Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kemalangan!


Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi (13 Mei 2014). 

DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.

Kedua-duanya akan pulang berehat di rumah dalam  masa terdekat ini.


Sumber

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN



*Semoga allah SWT merahmati dan melindungan Dato Seri Anwar Ibrahim sekeluarga dari bencana, perbuatan khianat dan pelbagai lagi perkara buruk yang mungkin boleh berlaku dalam senario politik masa kini.

Video lagu Derita Cinta - Osama Yamani


Jamal Abdillah berasa terharu dengan sikap anak sulungnya, Osama Yamani (13 tahun) yang terlalu meminatinya sehingga menjadi peminat nombor satu penyanyi itu.

Pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Ali, 53, itu berkata ketaksuban anaknya itu tidak hanya menerusi kata-kata malah turut merangkumi perbuatan termasuk membeli album-albumnya di pasaran.

“Saya pun pelik kenapa dia (Osama) terlalu taksub sedangkan Jamal Abdillah itu adalah bapanya sendiri. Memang ramai peminat tegar tetapi tidak boleh tandingi sikap Osama terhadap saya.

“Dia tidak pernah jemu menyanyikan lagu-lagu saya dan sanggup membeli album-album saya di pasaran sedangkan album itu adalah album bapanya sendiri. “Apabila saya berada dalam kesusahan, dia yang paling risau dan bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah yang saya hadapi.

“Apabila saya tanya mengapa dia terlalu obses, dia kata dia berasa bangga dan kagum mempunyai ayah seperti saya,” katanya. Selain Osama Yamani, Jamal turut mempunyai seorang lagi anak lelaki Ahmad Zaki Yamani, 6, hasil perkahwinan ketiganya sebelum ini.

Bercerita lanjut, Jamal berkata dia turut tidak menolak kemungkinan bahawa kedua-dua anaknya itu menunjukkan minat terhadap cabang seni. Justeru itu, dia tiada halangan jika mereka menyusuri jejak langkahnya untuk menceburi bidang muzik apabila dewasa kelak.

“Kita tidak boleh sekat atau terlalu tegas untuk menentukan pilihan kerja atau masa depan anak-anak tetapi mereka perlu ada asas ilmu di dada.

“Kalau betul minat muzik, mereka perlu belajar ilmu muzik di tempat yang betul,” katanya. Jamal berkata perkara tersebut menjadi pegangannya berdasarkan pengalaman hidup yang dilaluinya.

“Sebagai contoh, jika masa saya muda dulu arwah bapa tahu saya minat muzik, tentu saya sudah dihantar ke kelas muzik dan belajar muzik secara formal.

“Mungkin pada hari ini, saya akan lebih berjaya daripada pencapaian yang saya miliki. Saya bukan sahaja boleh menyanyi tetapi mungkin sudah menjadi pemuzik hebat barangkali.

“Sebab itu saya tekankan perkara sama pada anak-anak. Jika betul mereka cenderung ke arah muzik atau apa saja cabang seni, dapatkan pendidikan formal sebagai asas,” katanya.

Berikut adalah rakaman nyanyian dari Osama Yamani yang menyanyikan lagu berjudul "Derita Cinta"





*Sumber : mStar Online
 

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan penggantinya Datuk Abdul Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar baru, pada malam 12 Mei 2014.

The Star Online melaporkan kenyataan Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin telah menerima surat peletakannya jawatan Ahmad Said hari ini (12 Mei 2014).


Adun Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman telah hadir ke upacara mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam, 12 Mei 2014 di Istana Syarqiyyah.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.


Sumber : BERNAMA

Resepi apam balik keropok (rangup)

 

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. 

Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Bahan-­bahan

Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 1/2 cawan air
7) 1/2 sudu teh serbuk penaik
 
Bahan untuk taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) 1/2 cawan coklat urai
5) 1/2 cawan gula pasir
 
Cara

1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api yang kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 atau 6 bahagian atau mengikut sesuka hati anda.

Keputusan Liga Super Malaysia : 10 Mei 2014



Keputusan tiga perlawanan bola sepak bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 10 Mei 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam.


KEPUTUSAN AKHIR :

Sime Darby  2 - 2  Sarawak FA 
8' Sarawak
22' Sarawak
30' Sime Darby
45+3' Sime Darby
90+3' Sime Darby

PKNS FC  0 - 1  Kelantan 
44' Kelantan
88' Kelantan

Pahang  0 - 1  Selangor
65' Selangor


Jom beli jersi :



Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan