Keputusan Piala Malaysia : 13/08/2014


Ini merupakan perlawanan pertama peringkat kumpulan dalam Piala Malaysia. Dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu :

KUMPULAN A - Pahang, Felda United FC, Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Lions XII

KUMPULAN B - Terengganu, Sarawak, Perak, Kedah

KUMPULAN C - Johor Darul Ta'zim (JDT), Kelantan, ATM, Pulau Pinang

KUMPULAN D - (PDRM), Selangor, KL Sime Darby FC, T-Team

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih mengekalkan format lama dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan akan layak secara automatik ke peringkat suku akhir, manakala perlawanan akhir dijangka berlangsung pada 8 November 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kecuali Lion XII yang bertemu dengan Felda United, perlawanan lain dimulakan pada 8.45 malam.


Keputusan semasa perlawanan 
(sila refresh atau reload page dari semasa ke semasa)
 
 (7.45 mlm - tamat)

LIONS XII  0   -  0   Felda United


(8.45 mlm - tamat)

Johor DT  1   -  0   Kelantan
72' Johor DT 

ATM  1   -   1  Pulau Pinang
27'ATM
45' Pulau Pinang    

T-Team  1   -  2   Selangor
49' T-Team
51' Selangor
54' Selangor

Pahang  4   -  0   Johor DT II 
5' Pahang
38' Pahang 
71' Pahang
90' Pahang


Perbezaan antara Resume, Biodata dan Curriculum Vitae


Betapa seriusnya seseorang itu mencari kerja, begitu jugalah individu berkenaan perlu memberi perhatian kepada beberapa perkara ketika memohon pekerjaan.  Salah satunya ialah menyediakan dokumen yang menyatakan tentang maklumat peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, tahap pendidikan dan pengalaman.

Namun istilah "resume", "biodata" dan "curriculum vitae" sering kedengaran dikalang pencari (pemburu) kerja kosong.  Tetapi apakah maksud atau perbezaan ketiga-tiga istilah tersebut?.

Di bawah ini saya nyatakan serba ringkas mengenai istilah berkenaan :

Resume
- satu hingga dua muka surat ringkasan kemahiran, kelayakan pendidikan dan pengalaman seseorang

Biodata
- satu muka surat yang mengandungi sifat-sifat, hobi, minat dan kelayakan pendidikan seseorang

Curriculum Vitae
- maklumat yang lebih panjang dan lebih terperinci bagi menunjukkan maklumat peribadi serta pengalaman profesional seseorang



Klik gambar di bawah untuk mengetahui panduan membuat resume yang terbaik :


 

Sekali pandang lain macam


Sejarah penciptaan kamera bermula jauh lebih lama sebelum masyarakat barat menemukannya, prinsip-prinsip dasar pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim sekitar 1000 tahun lalu. 

Peletak prinsip kerja kamera itu adalah seorang saintis legenda Muslim bernama Ibnu al-Haitham. Pada akhir abad ke-10 M, al-Haitham berjaya menemui sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling monumental. Penemuan itu dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Kedua-duanya berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura.

Kemudian dengan penciptaan kamera berfilem dan kini kamera digital, aktiviti bergambar menjadi semakin mudah dan "selfie" diiktiraf menjadi perkataan terbaru dalam kamus bahasa Inggeris, yang merujuk kepada aktiviti mengambil gambar diri sendiri secara berseorangan. Ber "selfie" jadi lebih mudah apabila telefon tangan atau mobile phone juga telah mempunyai fungsi kamera.

Namun sesekali apabila kita melihat semula koleksi gambar yang ada, ada antaranya mengelirukan pandangan jika tidak diteliti dengan berhati-hati. Contohnya seperti di bawah ini :


 
Badan siapa punya? kaki siapa punya?

 
Alamak, sekali pandang ingatkan "keris tumpul"

 
Pergh... ingatkan "blowjob" tadi....

 
Anak alien ke apa ni...?


*Nota :
-Kemudahan kamera digital wajib digunakan untuk kebaikkan bersama bukan untuk membuat fitnah.
-Dengan kecanggihan teknologi perisian komputer, gambar boleh dimanipulasikan sama ada ke arah positif atau negatif.

Resipi Kentang Putau



Kentang Putar atau kentang lenyek adalah hidangan yang disediakan dengan menggunakan kentang rebus yang dihancurkan. Resipi ini mula muncul lebih kurang pada tahun 1747 seperti yang dicatatkan dalam The Art of Cookery oleh Hannah Glasse.

Ia menjadi hidangan sampingan kepada menu makanan utama, seperti biasaannya yang terdapat pada menu di restoran KFC. Kebiasaannya ia dimakan bersama dengan roti kosong atau bun.

Berikut adalah resipi yang saya kongsikan dari sumber perkongsian Facebook :

Bahan-bahan ( santapan 5 orang )

Bahan A untuk kentang putar

5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis

Bahan B UNTUK SOS.

4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada

Cara-cara

-Rebus kentang sehingga empuk dan masuk kan garam sedikit. 
-Tos kan air dan lenyekkan ia menggunakan "hand mixer" sehingga halus
-Kemudian masukkan lada hitam dan susu.
-Siap
 

Sos

1.Rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam selama 10 minit.
2.Tos kan air rebusan tadi.

3.Masuk kan mentega ke dalam kuali dengan api yang kecil, kemudian masskkan tepung gandum, kacau berterusan untuk mengelakkannya berketul-ketul.

4.Masukkan air rebusan bersama lada hitam, sos tiram dan beberapa titik kicap pekat kemudian kacau sehingga agak sebati.  Ia sudah boleh dijamah bersama roti atau makanan  kegemaran anda.



*Nota : "Putau" tu loghat negeri Melaka yang membawa maksud putar  :-) 


Perbezaan perang Palestin - Israel tahun 1967 dan 2014


Perang antara negara haram Israel (Zionis) dan Palestin telah berterusan berabad lamanya dan dilihat seperti hanya menunggu munculnya Imam Mahadi dan Nabi Isa A.S untuk menghapuskan kaum Yahudi berfahaman Zionis ini atas balasan kekejaman mereka yang melampau dan terkutuk.

Pada tahun 1960-an, Palestin tidak berperang sendirian kerana mereka dibantu oleh beberapa negara arab yang terdekat.  Namun kini di era tahun 2000, Palestine berperang secara bersendirian dan tanpa sokongan dan bantuan yang jelas dari negara arab yang terdekat dengan mereka.

Sungguhpun begitu, atas semangat jihad melawan kekejaman Zionis, yang silih berganti dari generasi ke generasi, Palestin melalui Hamas, perjuangan mereka tetap utuh dan masih mampu bertahan dalam beribu kepayahan yang mendatang.

Di bawah ini saya kongsikan fakta mengenai peperangan di tahun 1967 dan tahun 2014 :

Perang 1967 :

Perang 6 Hari1967 yang juga dikenali sebagai The Six-Day War atau النكسة, an-Naksah yang juga dipanggil Perang Arab-Israel 1967 berlaku di antara Israel dengan gabungan negara-negara Arab terutamanya Mesir, Jordan (termasuk Palestin), Syria, Iraq dan beberapa negara Arab lain yang membantu.

Jumlah keseluruhan tentera Israel adalah 264,000, manakala jumlah keseluruhan tentera gabungan negara Arab yang terlibat adalah seramai 547,000 orang. Namun rejim Zionis Israel berjaya mengalahkan gabungan tentera negara-negara Arab dengan mudah dalam tempoh hanya 6 hari (5-10 Jun 1967).

Perang 2014 :

Perang 2014 ini dipanggil oleh Hamas sebagai Perang al 'Asfu al Ma'kul (Dedaun hancur berkecai yang dimakan ulat).Manakala rejim Israel menamakannya sebagai Operation Protective Edge.

Peperangan ini telah bermula 8hb Julai 2014 dan berterusan sehingga ke hari ini 9hb 8 2014 (hari ke 33).
Jumlah tentera IDF Israel adalah seramai 720,000 orang ini telah dibantu oleh Amerika Syarikat dan Mesir serta menerima bantuan kewangan daripada beberapa negara dunia antarabangsa. 

Manakala kala Briged al Qassam Palestin hanya mempunyai keanggotaan seramai 30,000 orang (dan dibantu oleh beberapa kontigen kecil mujahidin lain di Gaza) terpaksa berjuang bersendirian tanpa bantu dunia Arab yang terus membis.

Meski pun perang telah berlalu selama 33 hari dan sedang masuk ke hari yang ke 34 tetapi rejim penjajah Israel masih belum berjaya melemahkan pasukan mujahidin Palestin, apatah lagi untuk menghapuskannya.


*Sumber :  Dr Zainur Rashid Zainuddin (Facebook)


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan