Video yang boleh menakutkan tentera Israel


Penaklukan dan cubaan rampasan tanah oleh tentera Israel di Palestin serta keganasan tanpa batasan oleh mereka hanya melahirkan belia-belia yang sanggup berjihad mempertahankan kedaulatan Islam dan tanah air mereka. Mereka rela berkorban nyawa melawan musuh yang laksana wakil dajjal di atas muka bumi.

Serang balas oleh pejuang-pejuang Palestine terutamanya sayap ketenteraan Hamas iaitu Briged Izzuddin Al-Qassam dibuat bagi menyekat kemaraan tentera Israel (Yahudi Zionis).  Video-video disebarkan bagi menggambarkan keberanian mereka melawan puak Yahudi Zionis ini.  Mereka telah bertekat sungguh-sungguh untuk berjuang di jalan Allah SWT.

Namun ada video-video tertentu yang menghadirkan kegentaran kepada tentera Israel. Salah satunya seperti di bawah ini.  Saya sendiripun seram melihatnya :


Sejarah simbol bintang bucu 6 Israel - The Star of David


Bintang Daud atau "The Star of David" berbucu enam yang menjadi simbol pada puak Israel (Yahudi Zionis) pada sekian lama terutamanya pada bendera negara haram mereka sebenarnya bukanlah berasal dari puak mereka sendiri.

Menurut sumber dalaman Masjid Al-Aqsa, ia sebenarnya adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia telah lama wujud sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka.  Ketika Salahuddin Al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau mengekalkan lambang bintang berbucu enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. 

Bangsa Arab Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini, sebelum puak Yahudi dibawa oleh Nabi Musa A.S ke Palestin, mereka telah menetap di sini.

Pada mimbar, mamar dinding dan tingkap di Masjid Al-Aqsa juga terdapat simbol ini.  Usia mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan marmar di dinding masjid ini telah berusia ratusan tahun. Puak Israel Zionis menggunakan lambang ini hanyalah sekitar 100 tahun. 

Mereka menggunakan lambang ini agar seolah-olah mereka kelihatan seperti penduduk asal seperti Arab Kan'an.  Mereka awal dahulu adalah puak yang meminta simpati kerana tiada penempatan khusus.


Dinding mamar Masjid Al Aqsa

Mimbar Masjid Al Aqsa

Tingkap kaca Masjid Al Aqsa





*Komen :

-isu Yahudi (Zionis) dan umat Islam berawalan dari isu adik beradik sama bapa lain emak.  Keturunan umat Islam adalah dari ibu Nabi Ismail A.S yang dikatakan asalnya pembantu rumah dan puak yahudi adalah dari keturunan isteri pertama Nabi Ibrahim A.S (melalui pembacaan saya pada artikel suatu ketika dahulu).

-sudah lama Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan isteri pertama namun belum dikurniakan zuriat. Maka baginda berkahwin pula dengan ibu Nabi Ismail A.S. Semasa mengandungkan atau melahirkan Nabi Ismail A.S, ditakdirkan Allah SWT, isteri pertama Nabi Ibrahim A.S pula mengandung.

Final FIFA World Cup 2014 : Germany - Argentina

 
Isnin, 14 Julai 2014, 3.00pagi
siaran langsung di tv2, tvi dan Astro

 Pengadil : Nicola Rizzoli (ITA)
 Pembantu Pengadil 1 : Renato Faverani (ITA)
 Pembantu Pengadil 2 : Andrea Stefani (ITA)
Pegawai Rasmi Keempat : Carlos Vera (ECU)


KEPUTUSAN AKHIR


GERMANY  1  -  0  ARGENTINA
113' Mario Goetze GERMANY







Akibat sakit ketika seks,pasangan mengamuk dan tak tentu arah


Untuk informasi umum :

Pada tahun 2010, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengetengahkan cadangan untuk menjadikan tindakan suami melakukan keganasan terhadap isteri termasuk keganasan seksual sebagai satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan kerana ia dikaitkan dengan hak asasi seorang isteri. 

SUHAKAM menganggap melakukan hubungan seks di luar kerelaan isteri adalah melanggar hak asasi manusia justeru ia wajar diperjuangkan.

Hubungan seks (semestinya yang telah sah perkahwinan) sewajibnya menjadi pengikat kasih sayang dan cinta antara pasangan suami isteri.  Hubungan seks yang menyiksakan hanyalah memuaskan sebelah pihak sahaja, melainkanlah jika keduanya suka seks ganas.

Berikut adalah video contoh seks yang menyakitkan pasanagan dan menjadikan pasangan tak keruan :







Live Streaming keadaan di Gaza dan Tel Aviv

 

Seperti yang umum sedia maklum Semenanjung Gaza dan Bandar Tel Aviv kembali bergolak dengan serangan roket dan melalui jalan darat di mana pihak fahaman Zionis tak putus-putus membunuh penduduk di Gaza dan Palestine.

Sesetengah media massa terutamanya di negara-negara barat dan negara yang tunduk dengan tekanan USA, tidak akan menyiarkan keadaan sebenar di sana.  Oleh itu dengan teknologi yang ada masa kini, stesyen televisyen Al Jazeera menyediakan live streaming di salah satu laman web mereka.

Melalui sumber, dikatakan ia adalah live streaming yang memaparkan keadaan wilayah Semenanjung Gaza dan sekiatr bandar Tel Aviv yang menyaksikan serangan pasukan Al Qassam ke atas Tel Aviv yang dihadiahkan khas untuk Zionis yang dilaknat Allah SWT ini...  Semasa artikel ini ditaip, keadaan aman seketika.

Berikut adalah pautan ke laman web live streaming berkenaan :



*sila klik refresh atau reload di web browser anda jika siaran tersekat-sekat atau tergantung.
*kelancaran siaran live streaming bergantung pada kualiti internet dan kelajuan RAM komputer anda


Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan