Hidangan yang mudah, ringkas, lazat dan mengenyangkan ! Selamat Mencuba
Bahan-bahan :
1. Roti Hotdog
2. Ramly Frankfurter Lembu / Sosej
*
untuk yang terbaik, gunakan jenama Ramly
*
nak pakai ayam pun boleh ikut citarasa anda
3. Cheesedale
4. Mayones / Sos cili atau tomato
*
ikut pilihan masing-masing
Cara membuat :
1. Frankfurter direbus dulu dan toskan.
2. Belah tengah roti dan sapukan mayones di bahagian dalam
*
kalau suka sos boleh sapu sekali atau nak letak masa lepas masak pun boleh.
3. Sumbatkan frankfurter tadi di tengah-tengah.
4. Kerat kepingan cheese jadi beberapa bahagian.
Anggaran besar ikut suka hati.
5. Lapis kan kepingan cheese di atas frankfurter/sosej tadi.
6. Panaskan air periuk kukus sampai menggelegak dan susun roti-roti tadi dalam periuk. Pastikan air betul-betul menggelegak dan periuk berwap.
*
kalau takut roti melekat di periuk boleh letak atas pinggan sebagai alas.
7. Tutup tudung periuk dan kecilkan api. Kukus selama 2 minit paling maksima atau sehingga cheese cair dan roti panas serta lembut.
8. Siao untuk dihidangkan
*
kalau suka boleh bubuh sos cili / tomato / blackpepper di atasnya
Kredit :
https://www.facebook.com/aaisyahdhiaranaa/