Sewa bilik serendah RM100 sebulan di Kuala Lumpur

Gambar hiasan

Sebuah bangunan lama di Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing dengan 120 buah bilik, bagi menjayakan konsep 'capsule hotel' di bawah inisiatif dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim 'micro-housing' mulai tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilaporkan berkata, inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.

"Kami akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.

"Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100," katanya ketika wawancara '100 hari Datuk Bandar Kuala Lumpur' di sini, pada Selasa, menurut laporan Bernama.

Bagaimanapun, Nor Hisham dipetik berkata, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.

"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5 juta hingga RM10 juta.

"Kami menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai," katanya.

Katanya penghuni 'micro-housing' dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.

"Kami akan membuka permohonan secara 'online' menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi," katanya.

Sumber :
- Utusan Online
- Astro Awani Online

Related Posts:

  • Zon Merah : PKPD di Kluang, Johor Kampung Dato' Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato' Ibrahim Majid di Simpang Renggam,Kluang, Johor adalah lokasi pertama dikenakan Perintah  Kawalan Pergerakan Diperketatkan PKPD. Seramai 3,750 penduduk Kampung Simpa… Read More
  • Batang ubi kayu bantu kawal penularan COVID-19 🔥PENEMUAN SENSASI !!!🔥 Batang ubi kayu diyakini boleh mencegah dari merebaknya wabak Covid-19 dalam musim PKP Caranya penyediaannya : 1. Ambil batang ubi kayu yang sudah matang. 2. Bersihkan dengan buang daun yang ad… Read More
  • Pelarian Syria berdoa untuk Malaysia Satu video dari pertubuhan bukan kerajaan iaitu SyriaCare telah merakamkan sekumpulan pelarian yang terdiri dari rakyat negara Syria berdoa di dalam khemah. Walaupun mereka serba kekurangan namun mereka masih mampu me… Read More
  • Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan Saya menonton siaran langsung perutusan Perdana Menteri melalui RTM Mobile 25 Mac 2020 - Melalui satu siaran langsung di tv1, Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa Perintah Kawala… Read More
  • Amaran angin kencang dan ribut petir KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka bermula Jumaat ini, 27 Mac 2020. METMalaysia dalam kenyataan tersebut berkata, cuac… Read More

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan