Resepi apam balik keropok (rangup)

 

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, merupakan sejenis kuih tradisi Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. 

Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas.
Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas belanga tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

Secara kasar terdapat dua jenis apam balik iaitu:-
  1. Apam balik tradisional: Merujuk kepada apam balik yang biasanya bersaiz kuali yang gebu.
  2. Apam balik keropok: Merujuk kepada apam balik yang garing, kulitnya nipis dan rangup seperti keropok.

Bahan-­bahan

Bahan untuk kulit
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 1/2 cawan air
7) 1/2 sudu teh serbuk penaik
 
Bahan untuk taburan
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) 1/2 cawan coklat urai
5) 1/2 cawan gula pasir
 
Cara

1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan api yang kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4 atau 6 bahagian atau mengikut sesuka hati anda.

Keputusan Liga Super Malaysia : 10 Mei 2014



Keputusan tiga perlawanan bola sepak bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 10 Mei 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam.


KEPUTUSAN AKHIR :

Sime Darby  2 - 2  Sarawak FA 
8' Sarawak
22' Sarawak
30' Sime Darby
45+3' Sime Darby
90+3' Sime Darby

PKNS FC  0 - 1  Kelantan 
44' Kelantan
88' Kelantan

Pahang  0 - 1  Selangor
65' Selangor


Jom beli jersi :



Keputusan Liga Super Malaysia : 9 Mei 2014


Keputusan dua perlawanan bola sepak bagi Liga Super Malaysia yang berlangsung pada tarikh 9 Mei 2014. Semua perlawanan berlangsung pada 8.45 malam.


KEPUTUSAN AKHIR :

 PERAK 2 - 1 ATM 

39' Perak
87' Perak 
92' ATM
 
 T-TEAM 1 - 1 TERENGGANU

35' Terengganu
77' T-Team 


Hotlink RED : Aplikasi dari Hotlink untuk pengguna Android

 

Hotlink telah mencipta satu aplikasi berasaskan sistem Android bagi kemudan pengguna pra bayar mereka. Dengan aplikasi tersebut, pengguna dapat mengemak jumlah baki bagi kredit mereka, membuat pembelian pas internet harian serta mingguan, memeriksa baki penggunaan limit pas internet dan lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan hotlink.

Terdapat tab tambahan bagi memaparkan promosi-promosi terkini dan acara-acara menarik yang dianjurkan khas untuk pengguna Hotlink.

Ringkasan Penerangan :

Dengan aplikasi ini anda boleh :
  • semak baki topup dengan mudah  
  • pembelian pas Internet Mudah Alih dan memeriksa kadar penggunaan internet anda
  • kekal berhubung dan mendapatkan jemputan untuk acara-acara eksklusif dan pengalaman menyeronokkan

Muat-turun :  Aplikasi Android Hotlink RED

 

Asia Tenggara dijangka dilanda El Nino


Info berkenaan dengan El Nino dan La Nina :

- El Niño dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Putaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan".


Pejabat Kaji Cuaca United Kingdom meramalkan kemungkinan besar fenomena El Nino, yang mengakibatkan peningkatan suhu dan taburan hujan, akan melanda rantau Asia Tenggara pertengahan tahun ini.

Pakar kaji cuaca tempatan belum dapat memastikan bahawa Malaysia akan mendapat tempias El Nino pada kali ini namun jika ia berlaku, kemungkinannya ialah Malaysia akan menghadapi keadaan musim kemarau berpanjangan selama enam bulan mulai pertengahan tahun ini.

Bagaimanapun, mereka mengingatkan pihak berkuasa, terutamanya yang berkaitan pengurusan bekalan air supaya membuat persediaan awal menghadapi fenomena El Nino itu bagi mengelakkan krisis bekalan air yang serius.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik. Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.


Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran berkata hasil penyelidikan institusi itu yang menggunakan model ramalan dinamik ENSO (El-Nino Ayunan Selatan), ialah mereka meramalkan kebarangkalian 70 peratus 'El Nino' akan berlaku di Asia Tenggara.

"Kebarangkalian 70 peratus yang disebut bukan hanya berasaskan kepada model mereka sahaja tetapi menggabungkan maklumat dan kepakaran dari pusat-pusat Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) di seluruh dunia.
"Walaupun keadaan El Nino dijangka berkaitan dengan monsun barat daya yang lebih kering namun setakat ini pusat penyelidikan meteorologi di UK masih belum mengenal pasti kekuatan El Nino yang akan melanda Malaysia," katanya kepada di sini.

Beliau berkata, AWER telah memohon kerjasama daripada Pejabat Kaji Cuaca UK untuk mendapatkan pandangan alternatif mengenai kemungkinan berlakunya El Nino di rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada iklim Semenanjung Malaysia.

Ditanya mengenai kesan yang akan berlaku kepada Malaysia jika El Nino melanda negara ini, Piarapakaran meramalkan bahawa ia akan menjejaskan dengan teruk keadaan bekalan air negara. Contohnya, jika paras air di empangan Sungai Selangor tidak mencapai kapasiti selamat iaitu 55 peratus, Piarapakaran berkata ia boleh menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk menjelang pertengahan tahun ini.

"Jika ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, ia boleh menyebabkan kekeringan yang teruk, iaitu 60 peratus daripada pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan menghadapi situasi yang lebih buruk berbanding catuan air yang mereka telah alami dalam tempoh dua bulan yang lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Institut Pengurusan Alam Sekitar dan Sumber Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff berkata El Nino biasanya berlaku setiap dua hingga empat tahun sekali.

Prof Dr Abdull Rahim berkata ukuran kekuatan El Nino di tahap yang kuat, boleh menyebabkan kekurangan air dan bekalan makanan akibat dari musim kemarau melampau dan antara tanda-tanda awal El Nino yang sudah dapat dilihat adalah statistik taburan hujan yang kurang daripada normal sejak kebelakangan ini.


"Bibit-bibit El Nino sudah mula kelihatan pada awal tahun ini yang mana menyaksikan taburan hujan yang amat sedikit daripada biasa, kurang daripada 50mm bagi sesetengah tempat dan jika benar El Nino akan melanda Malaysia, seharusnya pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan bekalan air mesti lebih bersedia lebih awal dalam menghadapi fenomena itu," katanya.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini pada 1998, di mana suhu tertinggi iaitu 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengesahkan ada pemantauan ramalan fenomena El Nino yang dilaksanakan oleh WMO Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail yang dihubungi berkata setakat ini laporan yang diterima pada 15 April, ialah berlakunya pemanasan suhu permukaan laut di Lautan Pasifik sepanjang Januari sehingga April.


*sumber : BERNAMA

Bisnes Bundle

Bisnes Air Balang

Bisnes Penghantaran Makanan