Konsert untuk bantu Yazid Search


Setelah lebih dari tiga dekad mengegarkan industri, kini muzik mungkin noktah terakhirnya sebagai pengasas Kumpulan Search, Yazid Ahmad. Berusia 54 tahun dikenali sebagai Yazid Search sedang bertungkus lumus mencari pendapatan RM5,000 sebulan untuk membayar rumah dan bil-bil rawatan dan perubatan.

Beliau mengalami kegagalan kepungsian buah pinggang, tekanan darah tinggi dan kencing manis dan perlu menjalani rawatan dialisis peritoneal empat kali sehari. Ia berharap untuk beralih kepada rawatan hemodialisis supaya dia boleh menghabiskan lebih banyak masa bekerja. 


Kata beliau :  "Saya berada di dalam dan di luar hospital selama enam tahun sekarang. Doktor saya berkata, saya sepatutnya berehat lebih, tetapi saya perlu menjana pendapatan seperti melakukan sesi klinik drum setiap kali saya mampu.

Oleh itu, bagi membantu meringankan beban perbelanjaan Yazid Search, Konsert “Rockers Kasi Gegau” yang menggabungkan tiga Band Otai Rockers, LELA, PUTRA & SYJ SOFEA akan diadakan pada 15 November ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka.


Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi. Yazid Search akan turut berada semasa sesi 'drum basking'.


*LEBIH BERMAKNA jika ada penglibatan dari ahli Search yang lain...

Makhluk misteri terakam di video amatur



Satu video amatur yang dirakamkan oleh seorang ibu yang sebenarnya sedang merakamkan gelagat anak kecilnya di dapur rumah mereka, secara tidak sengaja berjaya merakam satu mahkluk kecil (makhluk kenit) berlari dari arah sebuah bilik menuju ke kabinet dapur.

Video ini dirakamkan di negara Argentina pada tahun 2011, kini kembali mendapat tumpuan dan perbincangan oleh pengguna dan pelayar internet.


 

Keputusan Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2014


Perlawanan Akhir OPPO Piala Malaysia 2014
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Sabtu (1 November 2014) | 8.45 malam


Johor Darul Ta'zim  2  -  2  Pahang
14' Pahang 
30' JDT 
33' JDT 
70' PAHANG 


PENALTI

JDT  3  -  5  PAHANG

PAHANG JUARA PIALA MALAYSIA 2014 (edisi ke 88)




Jika anda rasa "useless", sila dengar motivasi dari Lizzie Velasquez


Dia mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Tubuh Lizzie Velasquez tidak boleh memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya sekitar 29kg walaupun telah berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS) iaitu suatu keadaan di mana tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan dan hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja. Beliau juga buta mata kanan dan mempunyai penglihatan terhad di mata kiri serta lemah sistem imun badan dan mudah penat.

Kini, Lizzie Velasquez telah memiliki ijazah dalam bidang komunikasi ,sedang aktif untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian.

Beliau menerima pelbagai pandangan dan kata-kata negatif sepanjang bermula dari usia kanak-kanak hinggalah remaja. Namun penghinaan dan kata-kata cacian yang beliau terima sepanjang hidupnya dijadikan tangga untuk mencapai kejayaan.

Beliau mahu dirinya dinilai dari segi kejayaan yang beliau capai dan melalui apa perkara yang beliau lakukan, bukan pada keadaan fizikal tubuhnya.

Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika
masih kecil.

Kata-kata motivasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in.”



Video pidato umum DSAI Di Universiti Malaya

 

Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.  

Terdahulu pihak Universiti menutup tiga pintu utama pusat pengajian tinggi itu bagi menghalang Anwar berucap di dalam kawasan pusat pengajian termasuk membenarkan kakitangannya pulang seawal jam 4 petang dengan memberi alasan terdapat masalah berkaitan bekalan elektrik.

Sehingga jam 7 malam, kawalan di beberapa pintu utama diperketatkan dengan semua kenderaan masuk diperiksa.

Walaupun hujan, namun lebih 200 orang yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar membanjiri pintu utama Universiti Malaya bagi menunggu ketibaan Anwar sambilmendengar ucapan daripada beberapa pemimpin pelajar.

Ikon kebebasan mahasiswa, prof Azmi Sharom kemudian dilihat berbincang dengan Timbalan Naib Canselor bagi membenarkan mahasiswa yang berada di dalam untuk keluar menyertai program pidato tersebut.

Pelbagai perkara yang disebutkan dalam pidato beliau terutamanya berkenaan dengan kepentingan negara dan masyarakat madani di Malaysia.

Untuk makluman semua, melalui sumber dalaman, TIADA sebarang kerosakkan pagar atau harta benda di Universiti Malaya yang rosak akibat dari penyertaan ribuan mahasiswa dan mahasiswi universiti berkenaan. Telah ada pelbagai fitnah dan pembohongan serta provokasi disebarkan di media sosial di internet pada malam pidato ini.

Berikut adalah video dari rakaman Media Rakyat semasa malam pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya :




Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat undangan untuk pelbagai majlis di luar negara, beliau boleh sahaja mengambil tindakkan untuk mendapatkan suaka politik dari negara-negara yang menjemput beliau memberikan syarahan atau ceramah, namun demi menegakkan kebenaran, beliau sanggup mengambil risiko dipenjarakan apabila pulang ke Malaysia


**Saya tidak mendapat apa-apa bayaran dengan menerbitkan artikel ini seperti mana blogger upahan yang cari makan dengan memfitnah dan mencaci orang lain. Saya menaip atas kepercayaan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa politik.

**Saya juga tidak nafikan bahawa kerajaan ada melakukan beberapa perkara yang bermanfaat untuk rakyat namun sebilangan seteru politik kepada DSAI berasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh beliau.





Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan