Sewa bilik serendah RM100 sebulan di Kuala Lumpur

Gambar hiasan

Sebuah bangunan lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing dengan 120 buah bilik, bagi menjayakan konsep 'capsule hotel' di bawah inisiatif dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim 'micro-housing' mulai tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilaporkan berkata, inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

"Kami akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

"Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100," katanya ketika wawancara '100 hari Datuk Bandar Kuala Lumpur' di sini, pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, Nor Hisham dipetik berkata, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.

"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5 juta hingga RM10 juta.

"Kami menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai," katanya.

Katanya penghuni 'micro-housing' dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.

"Kami akan membuka permohonan secara 'online' menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi," katanya.

Sumber :
- Utusan Online
- Astro Awani Online

Kursus komputer jangka pendek di Melaka



Program ini direka bagi membantu anda memperolehi asas pengetahuan berkaitan penggunaan komputer serta manfaat dunia teknologi komunikasi maklumat dengan kos yang berpatutan dan belajar dalam keselesaan rumah peserta sendiri.

Ia dibuat secara berjangka pendek dan diajar menggunakan konsep bimbingan peribadi (personal coaching) khusus untuk mereka yang :


  1. Segan untuk menyertai kelas yang ramai orang
  2. Tidak boleh menghadiri sesi belajar dalam masa yang lama
  3. Ingin mendapatkan pengetahuan berkaitan komputer dengan kos murah


Berikut adalah antara kursus yang akan diadakan buat masa ini (mungkin akan berubah mengikut keadaan semasa) :


1 ) Kursus Asas Komputer


- Anda tidak tahu menggunakan komputer atau tahu sikit-sikit ?. 

Malu nak sertai kelas belajar yang ada ramai orang ?.  

Tiada masa yang lama untuk kelas komputer yang berminggu-minggu ?.

- Inilah kursus yang sesuai untuk anda kerana kursus yang disediakan dalam program ini diajar secara "personal coaching" (seorang peserta dalam satu sesi) dan mengambil masa lebih kurang selama 6 jam.

SILA HANTAR MESEJ MELALUI WHATSAPP UNTUK MEMERIKSA SAMA ADA KAWASAN ANDA BOLEH DIDATANGI PENGAJAR ATAU TIDAK DAN UNTUK MENEMPAH TARIKH BELAJAR



Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023

Perbezaan perjanjian lama dan baharu projek ECRL di Malaysia



ECRL: APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?


Artikel diambil dari : Adrian Lim Chee En (Facebook)


Latar belakang :

Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian terbaik kerana kerajaan sekarang terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib/UMNO. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita diikat.

1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
SEBELUM: RM65.5 bil
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)

SEBELUM: RM95.5 juta / km
SELEPAS: RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer

2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret)
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret)

3. CIRI-CIRI LANDASAN
SEBELUM: 688km, standard gauge, double track
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.

Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang kononnya PH tukar double track kepada single track.

4. LALUAN
SEBELUM: 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)

Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.

5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.

Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.

6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.

7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh Najib/UMNO akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.

8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.

9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.

10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.

11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 belum ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah belum ditandatangani boleh dikurangkan kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.

12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-belion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.

Nampak beza UMNO dengan PH?

Hasil rundingan sebegini sememangnya payah dibidas, payah dibalas pembangkang. Sebab itu kalau korang baca kritikan pembangkang, semuanya tidak berani menyentuh ciri-ciri spesifik ECRL sepertimana saya lakukan.

Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track dan buat 'troll' sindir benda-benda yang bukan-bukan untuk mengelirukan orang ramai.


Liga Super Malaysia : 14 April 2019


Berikut adalah keputusan perlawanan tunggal yang terakhir untuk minggu ke 9 dalam Liga Super Malaysia antara PKNS bertemu Pahang di Stadium Shah Alam, 14 April 2019, 9.00 malam :

KEPUTUSAN PENUH

PKNS 1 - 2 Pahang
13' Chan Vathanaka (PKNS)
25' Dickson Nwakaeme (Pahang)
76' Ze Love (Pahang)

1MDB : Kenapa Najib masih tidak di penjara? - Dr. Halim


Kerajaan Malaysia menerima sebahagian daripada dokumen dari DOJ & FBI. Rekod urus niaga & rekod urus niaga adalah "tulen" yang tidak boleh diubah / diduplikasi atau dipalsukan oleh pangkalan data transaksi bank.

Dari rekod ini disahkan bahawa RM2.6 bilion dikreditkan ke akaun peribadi Najib oleh Tanore Finance Corporation, yang dimiliki oleh Jho Low.

Persoalan-persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat adalah: Jika ada bukti kukuh, kenapa Najib masih belum dibawa ke mahkamah pada 1MDB?

Untuk maklumat semua orang, proses untuk menuduh Najib tidak mudah seperti menangkap pencuri motosikal.

Terdapat cukup bukti undang-undang yang jelas, tetapi kerana bekas Peguam Negara, Appandi telah menyatakan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa yang salah (mengenai IMDB) prosedur ini mesti terlebih dahulu dibuat Null & Void secara sah sebelum Najib boleh dikenakan.

Untuk membatalkan keputusan / ketetapan bekas AG tidak mudah kerana ia berhadapan dengan perlembagaan - Perkara 145 (3) iaitu semua kenyataan / keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara tidak boleh dibuka semula atau dibincangkan dalam mana-mana forum atau sebarang bentuk.

Ini bermakna, Najib tidak boleh didakwa mengikut alasan Perkara 145 (3).

Tommy Thomas dipilih sebagai AG, bukan kerana kita bersifat perkauman atau kerana kita memandang rendah kaum lain tetapi kerana TT adalah seorang pegawai undang-undang yang sangat berkebolehan, cekap dan mahir. Beliau sangat mahir dan akan dapat melaksanakan prosedur pembatalan bekas Peguam Negara, keputusan Appandi terhadap Najib. Juga, TT adalah yang terbaik daripada 500 peguam terbaik di dunia.

Walaupun kes ini adalah sangat teknikal dan rumit, walaupun peguam biasa tidak dapat melihat / memikirkan cara untuk melakukannya, TT kini berada di peringkat akhir menyelesaikan prosedur (untuk Kerajaan berjaya dalam pembukaan semula kes 1MDB) dan membatalkan / mencabar keputusan Appandi.

Penduduk Malaysia sangat sibuk dan tidak sabar melihat Najib didakwa. Sila bersabar. Ia bukan kerana kerajaan PH sengaja melambatkan kes itu, tetapi kita perlu menjalankan prosedur untuk menurunkan keputusan Appandi terlebih dahulu.

Soalan: Bila? Bagaimana?
Jawapan: Ia harus mengikut Peraturan Undang-undang. Hanya beberapa minggu sebelum Najib akan ditugaskan.

Sekiranya TT tidak berjaya dan gagal menurunkan / membatalkan keputusan Appandi (pada 1MDB), kes ini tidak boleh lagi dibawa ke mahkamah semula. Kerana perkara ini bertentangan dengan prinsip perlembagaan keadilan di mana integritas AG ditentang.

Hasilnya: Jika disabitkan, Najib tidak boleh dibebaskan dan masa yang dipenjarakan akan berusia 10 - 20 tahun atau lebih.

Anda boleh berkongsi atau menyalin mesej ini untuk menjelaskan keadaan yang sebenarnya jika ada yang bertanya.

Sehingga kini, saya menyimpan info ini kepada diri sendiri tetapi rakyat terus bertanya tanpa mengetahui proses undang-undang sehingga saya diwajibkan untuk menerangkan.

Terima kasih
Dr. Halim J

#Viralkan
-Admin Teo Ais

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan