Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2017 : 09/09/2017


Keputusan semasa lapan perlawanan Piala Malaysia 2017 (peringkat kumpulan), 9 September 2017 :


Keputusan Penuh 

Johor DT 3 -1 Selangor

Kedah 2 - 0 Kelantan

Kuala Lumpur 2 - 0 PKNS FC

Negeri Sembilan FA 0 - 0 PKNP

Pahang 3 - 2 T-Team

Perak 2 - 1 Felda United

Terengganu 3 - 3 Sarawak FA

UiTM 5 - 3 Melaka United

Gambar hari pertama Kembara Mahkota Johor 2017


RAJA DAN RAKYAT TIADA BERPISAH | KEMBARA MAHKOTA JOHOR 9HB - 12HB SEPTEMBER 2017

Sekitar perjalanan Kembara Mahkota Johor melawat daerah-daerah di negeri Johor Darul Ta'zim dalam menyempurnakan objektif merapatkan hubungan antara rakyat, pemimpin dan Istana Johor. 

Kembara Mahkota Johor kali ini yang merupakan edisi ke-20 diketuai sendiri oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Allah Peliharakan Sultan.









10 fakta menarik mengenai daerah Muar, Johor


Daerah Muar terletak di barat laut negeri JohorMalaysia. Daerah Muar terdiri daripada bandar Muar itu sendiri (lebih dikenali dengan nama Bandar Maharani) dan Pagoh. Muar bersempadan dengan daerah Tangkak di utara, daerah Segamat di timur dan daerah Batu Pahat di selatan.

Berikut merupakan fakta yang mungkin menarik bagi penggemar bidang sejarah khususnya daerah Muar :

1) Merupakan bandar keempat terbesar di Johor selepas Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang.

2) Bandar kedua terpenting di Johor dari segi pentadbiran di belakang Bandaraya Johor Bahru.

3) Bandar Maharani diisytiharkan sebagai Bandar Diraja Johor Darul Ta'zim pada tahun 2012 oleh DYMM Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

4) Muar merupakan hab perabot utama di Malaysia di mana 50 peratus eksport perabot negara adalah dari Muar.

5) Diiktiraf sebagai antara bandar terbersih di Malaysia.

6) Bandar Muar berusia 130 tahun semenjak ianya dibuka pada tahun 1887.

7) Muar adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang mempunyai sistem jaringan keretapinya yang tersendiri di masa lampau yang dikenali sebagai Keretapi Kerajaan Muar (Muar State Railways) atau MSR.

8) Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka. 

9) Pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877).

10) Muar juga menjadi pusat tumbuhan landskap negara yang mana kawasan daerah Muar merupakan daerah yang paling banyak bilangan tapak semaian (nurseri) diikuti dengan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru.

Video 'Save Rohingya' : Sorak Ultras Malaya Ketika Sukan SEA 2017


Ultras Malaya bersorak 'Save Rohingya' ketika perlawanan bola sepak antara Malaysia menentang Myanmar di Stadium Shah Alam yang berkesudahan Malaysia menang dengan jaringan gol 3-1. 


Resipi Pencuci Mulut Agar-agar Tembikai


Bahan-Bahan :

1. Potong dadu buah berikut :
✔️ Buah Naga
✔️ Buah Kiwi
✔️ Buah Nenas
✔️ Buah Betik
✔️ Buah Tembikai
✔️ Buah Anggur
(atau apa-apa jenis buah yang anda suka)

2. Masukkan kesemuanya dalam buah tembikai yang dikeluarkan isinya

3. Panaskan agar-agar seadanya.

4. Tuang agar-agar dalam tembikai

5. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti

6. Setelah beku, potong seperti biasa. Hidangkan dan makan dengan segera agar tidak terlalu berair (jika dibiar lama terdedah dalam suhu bilik)

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan