Syed Azlan meninggal dunia (komposer & penyanyi)



Penyanyi dan komposer Syed Azlan Syed Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Arab meninggal dunia akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Seremban pada jam 3 pagi, 12 November 2016.

Perkara ini dimaklumkan melalui status Facebook sepupunya, Khairul Faizi Ahmad Kamil kira-kira jam 11.30 pagi Sabtu.

Arab sinonim dengan kumpulan duo, Arab & Aidit yang pernah lagu Bila Bulan Berwarna Biru dan pernah menjadi vokalis kumpulan Lefthanded untuk album Nafas.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Labis, Johor selepas solat Asar semalam (12/11/2016). 

Syed Azlan pernah menjadi pegawai Artiste and Repertoire (A&R) dengan Universal Music selepas meninggalkan karier nyanyiannya.


Sumber : Astro

Bengkel Inovasi Perniagaan, 22 - 23 Oktober 2016


Pada 22 hingga 23 Oktober 2016, saya telah menghadiri undangan ke Business Innovation Workshop (Bengkel Inovasi Perniagaan) di SMART Intelligent Learning Lab, Multimedia University (MMU), Melaka.  Ia adalah anjuran Faculty of Business dengan pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.

Kerjasama ini adalah projek khidmat masyarakat MMU Melaka (infaq dan waqaf) yang bertujuan mengumpul dana bagi baik pulih penghawa dingan makmal komputer sekolah berkenaan.

Bengkel Inovasi Perniagaan mempunyai tujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu baru dalam dunia perniagaan yang diharap dapat membantu meningkatkan dayasaing para usahawan tempatan.

Kuliah disampaikan oleh Dr. Mohd Rizal Bin Tan Sri Abdul Razak.


Ber 'wefie' bersama Ketua Fesilitator, Dr. Mohd Rizal Bin TanSri Abdul Razak

Bersedia pemakaian jubah untuk 'mini convocation'

Sijil disampaikan oleh Dr.Zauwiyah Binti Ahmad (Dekan Fakulti Perniagaan, Universiti Multimedia)

Wefie peserta Bengkel Inovasi Perniagaan 22 - 23 Oktober 2016

Adakah anda dipilih menerima set decoder MYTV secara percuma?


MYTV adalah projek kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd telah dilancarkan pada Jun tahun 2015, dilihat bakal menjadi persaingan hebat kepada Astro.

Siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


Ia dilihat penyelesaian terbaik terhadap rungutan orang ramai ke atas mutu perkhidmatan Astro yang kurang memuaskan disamping caj yang tersembunyi dan melampau.

Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

Klik Link dibawah dan masukkan No. Kad Pengenalan untuk semak kelayakan Penerimaan Dekoder MYTV secara Percuma :

Penipuan syarikat telekomunikasi yang mungkin anda tidak tahu


Sebenarnya banyak penipuan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon mudah alih.

Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang munasabah, pelbagai penipuan didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara.

Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

"Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu"

"Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?"

#1 Perayauan Antarabangsa (Roaming) – Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.

#2 Kehilangan Kredit Pra-Bayar – TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?

#3 Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.

#4 Kesahihan Baki Data Internet – Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet, perlu buat pembayaran tambahan.

#5 Penalti Bayaran Lewat – Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.

#6 Panggilan Tidak Berjawab – Panggilan pelanggan TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.

#7 Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO – Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.

Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.

Persoalan lebih besar, apa tindakan kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi ? Bertuah la kalau nak mengaku ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.

***Kami difahamkan jika anda mempunyai isu dengan servis dan telah membuat aduan kepada TELCO terbabit tetapi masih gagal menyelesaikan masalah atau aduan tersebut tidak mendapat respon, anda boleh membuat aduan kepada pihak Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia ataupun pada Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia.

USM cipta aplikasi jejak lokasi jemaah tersesat di Mekah


PULAU PINANG, April 2016 – Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) memperkenalkan inovasi yang berupaya membantu mengatasi masalah jemaah haji tersesat melalui aplikasi yang dipanggil Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Tersesat di Tanah Suci.
Ketua Penyelidik yang juga pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer USM, Prof Madya Muhammad Rafie Mohd Arshad berkata, sistem berasaskan pengoperasi android itu amat mudah digunakan dan amat sesuai untuk digunapakai oleh pengendali jemaah haji dan umrah.
Katanya, sistem penjejakan itu beroperasi dengan hanya memerlukan tablet dan telefon pintar serta penggunaan teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sistem penentu kedudukan global (GPS).
“Tablet akan bertindak sebagai Pelayan-Pusat Kawalan yang mengendalikan penerimaan SMS kecemasan (SOS SMS) bagi mendapatkan bantuan dari jemaah yang mendaftarkan nombor mereka dalam sistem.
“Tablet pelayan juga akan mengendalikan pengagihan tugas penjejakan lokasi jemaah kepada para petugas yang berada di lapangan yang mana petugas ini akan menyemak kedudukan GPS pada peta dan terus memberikan bantuan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual bagi memperincikan produknya yang dipamerkan bersempena Persidangan Haji Serantau 2016 yang disertai kira-kira 130 peserta dari beberapa negara antaranya Arab Saudi, Indonesia, Brunei, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam), Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki hadir merasmikan seminar berkenaan yang menjadi platform menghimpunkan kepakaran dan ilmuan bagi menjana idea baru untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan haji.
Diskusi sempena persidangan antara lain melihat amalan terbaik yang boleh dikongsi bagi mengurangkan permasalahan yang berlaku ketika musim Haji khususnya dari segi kesihatan dan kepesatan jemaah Haji.
Hadir sama ke persidangan itu ialah Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman, Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei, Dr. Norarfan Zainal dan wakil-wakil dari kementerian dari dalam dan luar negara.
Selain USM, universiti lain yang terlibat dalam projek Kluster Penyelidikan Haji itu ialah Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Menurut Muhammad Rafie lagi, aplikasi tersebut adalah inovasi terkini kerana sebelum ini beliau dan pasukannya telah membangunkan beberapa sistem lain yang dapat membantu mempermudahkan urusan haji dan umrah para jemaah.
Antara yang telah dibangunkan termasuk Aplikasi Mudah Alih Panduan Umrah atau M-Umrah, Jelajah Maya Madinah, Penjejak Lokasi, Mekah dan Sistem Penjejak Lokasi Mekah GPS.
Dalam pada itu, Asyraf Wajdi turut mengakui aplikasi yang dibangunkan amat signifikan dan sangat membantu dalam urusan pengendalian jemaah haji dan umrah, termasuk M-Umrah yang boleh dimuat turun secara percuma oleh pengguna.
Beliau berkata aplikasi yang dibangunkan penyelidik USM menerusi geran Kluster Penyelidikan Haji sebanyak RM9 juta itu juga mampu mengintegrasikan maklumat dan teknologi semasa serta menyediakan maklumat persekitaran kepada jemaah.
Tambahnya, usaha itu bagi membantu mempermudahkan ibadat jemaah haji dan umrah terutama dalam kalangan mereka yang pertama kali mengerjakan ibadat tersebut.
“Dengan aplikasi M-Umrah misalnya, para jemaah boleh mendapatkan panduan mengenai cara-cara mengerjakan ibadat umrah daripada persediaan di tanah air sehingga selesai.
“Semua aplikasi itu juga dibangunkan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris secara percuma serta versi pro yang berbayar termasuk dalam bahasa Indonesia,” katanya.
SUMBER – USM

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan