Lokasi tempat tumpuan ramai terutamanya kawasan pelancongan sering menjadi pilihan para penipu yang mencari duit mudah dengan membuat pelbagai helah bagi memperdayakan mangsa. Sekiranya bakal mangsa berlembut hati dan tidak bertegas menolak sebarang kata-kata atau tawaran dari si penipu ini, maka duit yang bersusah payah anda cari akan menjadi korban "sedekah tanpa rela" pada golongan bangsat ini.
Negeri Melaka tidak terkecuali dari hal sebegini. Berikut adalah kisah yang diceritakan oleh salah seorang rakyat negeri Melaka. Beliau ketika ini sedang menyambung pelajaran di Politeknik Premier Ibrahim Sultan Johor Bahru.
Beliau berhadapan dengan penipu bangsat ini ketika membuat lawatan ke Bandar hilir, untuk buat kajian bagi keperluan kerja kursusnya bersama dengan beberapa orang rakan. Ikuti kisah beliau yang disalin terus dari Facebook beliau tanpa mengubah ayat asal yang digunakan :
Aku sebagai orang Melaka aku malu dengan tindakan orang2 sebegini , aku
nak korang hati -hati dengan orang2 mcm nie . Mase aku gi lawatan ke
Bandar hilir, untuk buat kajian , aku gan kawan2 aku lalu kat JAMBATAN
TAN KIM SENG BERSEBELAHAN HARD ROCK CAFE , aku gan kawan2 aku kene tahan
oleh berapa org berbangsa cina mereka minta aku gan kawan aku tulis
name dan bgi markah katenyee untuk subjeknyee , markah yg diminta
brape2 jee dan dia akn bgi cenderahati .
Cenderahati yg dorang
nk bgi tu katenye free .Aku pon tulisla 20 , rupenye2 aku tulis 20 tu,
kena bgi rm20 , wajib kirenye cenderahati tu kene bayar dan markah tu
sebernanye brape duet yang kite nk bgi kat die . dia minta aku duet
rm20 tu dan nk bgi aku copstick yg boleh dpat kat kedai xsmpai rm10 .
naseb bek kawan aku tarik aku , tidak melayang rm20 aku .
KAWAN AKU
SORANG RM10 , KAWAN AKU YG KEDUA RM10 JGAK DAN KAWAN AKU LGI SORANG ,
RM30 , (ORNG TU BGI KEYCHAIN COUPLE JER UNTK YG RM30) .Mase aku nk balik
aku lalu la kat situ blik , aku tangkap gambar , seorg laki cina nie
perasan aku tangkp gambar , pastu terus dtng kat aku dia cuit tgn aku
gan buku smbil marah aku , dia cakap " Ea u asal tangkap gambar i ?
babi " aku pusing belakang , aku ckp " u mau i report polis ke? " aku
gan kawan aku terus jalan pastu kebetulan ade van polis kat situ kawan
aku gan aku buat report polis , lepas tu kami pusingla belakang tgok
mereka , lesap terus .. hilang ....
HATI2 YEA KAWAN2 DENGAN ORG CMNIE ,
KAT MANE2 PON ADE , KALAU NMPAK MEREKA TAHAN JGN LAYAN , MGKIN ANDA AKAN
DITIPU........