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosli Adam.

Encik Rosli mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam kontraktor yang pakar di dalam bidang kalis air, gelanggang sukan dan tangki air.


Menurutnya, ketika berhadapan dengan era kegawatan ekonomi pada 1997, dia sangat terkesan dengan keadaan ekonomi ketika itu kerana banyak menggunakan bahan-bahan import kalis air dan cat dari negara luar.

Bermula daripada itu, Rosli mendapat idea untuk membuka kilang sendiri dengan menghasilkan produk-produk yang diimportnya di dalam negara.

Pada masa sama, dia melihat potensi yang lebih besar sekiranya produk kalis air dapat dihasilkan di negara sendiri, sekali gus menjimatkan kos.

Dengan bermodalkan RM150,000, Rosli membuka kilang pertamanya di Bandar Baru Bangi pada 2000 yang mengeluarkan produk kalis air.

Produknya itu dilihat mendapat sambutan yang baik dan mendapat banyak projek daripada syarikat tempatan dan agensi kerajaan.

Melihat peluang lebih besar jika mengeluarkan cat sendiri, Rosli meluaskan segmen pengeluarannya dengan menghasilkan cat.

Selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tiga tahun, akhirnya pada 2009, Rosli dapat menghasilkan cat hiasan keluarannya sendiri.

“Kami melakukan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapatkan khidmat nasihat di dalam menghasilkan cat kalis air yang berkualiti.

“Sehingga benar-benar mencapai standard barulah kami yakin untuk mengeluarkannya"

Bina Paint mempunyai tiga kilang cat yang terletak di kawasan berhampiran yang dibelinya pada 2005 dengan harga pasaran ketika itu sebanyak RM450,000 dan selang beberapa tahun, syarikat itu turut membeli sebuah lagi kilang pada 2009 dengan bernilai RM650,000.
Pada 2013, bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah, Bina Paint telah membeli satu lagi kilang baharu dengan bernilai RM5.65 juta.

“Kami jangka kilang baharu itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Manakala, dua kilang lama akan dijadikan sebagai pusat jualan dan gudang penyimpanan cat,” katanya.

Tembusi 240 kedai perkakasan

Rosli berkata, tujuh tahun dalam industri ini adalah tempoh untuk syarikatnya mengukuhkan jenama di pasaran tempatan.

“Tidak ramai lagi yang tahu tentang cat Bina Paint, kami harap untuk menjalankan aktiviti promosi secara besar-besaran bagi memberikan pendedahan jenama kepada orang ramai.

“Kami harap dalam tempoh 10 tahun Bina Paint telah dikenali setanding dengan jenama antarabangsa yang lain,” katanya.


Sumber : Sinar Harian

Malaysia vs UAE : Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia FIFA 2022


Saksikan pertembungan Malaysia menentang UAE dalam misi memburu kelayakan piala dunia FIFA 2022, Qatar (Perlawanan pusingan kedua kumpulan G), Selasa (10 September 2019) bermula pukul 8.30 malam.

KEPUTUSAN PENUH

Malaysia  1  -  2  Emiriah Arab Bersatu
1' Syafiq Ahmad [ Malaysia ]
43' Ali Ahmed Mabkhout [ Emiriah Arab Bersatu ]
75' Ali Ahmed Mabkhout [ Emiriah Arab Bersatu ]

Program sarapan percuma untuk pelajar sekolah rendah



Anak-anak kita memerlukan jadual pemakanan yang tepat dan amalan pemakanan seimbang bagi memastikan mereka terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat mengambil berat aspek pemakanan murid dan sentiasa menggerakkan pelbagai inisiatif penting untuk memastikan anak-anak kita perutnya sentiasa terisi dengan makanan berkhasiat.

Sehubungan itu, bermula dari Januari 2020, KPM bakal melancarkan program sarapan percuma khas untuk anak-anak di sekolah rendah di seluruh negara. Melalui program ini nanti, anak-anak akan disediakan sarapan enak berpandukan menu yang sihat dan ia adalah percuma.

KPM akan terus meneroka apa sahaja ruang bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah dengan penuh kegembiraan.

Sumber :

Facebook YB Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan Malaysia

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan