Satu video amatur yang dirakamkan oleh seorang ibu yang sebenarnya sedang merakamkan gelagat anak kecilnya di dapur rumah mereka, secara tidak sengaja berjaya merakam satu mahkluk kecil (makhluk kenit) berlari dari arah sebuah bilik menuju ke kabinet dapur.
Video ini dirakamkan di negara Argentina pada tahun 2011, kini kembali mendapat tumpuan dan perbincangan oleh pengguna dan pelayar internet.
Dia mengalami penyakit yang sangat jarang berlaku. Tubuh Lizzie Velasquez tidak boleh memiliki lemak badan seperti orang normal dan beratnya hanya sekitar 29kg walaupun telah berusia dalam lingkungan 20-an.
Beliau yang mengalami Neonatal Progeroid Syndrome (NPS) iaitu suatu keadaan di mana tidak boleh menambah berat badan walaupun makan beribu kalori makanan dan hanya memilik hampir 0 peratus lemak badan sahaja. Beliau juga buta mata kanan dan mempunyai penglihatan terhad di mata kiri serta lemah sistem imun badan dan mudah penat.
Kini, Lizzie Velasquez telah memiliki ijazah dalam bidang komunikasi ,sedang aktif untuk menyebarkan mesej kesedaran positif bagi menangani aktiviti pembulian.
Beliau menerima pelbagai pandangan dan kata-kata negatif sepanjang bermula dari usia kanak-kanak hinggalah remaja. Namun penghinaan dan kata-kata cacian yang beliau terima sepanjang hidupnya dijadikan tangga untuk mencapai kejayaan.
Beliau mahu dirinya dinilai dari segi kejayaan yang beliau capai dan melalui apa perkara yang beliau lakukan, bukan pada keadaan fizikal tubuhnya.
Lizzie turut membantu memberi semangat kepada mereka yang mengalami sindrom sepertinya kerana Lizzie adalah orang yang hidup paling lama bagi golongan pesakit NPS ini. Kebanyakannya meninggal dunia ketika
masih kecil.
Kata-kata motivasi Lizzie:
“I would never ever ever change my appearance even if I could. It has taken me so many years to accept who I am and like the person I see in the mirror so I wouldn’t change it just to ‘fit in.”
Pada 27 Oktober 2014, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah hadir ke perkarangan pintu masuk Universiti Malaya untuk memberi pidato atas jemputan Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya.
Terdahulu pihak Universiti menutup tiga pintu utama pusat pengajian
tinggi itu bagi menghalang Anwar berucap di dalam kawasan pusat
pengajian termasuk membenarkan kakitangannya pulang seawal jam 4 petang
dengan memberi alasan terdapat masalah berkaitan bekalan elektrik.
Sehingga jam 7 malam, kawalan di beberapa pintu utama diperketatkan dengan semua kenderaan masuk diperiksa.
Walaupun hujan, namun lebih 200 orang yang kebanyakannya terdiri
daripada pelajar membanjiri pintu utama Universiti Malaya bagi menunggu
ketibaan Anwar sambilmendengar ucapan daripada beberapa pemimpin
pelajar.
Ikon kebebasan mahasiswa, prof Azmi Sharom kemudian dilihat
berbincang dengan Timbalan Naib Canselor bagi membenarkan mahasiswa yang
berada di dalam untuk keluar menyertai program pidato tersebut.
Pelbagai perkara yang disebutkan dalam pidato beliau terutamanya berkenaan dengan kepentingan negara dan masyarakat madani di Malaysia.
Untuk makluman semua, melalui sumber dalaman, TIADA sebarang kerosakkan pagar atau harta benda di Universiti Malaya yang rosak akibat dari penyertaan ribuan mahasiswa dan mahasiswi universiti berkenaan. Telah ada pelbagai fitnah dan pembohongan serta provokasi disebarkan di media sosial di internet pada malam pidato ini.
Berikut adalah video dari rakaman MediaRakyat semasa malam pidato Dato' Seri Anwar Ibrahim di Universiti Malaya :
Ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat undangan untuk pelbagai majlis di luar negara, beliau boleh sahaja mengambil tindakkan untuk mendapatkan suaka politik dari negara-negara yang menjemput beliau memberikan syarahan atau ceramah, namun demi menegakkan kebenaran, beliau sanggup mengambil risiko dipenjarakan apabila pulang ke Malaysia
**Saya tidak mendapat apa-apa bayaran dengan menerbitkan artikel ini seperti mana blogger upahan yang cari makan dengan memfitnah dan mencaci orang lain. Saya menaip atas kepercayaan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah mangsa politik.
**Saya juga tidak nafikan bahawa kerajaan ada melakukan beberapa perkara yang bermanfaat untuk rakyat namun sebilangan seteru politik kepada DSAI berasa irihati terhadap apa yang dimiliki oleh beliau.
HADITH riwayat Muslim ada menceritakan bahawa semasa
Rasulullah SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, Baginda berpesan,
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah SWT dan cinta
kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua
perkara pada kalian iaitu Al-Qur'an dan sunnahku."
Islam bukan sekadar mengandungi cara untuk menyembah Allah Yang Esa, tetapi merangkumi dari sebesar perkara hingga ke sekecilnya. Ini termasuk
juga
sunnah dari Rasulullah SAW mengenai cara
menyikat rambut yang betul.
1. Rasulullah S.A.W melarang menyikat
rambut di
dalam kamar mandi kerana perbuatan itu
melemahkan
umbi rambut.
2. Adalah makruh menggunakan
sikat yang diperbuat
daripada perak atau
bersadurkan perak. Ia ada kaitan dengan geseran ion-ion pada sikat perak
yang dapat menjejaskan kesihatan kulit kepala dan rambut.
3. Seseorang yang bersikat
ketika berdiri akan
terjebak dalam masalah
hutang. ﺳﺒﺤﺎﻥ ﺍﻟﻠﻪ …
4. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat
kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan
melemahkan jantung.