Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah


24 orang pelajar tahfiz dan ustaz Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat terkorban dalam kebakaran pada pagi 14 September 2017.

Kebakaran di kawasan bilik tidur dikatakan bermula jam 5 pagi.


Bomba yang menerima panggilan 5.43 pagi tiba kurang 2 minit kemudian untuk mengawal kebakaran.

Mangsa berusia 13 hingga 17 tahun dan 2 dewasa.

Mangsa yang kritikal dan cedera seramai 5 orang dibawa ke HKL.

Di bawah ini adalah video kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan berkenaan :


Gambar selepas kebakaran  berjaya dipadamkan :





Dengar lagu Satu Kalimah : Meremang bulu roma dia


Video ini dirakam oleh seorang wanita luar negara yang me-"review" lagu yang didengarinya. Mungkin untuk follower laman web sosialnya.

Dalam video berkenaan kita dapat saksikan reaksi beliau yang teruja dan sangat suka lagu bertajuk "Satu Kalimah" yang dinyanyikan oleh Yabang dari Kumpulan Khalifah sampai meremang bulu roma.


Video kebakaran Pasar Besar Seremban


Di bawah merupakan video pendek yang dirakamkan oleh seorang saksi yang berada di lokasi berhampiran dengan Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan yang terbakar.

Kebakaran dipercayai bermula sekitar pukul 7.30 malam, 9 September 2017.

Hukuman bilik putih : siksaan mental dalam diam


Ada satu jenis hukuman yang kedengaran agak pelik tetapi boleh dianggap kejam. Hukuman ini diberi nama Bilik Putih (White Room).

Siksaan bilik putih adalah sejenis penyeksaan psikologi yang mengakibatkan kekurangan deria rasa yang melampau. Menjalani penyeksaan seperti ini menyebabkan tahanan kehilangan akan mengalami masalah ingatan dan seolah kehilangan identiti peribadi melalui tempoh pengasingan yang lama.


(Bilik Putih) White Room

Dalam hukuman ini, seorang pesalah akan diletakkan dalam bilik yang serba putih. Dinding putih, katil putih, lantai putih, baju putih, lampu putih - segalanya putih. Malah, mereka akan ditempatkan dalam bilik yang sangat sunyi dan kalis bunyi. 

Hukuman ini banyak dilakukan di Iran dan memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang seumur hidupnya.

Kesan Psikologi Kepada Pesalah

Sekali pandang, mungkin tidak ada yang nampak kejam. Hukuman White Room ini sebenarnya sejenis hukuman yang memberi kesan buruk kepada psikologi seseorang. Ianya akan membunuh deria penglihatan dan pendengaran seseorang. Seseorang yang berada dalam White Room dalam tempoh yang lama akan mengalami kekurangan deria rasa dan mengalami masalah untuk mengingati orang lain.

Kesan daripada hukuman ini biasanya sukar hilang dan mungkin akan menghadapinya seumur hidup!

Salah seorang bekas banduan yang telah menjalani hukuman ini berkata:

“I was there for eight months and after those months I couldn’t remember my father and my mother’s face,” Fakhravar stated. “When they released me from that prison I was not a normal person.”
Terjemahan: Saya telah dipenjarakan selama 8 bulan dan selepas dilepaskan, saya tidak dapat mengenalpasti dan mengecam mak dan ayah saya. Bila mereka melepaskan saya daripada penjara tersebut, saya bukan lagi manusia yang normal.

Selain Iran, beberapa negara di dunia juga pernah menggunakan hukuman ini kepada pesalah. Semasa zaman bekas Presiden George Bush, pihak Amnesty International dan beberapa badan kebebasan manusia pernah mendakwa Amerika Syarikat menggunakan hukuman yang serupa terutamanya kepada pesalah yang ditempatkan di penjara rahsia Guantanamo Bay.

Di Venuezela juga, badan kebebasan manusia melaporkan hukuman yang sama juga pernah dilakukan terhadap banduan. Kebanyakan pesalah yang dikenakan hukuman ini dilaporkan cuba membunuh diri kerana tertekan. Cara ini selalunya digunakan untuk memaksa seseorang itu mengaku kesalahan yang dilakukan tanpa menyeksa mereka secara fizikal.

Sumber : iluminasi.com

Pasar Basah Seremban terbakar


Tingkat atas (bangunan dua tingkat) Pasar Besar Seremban  di pusat bandar di sini terbakar selepas hujan lebat pada masa petangnya.

Satu pasukan pemadam kebakaran telah hadir bagi memadamkan kebakaran yang dipercayai telah bermula sekitar jam 7.30 malam, 9 September 2017.

Pada bahagian teratas, yang menempatkan gerai makanan dan buah serta premis menjual bunga dan telur ayam, tidak beroperasi kerana ia ditutup selepas jam 5 petang.

Walau bagaimanapun, tingkat bawah biasanya merupakan pusat aktiviti sekitar jam 7 malam, dengan lori mengangkut sayur-sayuran kepada vendor di bangunan berusia 35 tahun itu.

Punca kebakaran masih belum diketahui.

Sumber : The Star Online

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan