Maklumbalas TMJ tentang kemenangan ke atas Terengganu & isu tendang tiang bendera penjuru padang

Sumber gambar dan temu bual dari Fan page Facebook JOHOR Southern Tigers
 
Selepas dilanda pelbagai isu yang dihebahkan di internet dan media massa, akhirnya pasukan Johor Darul Ta'zim berjaya mencapai kemenangan yang diidamkan ketika bertemu dengan pasukan Terengganu di Stadium Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, Johor.

Berikut adalah temubual antara pihak Johor Southern Tigers dan DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selepas tamat perlawanan :

JST: Mohon ampun, Tunku. Kami telah menerima pelbagai maklumbalas daripada para penyokong berkenaan kejadian yang berlaku di bendera penjuru sebentar tadi. Adakah Tunku ingin berkongsi apa-apa berkenaan perkara tersebut?

DYAM TMJ: Sebelum perlawanan bermula, adik saya bertanya bagaimana saya akan meraikan sekiranya kita menang pada malam ini. Saya menjawab, saya tidak tahu, mungkin saya akan buat seperti Ibrahimovic dan menendang bendera penjuru. Itulah yang saya lakukan, dan nampaknya saya mendapat lebih perhatian daripada beliau! (ketawa)

JST: Ampun Tunku, kelihatan juga Tunku mengangkat tangan dan memandang ke atas. Apakah yang Tunku maksudkan dengan perbuatan tersebut?

DYAM TMJ: Saya memandang ke atas sebagai tanda Allah Maha Besar, dan akhirnya, Allah tetap bersama mereka yang benar.

JST: Tunku gembira dengan kemenangan ini?

DYAM TMJ: Tentu sekali, terutamanya setelah segala perkara negatif yang berlaku dalam seminggu setengah yang lepas. Tetapi kelakar bila difikirkan, sesetengah orang yang rendah pemikirannya lebih sibuk hal saya menendang bendera penjuru berbanding dengan kemenangan kita. (ketawa)

Rahsia menjadi bijak adalah untuk tahu apa perkara yang patut diabaikan. Kejayaan diukur bukan dengan kedudukan seorang itu dalam hidup, tetapi melihat kepada segala rintangan yang diatasi untuk mencapainya.

Tiada apa yang mampu menghalang seseorang yang mempunyai sikap mental yang betul daripada mencapai matlamatnya, dan tiada apa yang mampu menolong orang yang bersikap negatif.

Satu azam yang telah saya tetapkan adalah untuk sentiasa bangkit dari hal remeh-temeh. Kita bangkit mengatasi segala perkara negatif, dan walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat kita, tetapi kita lebih dirahmati untuk dirisaukan dengan tanggapan orang lain. Apabila kita masih berdiri walaupun musuh cuba menjatuhkan, menunjukkan kekuatan kita yang sebenar.

Kebencian daripada segelintir yang bermentaliti tak bertamadun tidak menggoyahkan semangat kita mengejar impian.

Untuk mencapai impian, apa yang terbaik untuk dilakukan adalah dengan menjaga urusan kita sendiri. Tak perlu merungut, dan tak perlu menjelaskan apa-apa.

Pernah suatu ketika, seorang wartawan bertanya saya - Bagaimana Tunku berjaya membawa pulang Piala Liga Super ke Johor walaupun baru hanya dua tahun memegang jawatan presiden? Jawapan saya, semasa orang lain sibuk bertanggapan negatif terhadap satu sama lain, saya lebih sibuk berusaha gigih mencapai matlamat, dan tidak menjaga tepi kain orang.

Mungkin nama kita sangat manis, sebab itulah ianya sentiasa menjadi buah mulut orang. Seperti yang selalu saya katakan... setelah meredah ribut, nikmatilah sinaran mentari.


Pandangan Islam mengenai haiwan kucing

Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana." Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menaruhnya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, 'Aisyah RA lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad, dan Imam Hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang, dimana, peluh, bekas dari sisa jilatannya adalah suci.

Nabi Muhammad SAW juga pernah memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

Manakala menurut periwayatan Hadis Nabi didalam Sahih Bukhari Jilid 3, Buku 40, Nombor 552, menerangkan cerita seorang wanita yang telah terkena cakaran oleh seekor kucing dan bagi menghukum kucing itu, wanita tersebut telah bertindak mengurung kucing dalam sangkar penjara dan tidak memberikan kucing tersebut makanan atau minuman. Maka wanita itu dibalas/dihukum oleh Allah dengan buruk atas perbuatan wanita itu.

Video kucing comel melampau


Kucing (Jawi :کوچيڠ) dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak.
Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. 

Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia. Mereka berhubung dengan mengiau ("meow"/"miaou"), mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga isyarat anggota. 

Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


Gambar puting beliung di Alor Setar, Kedah


Kejadian puting beliung petang tadi dilaporkan berlaku pada petang 14 Oktober 2014 yang bergerak dari Alor Setar ke Pendang, Kedah.

Beberapa gambar puting beliung sempat dirakam oleh orang ramai. Sekurang-kurangnya 10 buah rumah rosak akibat dibadai angin puting beliung.







Sumber :

www.malaysia1news.my

Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan bermula 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015

Berikut adalah bahan-bahan makanan dan keperluan harian rakyat yang telah dimasukkan ke dalam senarai kawalan harga yang bermula dari 14 Julai 2014 sehingga 9 Jun 2015 :

  1. Semua jenis mentega
  2. Semua jenis keju
  3. Semua jenis marjerin
  4. Semua jenis minuman kotak dan botol
  5. Semua jenis serbuk penaik dan esen membuat kuih-muih dan konfeksi
  6. Jeli dan agar-agar
  7. Daging dan jeroan mentega - segar dan dijeruk
  8. Itik dan burung-burung lain, tidak termasuk ayam
  9. Telur belum berkupas kulit dan telur jeruk
  10. Buah-buahan mentah yang diimport - segar atau dijeruk
  11. Bawang besar dan bawang merah
  12. Bawang putih
  13. Cili kering
  14. Lada hitam dan semua jenis rempah
  15. Kepala, sebiji atau yang diparut
  16. Semua jenis kacang
  17. Semua jenis kacang tanah
  18. Cendawan dan kulat
  19. Minyak sapi
  20. Asam jawa
  21. Makanan laut yang dikeringkan atau dijeruk
  22. Tepung beras
  23. Tepung jagung
  24. Tepung beras pulut
  25. Ubi kentang

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan